S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

Random Babbles: My beloved Shiro and My Dream Car

Yooo..



As the title implies, aku nak cakap pasal kereta..



Aku pakai kereta since 2011.. Viva, basic specs, 850, on the road since 13 July 2011. Aku namakan dia Shiro, aku sayang dia..hehe.. Down payment, ayah aku bayar sebab dia yang excited nak beli..haha..and the first few months masih lagi ayah aku bayar bulanan. Masuk 2012, aku bayar sendiri sepenuhnya, dari bulanan, service dan road tax + insurans sampaila ke perfume. Biarla orang cakap viva jek pun, tapi at least aku tanggung Shiro sendiri sepenuhnya. Yeah, I'm proud of it.



Setakat hari ni, Shiro dah hampir 5 tahun 3 bulan. Masih lagi gagah.. Kalau nak dibandingkan dengan umur manusia, Dia muda sikitla dari aku. Aku secara jujur tak pernah terfikir nak beli kereta baru. Kalau Shiro dah tak mampu lagi nak berbakti, baru aku akan consider option tu.



Tapi kadang-kadang, hidup kita bukan pasal kita jek. Seperti yang aku kata, aku ni family guy. Semenjak dua menjak ni, perbualan pasal kereta kerap berlaku dalam family dan juga diri aku sendiri. Aku rasa sebab kereta ayah aku dah mula menunjukkan simptom2 ketuaan. Baru-baru ni kereta tu mati tengah jalan di highway dekat exit Gurun, lepas balik dari KL, melawat pakcik aku yang sakit. Padahal, ayah aku baru jek hantar service. So, aku terdetik nak beli kereta untuk family.



Aku cakapla dengan ayah aku, kalau nak setakat Bezza, Persona baru or Alza, aku mampu jek nak bayar bulan-bulan sekali dengan Shiro tapi being the dad he always is, he told my sister to tell me to aim higher. Nampaknya macam ayah aku nak aku pakai kereta IMPORT baru dan bagi dia pakai Shiro. I'm a practical person, not forget to mention stingy..! Haha. Bukan tak boleh nak pakai kereta up sikit macam Jazz (yang dulu menjadi idaman aku) or Fiesta tapi road tax perggggghhh.. I'm not willing to spend much on that..plus service, plus minyak apa semua..Plus, sesak sikitla kalau nak bayar bersama-sama dengan Shiro yang masih ada 4 tahun lagi tuh. Plus, kereta semua sama saja, sangkut dalam jam jugak..traffic light merah kena berhenti jugak..toll kena bayar jugak, minyak kena isi jugak.. *sigh.*



Hmmmmm, biarla dulu aku fokus kasih sayang aku kat Shiro. Tapi aku tetap ada kereta impian aku. Hehehe.. My heart would skip a bit if I see this badass on the road..! Mitsubishi ASX..!



Sumber: http://www.privatefleet.com.au/
Via: google image


Mampu jugak nak pakai sebenarnya tapiiiiiiiiiiiiii, aku akan kehilangan keistimewaan yang lainla, macam duit simpan (penting ye), duit jalan (penting juga ye), duit untuk dibuang sesuka hati (wayang bla bla bla), duit untuk sedekah (orang sakit, sedara mara memerlukan) dan duit nak raikan family..



Satu lagi, classic chevrolet camaro.. *v* Yang ni aku belum pernah nampak depan mata lagi..haaaaaa..


Sumber: Google image



Last but not least.. If Shiro was a human being..




Buat-buat tak nampak jela tulisan WIP tuh..
Shiro yang kiri sekali, tengah Tabi-kun, tablet aku, kiri sekali, Rappika, laptop aku yang lama..



Thanks for the read, guys..! Chaozzz..!



Pssssttt, apa dream car korang..?





Friday, July 29, 2016

Penipuan terbesar dalam hidup





*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *      *      *    *     *     *      *      *    



Sehingga ke hari ni, tatkala menulis entri ini, jerawat masih setia menemani kulit muka aku..



Geheeee..



Korang-korang yang kulit cantik dan sihat, untunglaaaaaa..~ XP



Mungkin aku masih belum cukup tua koooottt..in other word, aku masih muda remaja.. Yes, itu je alasannya.. UvU 




Wednesday, July 20, 2016

Wordless Wednesday: Raya kelmarin













P/S: The only gambar raya yang senunuh yang aku ada.. Wait, the only gambar raya yang aku ada.. UvU I'm not sorry at all..

Sunday, July 10, 2016

Snippet Raya




Salam Syawal guys..!
First and foremost, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, tulus ikhlas dari aku..



Aku dah kat Shah Alam, pagi tadi sampai rumah.



Since dah lama tak update blog, aku nak share sikit pasal raya aku. Sikit jek.. Raya was fun but as usual, tiring.. Raya tahun ni, adik aku takde sorang, beraya kat Jepun..yang lain ada..
Korang punya raya macam mana? Best?



Aku nak share gambar sikit2 pasal raya aku tahun ni. Let's start..!



Pelita Raya


Tahun ni sempat pasang pelita.. Hohohoho..!



Kuih and Juadah Raya


Sempat buat kuih raya yang simple-simple jek tapi dah selamat dalam perut so takde gambar. Kitorang buat samperit, tat nenas and suci dalam debu. Kuih raya favourite aku are samperit, batang buruk and kuih tradisional macam kuih kapit/karas and bahulu..! Tahun ni tak puas makan kuih raya or ketupat. Aku makan ketupat pulut 3 biji jek raya tahun ni, tu pun raya kedua.. *sob.* 



Baju Raya


Tahun ni baju raya kaler purple, kaler tema USM, universiti kesayangan aku.. Hoooo'ooooohhh..!



Duit Raya


Tahun ni aku dah kena memberi duit raya..hohohoho.. Rasa excited seolah-olah macam aku yang dapat duit raya. Owh, aku masih juga lagi dapat duit raya.. Ayah bagi..ehehehehe.. Special case tahun ni.. UvU



Beg Raya



Aku memaksa diri untuk beli handbag raya sebab taktau nak letak sampul duit raya banyak-banyak kat mana.. Hahaha, alasan tak kukuh..



Jam Raya



Semalam, Sabtu, kami gerak pukul 12.30 tengahari dari Yan Kechil, Kedah, pukul 3.40 pagi tadi baru sampai. Tapi along the way adala singgah 2-3 tempat, beraya.. Tapi still, traffic was so bad.. =_=''''' Dah lama tak merasa jam macam ni. Last jam paling teruk adalah selama 10 jam dalam kereta dari Kedah ke KL. Sepatutnya ambil masa cuma 5-6 jam sahaja. Haisssshh, membazir masa betul..



Road Tax & Insurance Raya 


Sebab road tax and insurance kereta aku kena renew bulan 7 ni, bulan Syawal/raya, so, aku kira hal ni juga adalah hal raya..!




The best thing about raya is menghabiskan Ramadhan dan sambut Syawal dengan family. I'm a family guy.. Macam manala kalau dah kawen nanti, kena berebut nak balik raya kampung sapa ke? Haissshh, I wish my husband to be is Kedahian.. that is if he exists.. XP




Pssssttt, takde sesiapa nak jemput aku pergi beraya ke rumah ke? >v<d








Monday, June 13, 2016

Update life sikit..




Salam..



Lama tak dengar khabar.. Moga-moga semua sihatlah ye.. Sorry sebab blog tak terhapdet.. Nila aku nak hapdet ni tapi sorry lg sekali sebab takde lukisan..



Setakat puasa ni, 3 kali dah aku missed sahur sebab aku tidor lambat.. Tadi punye sahur pun aku missed jugak.. Kempunan nak abehkan sambal udang berbuka semalam.. Sob..sob.. Tapi selamat berpuasa korang..!!! Moga ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas.. ^^ v



Hmmmmm, boleh kata sekarang aku sedang diuji dengan masa. Sebab apa? Sebab aku dah sign up untuk lukis salah satu komik dalam BOTK yang akan datang.. Tup2, ada orang offer job.. So, sekarang aku tengah occupied dengan freelance job nila.. Ada 42 keping illustrations aku kena siapkan dan pace aku adalah selaju siput sedut. Laju lagi aku menyedutnya masa makan nasi dengan siput sedut masak lemak cili api.. Terlioq baq hang.



So, itu justifikasi aku kenapa aku tak terhapdet blog. Keje siang pun bos suruh buat OT.. Keje malam (melukis2) pun dok tunggu.. Sumpah, idea aku banyak.. Penuh berhelai2 dalam buku catatan tapi tak termampu nak melukis untuk blog.. wuwuwu.. Nak upah orang, takde bajet.. LOL..



Aku harap aku sempat kejar dateline BOTK..



Bulan2 puasa ni, jam macam bertingkat2..! Membazir masa betul..! =A= Tula, sape suruh cari kerja kat Shah Alam Peace Yaww..! Haaiisshh..



Tu jela nak cakap.. Blogwalking pun takdan.. *sob2*



Later peeps.. Aku sayang korang semua.. Hahaha...! Tiba2.. UvU




Wednesday, May 25, 2016

Short Getaway: A few hours in Cameron Highlands




Sabtu lepas, aku pergi Cameron dengan tiga orang kawan. Masuk kali ni, dah tiga kali aku pergi Cameron tapi masih tak dapat pergi semua tempat yang best2 di Cameron. Tapi trip lepas trip yang paling tak best sebab sampai je Cameron, kitorang kena menempuh jam plak, hala Ringlet ke atas. Lama kot dok dalam jam tuh...Adoila..buang masa betul. Mungkin sebab cuti Wesak, orang ramai, entah?

Kami pergi balik hari so boleh bayangla apa je yang kitorang boleh buat dalam masa sesingkat itu. Hajatnya nak naik ke Mossy Forest. Katanya tempat ni famous dengan kawasan hutan berlumut yang sangat cantik. Google jek gambarnya, memang cantik. Kami cuma naik half way. Tak confident nak naik dengan kereta, so kami park kereta, jalan. Dari tempat kami park tu ada lebih kurang 3.2 km ke pintu masuk Mossy Frost tapi kami berjalan naik half je. Sebab memikirkan masa yang terbuang, kami patah balik ke kereta dan balik. Too bad..or it would be splendid I bet.. Tapi kami bertekad akan datang balik untuk Mossy Forest.

Ini jela hasil tangkapan kamera yang aku dapat masa nak ke Mossy Forest.








Yang memandang ke belakang tu aku..misteri tak? UvUv

Then, kitorang pusing balik sebab kitorang akan balik ikut jalan yang sama kitorang naik ke Cameron. Nak singgah Kea Farm, terlajak pintu masuk parking, Haaah, memang kirim salam jela nak patah balik nak mengharung jam sekali lagi. Jadi kitorang terus turun dan singgah mana2 ladang Strawberry yang kitorang jumpa. Aim aku, nak makan strawberry cicah coklat banyak-banyak. Masa ni dah makan 2 packet besar (share2). 

Ni gambar 2nd time beli dan makan sebab yang first memang tak sempat pikir hape. Apa yang aku tahu, celup coklat, makan.. Nyaaaammm..~~~ Kawen nanti nak hantaran strawberry fresh dari Cameron..!

Then, down the road back, kami singgah pasar malam. Awal2 datang tadi belum buka. Yaaaaaay, kami semua excited turun kereta, pergi pasar malam, sambung beli apa yang patut. Aim aku kali ni nak cari stokin berjari daaaannn aku berjaya..! Aku beli dua pasang jek sebab sebelum tuh aku dah beli online. Haaaiisshh, apela.. Owh, kawan aku tanya, mana beli stokin ni sebelum ni? Dia gelak bila aku jawab Cameron, dia ingat aku main2kan dia. Owh, SoxWorld ada tapi aku tak sanggup nak melabur sebegitu banyak untuk sepasang stokin. Baik guna duit tu untuk makan, lepas 2 hari kot.. =v=

Gambar stokin comel takdak. Malas nak snap..sebab aku dah pakai..! Kikiki..

Owh, cenderahati macam fridge magnet kat sana, dah banyak yang baharu. So, kalau nak pergi, bolehla kumpul cenderahati yang baharu or beli cenderahati yang baharu untuk family and kawan2.  

Ni hasil tangkapan kamera ketika berada di pasar malam yang famous tu kat Cameron Highlands. Aku taktau nama dan aku tak kisah..lalala.. Korang kisah? Pergi cari kat google.. 

Antara roses plants yang dijual. Murah jek, RM 18 sepasu. Macam2 aku tanya makcik tu. Ingat nak belikan untuk mak tapi memandangkan aku tak balik kampung, lebih elok kalau aku tak menyeksa pokok ni. Biarla dia duduk kat sini dan tunggu orang lain yang lebih layak untuknya...ceywaahh..! So, aku end up beli baja bunga ros jek untuk mak. Satu paket RM6, beli dua RM 10. 

Ni bouquet lavenders. Bau lavender..! deh..! Sedap and refreshing..! ^^
Roses bouquet pun ada tapi too mainstream so no picture.. Haah..! XP

Selesai membeli dan belah, kami kembali memburu tempat makan yang kami dah aim masa naik tadi. Restoran Abang apa entah..ada menyajikan nasi lemak sambal strawberry yawl..!

Ni hasil tangkapan kamera  ketika berada di restoran tersebut. 

Ada pokok tomato ditanam kat luar, banyak. Kebetulan tengah berbuah dan meranum. Takde motip snap, saja suka2, bukan selalu aku nak amek gambar.

Ni hiasan dalaman restoran tuh.

Ni ada kat luar, macma patio gitteuwh.. Penuh kat atas kepala dengan strawberry merah berjuntai-juntai.

Daaaaaaaan, wallaaaahhh..!! Inilah nasi lemak dan nasi kukus sambal strawberrynya. Maafkan kami, kami takde desler (DSLR) untuk capture nasi lemak ni ala-ala professional food journalist. So, terimalah seadanya.
Hujung sana, nasi lemak aku dan hujung sini, nasi kukus yang kawan aku order. Bezanya cuma kuah tapi sambal strawberry tetap ada untuk kedua-dua jenis sajian.

Harga cuma RM 6.90, berpatutan dengan apa yang disajikan.
Dan paling penting, SEDAP..! Nora suka, Nora bagi, 4 bintang..!
Restoran ni ada jual sambal strawberry dalam botol juga. Boleh beli bawak balik untuk family or kengkawan yang takde kesempatan datang sini. ^^

Semua hasil tangkapan kamera lepas ni adalah sebab aku rasa cantik so aku snap. Pokok-pokok kat atas sana semua cantik-cantik dengan warna yang vibrant. Tak boleh tidak perasaan tu melonjak2 nak amek gambar...biarla tepi jalan je sebenarnya pun.







Satu lagi tempat yang aku aim nak singgah tapi tak tersinggah ialah Ladang Lavender. Turun dah nak masuk maghrib jadi kami terpaksa akur dengan waktu dan meneruskan perjalanan pulang dengan hampanya. QAQ

Ok, abeh..! So, lepas tu cumalah trip kitorang turun Cameron. Takde ape sangat sebab dah gelap. Kalau dok dalam kereta sorang2, mau terkucil juga. Jalan gelap, sempit dan sunyi, sekali-sekala jek bertembung dengan kereta. Masa naik pun, jalan yang sama, tak berubah tapi sebab gelap, rasa macam lain macam jek..kekeke.. Kita taktau apa yang ada dalam gelap..jejjennnggg..! Owh, along the way turun, kami ternampak beberapa orang asli jalan dalam gelap tepi jalan, takde hal.. UvUd Tapi agak bahaya sebenarnya..huhuhu..

Nanti honey moon nak datang sini..boleh mengada-ngada peluk shuben sebab sejuk..wakaka.. No harm in daydreaming..! LOL

Jyyyaaaaannn, adios peeps..!




Monday, April 16, 2012

ONE OK ROCK WORLD TOUR is coming to S'pore..!!!!!

I'm very hyped up right now since my FAVE j-rock band, ONE OK ROCK
is coming.. 

okey, only to Singapore..well, at least S'pore is the nearest venue to
our country..

They have few tours in Japan and Korea also before coming to S'pore..
The tour in S'pore will be on June the 30th..

Seriously, Y U NO COME TO MALAYSIAAAA?????? TTTT^TTTT

Luckily, I've my passport already..which gonna due this coming
...neah, I dunnnoo.. WAIT, where the hell did I put my passport???
URGHHHHH!!!!!

No worries!!!! No matter what happened, I'll be there for you guys,
number one die-hard fan of ONE OK ROCK!!!!!

TTTTT^TTTTT I'm really happy and looking forward on you guys
coming to S'pore..Please, do come to Malaysia on your next tour!

________________________others___________________________

Huh, so messed up right now.. Worried about money..*cachinggg!*

I'll be heading to Kelantan (6 hours drive away from where I'm right now)
this coming 18th April for basketball games, 3on3 street challange
Pray for our team victoryyyyy!!!!!
bTTT^TTTd (money again!)

Then, will head to Johor (12 hours drive away from Kelantan) for my best buddy's weds..!
Mine? Dun ask about it, I won't have any..I have no more faith in this..

I'll be going to Pnom Pehn around mid of May.. (again...money!)
Back to Kelantan again around end of May for conference..(moneyyyy!!!)

30 JUNE!!!!! ONE OK ROCK, HERE I COOOOMMMMEEE!!!!
(gonna be the happiest moment of my life)

Road tax gonna due early July...more money needed! Goshhhh!!!

Before year end...I'll be dead!

Sunday, April 8, 2012

Tak tahan godaan..! TT^TT

Salam..dan hye2..!

Aku nak citer sikit jek.

Aku x sehat skang ni. Pinggang makin teruk disebabkan aku dapat batuk. Batuk x berisi..memang sakit weyh..!

Tadi baru pegi farmasi amek ubat. Tu pun sebab mak aku ugut, kalau x amek ubat ko taklyeh balik Kelantan men basketball.. TT^TT Aku dapat 2 ubat, ubat batuk and sakit pinggang.

Baru nak jadi mommy's little good girl, maw makan ubat.. Lepas makan nasi tadi aku pun belek2la ubat2 tuh sumer. Aleh2 teringat bubur kacang kat dapur.

"Mak, takpe ke makan ubat pahtu makan bubur plak?"

"Makanla, x salah pun.."

"Hehehe.."

"Laaa, dalam bubur mak bubuh durianlaaa.."

"Uwwwaaaaahhhh!!! Pahtu ubat camner? Banyak ker mak bubuh durian dalam bubur?"

"X banyak, 4 bijik jek.."

"Huwa huwaaa.. 4 biji x banyak??? Huhuhu.."

"Makanla bubur dulu.. Nak tidur japgi baru makan ubat.."

Akhirnya aku mengalah dengan godaan bubur kacang durian air tangan mak..! Ubat, besok jela aku makan ko. 

Okeyh, skang aku dah mula selsema. Nice..!

Psssttt: sakit boleh kurangkan dosa. Alhamdulillah.. ^^

Okeyh, ni gambar yang aku dah siapkan dari cabaran lepas. Yang ada lemah jantung jangan tengok eyh. XP


Friday, March 23, 2012

Apesal UNDERWORLD?

Apesal aku letak kat header aku Lee Kun's Underworld? Alasannya mudah jek, sebab aku nak cakap pasal benda2 yg takder kaitan ngan life aku as student. Pada aku dunia aku as student adalah on the surface jek. Kat dunia tu semua orang bagus, pakai kemas, skema, suka study, menuntut ilmu and baca buku..(cam takde beza jek..haha). Dunia upperworld aku ni banyak mengisarkan kehidupan aku as student, apa yang aku wat untuk master aku, apa yang research aku sumbang pada society..bunyi macam elegant and so called upper class kan..haha.


Aku bosan dah hadapi benda2 kat upperworld hari2 so aku tanak citer dah pasal benda2 tuh kat sini. Kat blog ni aku cuma nak share pasal benda yang aku suker macam..basketball ker...basketball ker..basketball pun boleh.. (baper banyak basketball daaa..)..pasal melukis and citer pasal lukisan kat sini..citer pasal pengalaman idup yang orang x bajet jadi bila dorang tengok aku pakai labcoat masuk lab.. Sebab tula aku panggil blog aku ni Lee Kun's Underworld.


Alaaa, macam dalam citer Underworld..dorang x panggil saje2 je underworld tuh. Kat underworld nila ada vampires (tlng jangan bayangkan Edward Cullen..sila bayangkan Dean Supernatural masa dia kena gigit vampire....*drool*). Kat underworld nila wujudnya benda2 yang manusia tataw. Haaa, macam tula konsepnya ngan blog aku ni sebab tula kalau korang follow korang akan rasa aku ni merapu jek..hehe.


Tapi...kalau ada di luar sana student or sape2 jela yang ada nak taw sesuatu yang ada kaitan ngan upperworld aku, silela pm aku. Jgn segan2.. ^^


Aku ada degree in Forensic Sc, skang amek MSc in Human genetics..ada rezqi nak amek phD in Forensic balik. So, sesiapa yang berminat nak taw pasal benda2 ni sumer aku boleh tolong citer..contoh cam camner nak amek kos Forensic, U mane ada offer, apa qualification nak amek Forensic..nak tnya soklan berkaitan ngan study pun boley, aku jawab kalau aku ingt lagi..hehe...or x pun benda yang ada kaitan ngan master..camner nak wat master, apa kena wat untuk sambung master and bla bla bla..silela tanya. Just PM jela..tapi aku takkan cakap pasal benda2 tuh sumer kat sini..


So, faham skang? Kat underworld ni aku memang camni, mereng sket..hehe. Korang hanya akan dapat rapuan jek dari aku, xder info berguna. Kalau kat upperworld aku tatawla camner..skema kot and banyak ilmu korang boleh korek dari aku..hehe.


Okeyh, abeh pasal underworld x underworld..hehe.


Aku tngh kaler ni sebenarnya tapi tataw nak pilih kaler aper..kalau rajin komenla, suggest kaler.. maceyh! ^^


Kalau ikut aku, aku nak windbreaker kaler putih belang maroon..
jersi kat dalam maroon tapi cam bosan lak..
so tatawla nak letak kaler ape..haishhhh.. (_ _)'''''

Thursday, March 22, 2012

Lelaki cantik..perempuan kacak..

Hahaha, tajuk entry aku kali ni memang aku ase xleyh blah..macam saje nk cari kontoversi pun hadooo..hahaha. Hmmm, warning, post kali ni agak cyus. Kanak2 sila pergi ulangkaji ye.. Dengar cakap anty ye..hehehe.

Pernah korang jumpa lelaki cantik? Aku tak pernah jumpa lagi lelaki cantik kat negara kita. Lelaki jambu banyakla. Hmmm, kalau kat Korea or Jepun sana mungkin banyak kot. Pada akula, aku rasa pelakon Korea ni lelaki cantik, Lee Jun Ki..dia seorang jek yg baru buat aku rasa dia cantik walaupun dia lelaki. Artis Korea yang lain muka nak sepeten and jambu. Aku memang x boleh nak cam muka or nama kecuali Big Bang..kehkehkeh. Artis Jepun plak takde lagi yang aku rasa cantik, handsome2, jambu2 and comeyl2 ramaila.. Hmmm, susah gak nak jumpe lelaki cantik kat dunia reality ni eyh..Kat dalam dunia manga or anime banyak jek..hahahaha.

Okeyh, pompuan kacak aku selalu jumpe! Salah seorangnya adalah kawan aku dulu, A. Dia memang kacak as guy and as a girl pun dia cantik..tapi dia lagi menarik as guyla. Masa sekolah menengah dulu dia memang boyish and tomboy plus aktif sukan plak..hmmm, aku tatawla plak ramai pompuan minat dia ke x tapi laki pun ramai gak suke dia..orang cantik kan..hehehe.. tapi dia dah berubah dah..dah pakai tudung siap..Alhamdulillah. ^^

Ada sorang lagi hamba Allah yang aku kenal sebagai pompuan kacak, B. Pada aku dia xla cantik tapi kalau as guy mungkin handsome kot..kawan2 dia cakap dia macam pretty boy r. Gaya dia pun boyish dan sangat cool orangnya, dahla sekeping pahtu baju2 dia sumer memang xder baju ladies. Ramai awex minat kat dia siap ada yang confess lagi. Kena stalk pun ada. Pahtu ramai gak awex normal cakap kat dia.. "kalau ko ni lelaki dah lama aku ngorat.." Dia pernah citer kat aku, masa kat asrama dulu ada beberapa kumpulan awex datang ke blok asrama dia semata2 nak tngk dia.. Okeyh, aku tambah sket lagi karisma dia, dia ni aktif sukan..kehkeh. Tapi dia straight and normal, boyish jek sket..hehe.

Aku sebenarnya dah lama x pk psl benda2 ni, psl camner leh jatuh hati pd kaum sdr. Tapi semalam masa sembang ngan one of my best friend, terimbau plak kisah lama ni. Mula2 sembang pasal ada awex ni confess kat seorang awex juga.. Aku belum pelik lagi. Then, setelah diberitahu, awex tuh memang seorang awex yang normal, straight dan lawa..aku dah mula pelik. Tambahan pula..(Pergh, ayat!), awex yang confess tuh pun merupakan seorang awex tulen yang normal dan cantik! Apekehalll? And hell yeah, it's creepy. 

Kot2la, salah sorang tuh tomboy ker boyish ker, aku takderla pelik sangat.  Jap, aku takla menyokong gejala suka kaum sejenis ni cuma aku sedang mencari logik di sebalik kejadian tadi. Ape yg menyebabkan awex boleh jatuh hati kat seorang awex lain..sama jantina. Hmmm, pada aku, aku rasa awex yg confess tuh mungkin tersalah mentafsir perasaan sebenar dia. Entahla kan.

Satu lagi logik, kalaula awex tuh jatuh hati pada seorang tomboy or boyish (bukan pengkid eyh) aku rasa xla creepy sngt. Atas alasan, tersilap melayan tomboy tuh as lelaki or tomboy tuh ada ciri2 seorang lelaki yang seorang awex nak so tertimbulla perasaan tuh kan. Or, mungkin tomboy tuh just happened to be a pretty girl with cool/handsome boy attitude. Sape tak jatuh hati kt org handsome kan..Okeyh2, at least jatuh hati kat muka dia..hehe.

Banyak sebab ni aku boleh senarai tapi aku tanak wat karangan SPM plak kat sini since aku pun dh amek result semalam...7 tahun yg lepas..hahaha. So, korang sendiri boleh pk sebab2 len kan.

Perasaan tuh akan datang tanpa kita sedar. Kitala kena pandai kawal perasaan tuh. Kalau suka pada kaum sejenis, memang kita taw benda tuh x sepatutnya berlaku tapi mungkin tuhan nak uji. Jadi banyak2la beristighfar and minta perlindungan daripada Allah. Allah nak uji kita dalam pelbagai cara, betul kan? Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Same2la kita muhasabah dr. ^^

Pstttt, malas nak letak gambar. Gambar pompuan kacak ada kat header aku..hehehe. Lelaki cantik aku x suka lukis..XP

Sunday, March 18, 2012

Baller's goodies

Hello there..


I have nothing interesting to offer here..except for few pictures..


I've snapped pictures of my basketball jerseys..I only have few of them and wish to have more.. ^^
Oh yeah, I'm so damn lazy to edit them..so I just put raw pictures here..


These are all of them. I have a lot more jerseys but they're not basketball jerseys.








The one I love the most is the one with USMKK on it's back.. I don't know why.. Maybe because it's sentimental value.. or simply just because of it's price.. XP

Through out all the years of my basketball life, I have a lot of shoes with me.. In those early years, I just used running shoes for basketball and they only stand for 3-4 months. They all got torn out during their 4th month of serving my foot. Silly me, still haven't thought on getting basketball shoes..huuu. I never think of myself as a basketball player, that's why I never tot I wud wear a proper shoes for basketball training..it was few years back then.

But now, things have changed a little bit..not much though but I manage to buy a proper basketball shoes..which is affordable and suitable.. I was planning to buy something from Adidas, Nike or even Air Jordan but looking at my level, it's not worth it to spend too much on branded ones.. TT^TT

So, I just have to satisfy with my Admiral now.. ^^

What are there inside a baller's car? XP

This one is quite old..and I'm using it for training.

This is the one I used in official games.



The ball is also a new one..I'm happy to have one of my own and kinda regret for not having it earlier.. TT^TT

This one wasn't meant for basketball I guess..but looks like one..I might use it for basketball..who knows.. XP

So, basically you will only find these things inside my car...and yeah, a few  pieces of CD with J-rock songs.. XP

Well, there's nothing else I could tell you except for..

"I just happened to love basketball....passionately...."