Assalamu'alaikum dan hi, guys..!
Weeeeeyyyhhh, lama gila rupanya aku tak update blog. Mungkin ada transition hidup yang buat aku lupa terus pasal blog picisan aku ni.
Nak tanya pasal isu Covid pun macam dah basi tapi aku harap korang semua sihat2lah hendakNya. Aku pun sihat, alhamdulillah, makin sihat.
Dalam sehari pun kadang-kadang banyak benda jadi, tambah-tambhala dalam beberapa tahun aku tak update blog ni.
Ye, macam-macam. Dah tentu, ada kehilangan (kematian), ada kemalangan, ada pertambahan rezeqi, ada pergi interview kerja, bos bertukar ganti, ada macam-macam lagilah.
Untuk hal besar bagi aku, adalah operation lutut (do google ACL recons surgery) tahun lepas, to be exact, 26 August 2020. Ye, dah setahun lebih berlalu. Aku pun dah kembali ke court basketball tapi mungkin main untuk recreation jelah. Next appointment; hopefully the last, 22 hb Disember ni. Harap-harap doktor terus releaselah untuk fully return to sport balik. Ye, aku curi-curi main basketball walaupun doktor belum benarkan lagi. Jangan bagitau dia..!
Satu lagi hal besar, sebab melibatkan hutang, aku berhutang beli kereta baru. Bercampurlah, antara kemahuan dan keperluan. Kereta first aku dah 10 tahun dah, boleh kata lunyai jugakla selama 10 tahun tuh, travel ke sana sini. Aku sayang dia so aku tinggalkan dia kat kampung dengan ayah aku, dengan harapan dia akan terus hidup selama boleh. Masanya kita lenjan kereta baru pulak.
Sepanjang bertahun tak update blog ni, ada 3 kematian keluarga terdekat, arwah tokwan dan dua-dua tok belah mak dan ayah. Kematian itu pasti. Hadiahkan al-fatihan untuk dorang ye.
Perihal kerja, same old same old. Krisis makin teruk tetapi selagi kontrak aku bersambung dan sambung, aku kerja je. Kalau tak sambung, carilah kerja lain. Kalau tak dapat landed any job dalam masa 2-3 bulan lepas tuh, mungkin Allah nak bagi aku nampak satu-satunya peluang untuk aku sambung study.
So sikit-sikitlah..haha. Banyak sangat kang jeng kong keng otak orang baca.
Aku perasan jugak ada kawan-kawan yang dah lama tak update dan ada yang masih update. Walau apa pun, aku harap kehidupan korang baik-baiklah. Kawan-kawan blogger adalah antara kawan-kawan yang aku sangat hargai walaupun aku tak rajin kontek. Aku lemah bab-bab keeping in touch ni.
Tak jamin aku akan update lagi tapi aku cubalah. Heeee..
Assalamu'alaikum..! Stay safe and take care, guys..!