S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Showing posts with label lukis. Show all posts
Showing posts with label lukis. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

BOTK: The Awakening dan Meetup




Hi guys..!


Aku takde war-warkan apa-apa pun berkenaan BOTK: The Awakening sebelum ni. Tapi aku diberi peluang untuk terlibat dalam penghasilannya sebagai salah seorang 56 pengkarya yang lain. Makanya, 20 November lepas, di IOI Citymall Putrajaya, telah berlangsungnya meetup antara pengkarya-pengkarya BOTK: The Awakening. Komik dah terbit weyhhhh..!!! Hahahaha..!!!! Ye, aku excited..ngeeeeee..


Mari kita tengok komiknya dan lukisan-lukisan live pengkarya-pengkarya ohsem yang hadir pada meet up tersebut. 


Dari atas kiri turun ke bawah dan ke kanan dan habis di bahagian atas kiri (pandai-pandaila paham)..
Faye
Nazirul
Kanza Kishiro
Tongkat Jibril 
Owh, aku takde dalam lukisan..keke..


Ok, sekarang, mari tengok sneak peak into the comic, dan aku buka page komik akula.. Promote sikit.. LOL..




Tema kali ini ialah slice of life.. Sendu baq hang baca one shots dalam ni.
Maklumat lain pasal komik ni macam kat bawah:

Harga: RM 25.00

Jumlah mukasurat: 296

Caj penghantaran: RM 8 (Semenanjung) / RM 12 (Sabah dan Sarawak)

COD (Cash on Delivery): Ada disediakan untuk sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong

Tak rugi beli. Apa lagi tunggu korang, dapatkan segera secara online..! Macam mana nak beli? Haaah, meh aku nak bagitau..MACAM MANA NAK DAPATKAN KOMIK ni..?

Korang boleh hantar e-mail kepada: princeofnoob[at]gmail[dot]com
Atau PM di Facebook Prince of Noob di: https://www.facebook.com/prince.nub
Atau PM di Page Facebook Buasir Otak: The Komik di: https://www.facebook.com/buasirotakthekomik/
Atau Whatsapp/SMS agen kami: Sang Kancil: 013-9313541

Nakkan lebih kepastian, pergi SINI...! ^^


Jadi, apa lagi tunggu..? Cepat-cepat dapatkan BOTK: Awakening. Jangan setakat beli satu, beli lebih untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. Spread the goodness through comics..!


Aku dah dapat aku punya copy so nak enjoy baca..!


Jyaaannn..~



Monday, November 7, 2016

Aku rajin 1 (Amaran: Ada kejutan)



Hey guys..


Seperti mana tajuk....ye.. Post ni adalah kerana aku sedang rajin dan inspired by Plain-sama yang memberi penghargaan kepada aku sebagai salah seorang pengomen yang rajin di blog beliau. Plain-sama review blog aku di blog beliau yang ohsem..! Check her out, guys..! Eh, I mean, check her blog out, guys..! ^^


Jadi, aku pun beranganla nak buat perkara yang sama. Aku dah kumpulkan 5 nama yang memang tak hasing lagi di bumi bertuah blog picisan aku ni.. Dorang ni memang tegar, tegar sungguh..tak pernah miss nak komen, biar lambat atau cepat..


Oleh kerana aku taktau nak buat untuk sape dulu, makanya aku cabut hundi.



Nama pertama yang bertuah ialah jeng jeng jeng jeng.......*drum roll.* 


 ZYROXX..!!



So, wallah..! Engkau yang bernama Zyroxx, nah amek hadiah hang..!


 


Yang namanya bukan Zyroxx, pray hard that you might be one of the other 4 remaining. ^^


Thanx, Zyroxx sebab tak berputus asa dengan blog aku..kekeke..


Yang lagi 4 tuh tak bermakna korang tak bertuah cumanya lambat sikitla tuah tu nak sampai. Tuahnya bakal dibuat, jangan risau. Dan yang lain-lain, kalau nak juga, bolehla start komen-komen dengan rajinnya kat sini. UvU Mana tau masa depan aku buat lagi..kannnn?


Aku pun dah ada isi nak update blog lepas-lepas ni..takyah pikir dah.. Pandai tak aku ngelat? Kekeke..


Jyan, guys..!

Saturday, November 5, 2016

Melukis dengan power point



Hi guys,


Tahukah anda, anda boleh melukis menggunakan power point?


Anda tak tahu? Ok, sekarang anda tahu..


Anda hanya perlu.....usaha dari segi mental dan fizikal, dan sedikit imaginasi.. UvU


Jadi memandangkan aku cuma ada power point dan mouse, aku pun lukis guna power point. Let's check it out..! XP


 Saitama Sensei from One Punch!


Kenapa aku pilih dia? Senang.. dia botak, aku tak payah spend masa untuk rambut..kekeke.. 


Lepas tu, aku bosan tengok so aku decide nak buat gif dengan pergerakan yang simple aje. Jadi,aku ke sini dan buat gif. So, let's check this out as well...!




Haaaaah, tu jela nak share..


Sekarang, aku aktif traditional art.. TQ


Tuesday, November 1, 2016

Mind Therapy: Random Doodle



My first doodle ever.



I had a lot of fun doing this. Thanks to throwing-tantrum laptop.



Feel free to download and colour for your own mind therapy. I had mine when creating this. It keeps me organized, composed and contented.



Media: STAEDTLER pigmentliner 0.5
Double A paper



 This entry is just for the sake of updating blog.



Later, peeps..!





Sunday, October 23, 2016

Cuci Mata ~



Morning, guys..~ *since I posted this in the morning.. UvU*


Ini jelah kerja aku dua tiga menjak laptop rosak dan reformat. Internet yang limited menyebabkan aku tak dapat lagi nak download semula paint tool SAI yang aku guna untuk buat digital drawing/illustration. Plus, laptop macam masih buat hal lagi walaupun dah reformat.. *sigh.*


Aku malas nak layan jadi aku pun beli pen sebatang dua dan lukis tangan..huhuhu. 


Aku ingat aku boleh survive tanpa melukis.. rupa-rupanya aku silap. Dan melukis sebenarnya membantu aku bertenang.. ^^


So, jom cuci mata dengan lukisan-lukisan yang aku dah buat dalam masa beberapa hari ni..



Fan art: Yukia Kirazawa

OC (original character): Kirua Reagan

Fan art: Lucifer Cyfera

OC: Ophelia Cyfera

OC: Haru Fraylee


Tangan kadang keras kadang lembut..huhu. 



That's all, folks..!



Psssttttt! Post ni sebenarnya is for the sake of updating blog..kekeke..




Thursday, October 13, 2016

Komik satu mukasurat: Taste lelaki kacak






*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *


Hey guys...



Tajuk tak berapa kena dengan apa yang aku nak sampaikan dalam komik ni tapi aku malas pikir. So, sebenarnya aku nak cakap pasal perangai Homo sapiens a.k.a. spesis manusia. Semua benda tak kena, semua benda kita nak komen (aku assume at certain points of our lives, semua orang pun macam ni..haha). Boleh baca sendirila kat atas..



Laptop aku rosak, Windows corrupted so sekarang hantar kedai. Balik rumah, internet plak takde so ini jela keje aku. Haha..



Enjoy the one page comic, folks..!



Jyaaaaannn..~



Wednesday, September 14, 2016

Speed Fan Art: Train to Busan





Short movie review in an illstrator's POV, it's too good not to do a fan art. >v<


All thumbs up..!








Thursday, September 8, 2016

Projek Illustrasi: Adakah bayaran setimpal dengan usaha?




Hi guys, salam.


Aku dah start buat illustrasi untuk buku kedua. Dan aku dah dioffer untuk 4 buku lagi bagi projek yang sama. Aku takde masalah nak teruskan tapi pace aku sangat lambat sebab aku bekerja di siang hari. 


Pada aku, personally, aku rasa bayaran yang aku dapat sekarang adalah setimpal dengan usaha yang aku curahkan. Boleh cakap aku ni seorang yang perfectionist dalam menghasilkan masterpiece (cheh!). Comparatively, dengan sifat perfectionist aku, aku letakkan usaha aku as 100%.  Tapi untuk projek ni, aku dah kikis sikit sifat perfectionist tu sebab graphic designer cakap setakat 50% usaha aku dah cukup memuaskan hati. So, aku cuma curahkan usaha 50%.


Cumanya orang-orang sekeliling aku keep on pushing to demand for more. Ok, Diagram 1 menunjukkan contoh illustrasi yang aku dah buat untuk buku tuh. Aku nak minta tolong korang nilai harga yang korang rasa berpatutan. Setakat ni, semua suruh aku minta lebih daripada bayaran yang dah verbally agreed antara aku dan dealer.


Diagram 1


Aku agree untuk harga yang buat masa ni dirahsiakan adalah berdasarkan beberapa faktor. Ringkasnya, faktor-faktor tu termasuklah status aku as amatur, masa dan usaha yang aku curahkan, pengalaman sebelum ni dan juga flexibility dari segi masa di pihak commissioner (orang yang upah aku melukis, bersabar dengan pace aku).



Overall, aku boleh cakap, benda simple tapi leceh. Tapi masih, aku tetap rasa harga yang aku dapat berpatutan. Tapi bila orang sekeliling keep on pushing, aku jadi kadang2 tak puas hati. Rasa yang harga aku dapat tuh sangat murah.



Illustrasi kat atas ni ada pihak yang share kat fb, pihak ni ada kebenaranla sebab dorang punya. And ada satu komen ni kata, illustrasi macam ni biasanya orang amek harga RM 500.00. Amboiiiihhh, ko ni dah kenapa..? Aku taktau betul ke tak or dia ada motif dia sendiri, motif yang aku takkan tau. So, benda-benda ni buat aku terfikir, aku ni dah dipergunakan oleh dealer ke apa? Entahla.. Tapi still, aku rasa untuk harga RM 500.00 is ridiculous. Unless branding is involved here.


Jadi, minta jasa baik korang2, sesiapa sajalah, yang amatur ke pro ke, sila komen pasal harga yang korang rasa berpatutan.


Illustrasi dalam Diagram 1 aku siapkan dalam masa lebih kurang 4 jam kot. Sebab orang ramai sangat plus ada kereta plakla..bla..bla..bla.. Basically yang lain-lain tak seleceh yang atas ni. Owh, aku dah diberi sketch so lebih mudah berbanding buku 1. Buku satu aku cuma dapat indication sahaja dan aku kena fikir sendiri macam mana nak illustrate.


So, anybody wants to voice out their opinion?


Thanks in advance, amigos..! Mr. Potataaaa..!


Pssssstt..Don't worry, BOTK masih lagi diteruskan..! Gile pe taknak buat.. XP

Wednesday, August 17, 2016

Superpowah..! Tagged!




Aku kena tagged by Zyra..



First of all, this is totally out of this world..



Kalau aku diberi pilihan untuk ada superpowah, aku memilih 3 superpower ni iaitu:



1. SUPERSPEED


 Well, sebelum mendapat kesedaran daripada Si Zyra, our mind controller (macam remote control plak bunyinya..aku dah  betulkan..haha..sorry Zyroxx..), aku cumalah meta-human (anggap jela aku dah dapat superpower tuh) yang cuma pikir pasal diri sendiri jek, macam Hancock.



Aku nak guna super speed aku tu untuk melancong dan buat banyak kerja dalam masa yang singkat. Bolehla aku melukis dengan cepat, buat banyak part time so aku boleh dapat banyak duit, balik kampung tiap-tiap hari.. Hoho, basically, superspeed ni aku nak untuk kesenangan sendiri. Tak pernah pun aku terpikir untuk selamatkan orang atau dunia.. Haha.. (macam interview dengan superhero dah..)



And mana tau, aku boleh compete dalam Olympics, lari sebelah Usain Bolt macam takde hal. Alaaa, aku pandai-pandaila adjust larian aku, bagi jadi cepat sikit jek daripada Usain Bolt.. UvU



Ok, itu sebelum mendapat kesedaran. Of coursela, selepas mendapat kesedaran, aku akan gunakan superspeed aku tu untuk kebaikan.. (cliche!)



Can you guys name at least 3 superheroes with superspeed?



2. WINGS + 3. SUPER HUMAN VISION





Aku suka terbang2 ni.. Again, aku nak superpower ni untuk kepentingan sendiri. Aku nak terbang dan rasa bebas di udara. Hohoho..



Dan dengan adanya wings, aku nak ada super human vision jugak so kalau aku diperlukan dalam battle, aku boleh jadi flying archer.. LOL.. Nama tak best langsung.. Nantila aku pikirkan nama yang lagi sedap, tu pun kalau Nick Fury personally request aku join Avengers or Batman datang cari aku untuk Justice League.. 



Aku boleh jadi pakar pertempuran jarak jauh dengan skill aku sebagai archer dan dengan bantuan super human vision, panahan aku takkan tersasar. 



Tapi, kalau aku ada wings ni, macam mana nak hidup kunun-kunun macam manusia normal..? Mana nak sorok wings tu? Hmmmmmm.. Pedulik apa, Hawkgirl chill jek bawak sayap ke hulu ke hilir.. XP




Fuhhhh, seronok betul berangan..!



Ok, adiosss..!



Owh... aku lupa.. Aku nak tag Amna Shark..!! Korang yang lain-lain yang nak buat pun amatlah dialu-alukan..! Jangan lupa tauk link di sini, I'll check it out..! UvU/



Friday, March 25, 2016

Tak pernah perasan pun orang sekarang suka mengadap phone tak kira masa..








o          o          o          o          o          o          o          o          o          o          o          o          o

Wednesday, May 9, 2012

Buang sawang..!!!

Oh mak! *sawang labah2 sangkut kat muke*
Mak aih, blog saperla ni bersawang dahsyat tahap gaban neyhhh!!!


...................


.............


.....


.


!


Lorhhh, blog aku rupenyer!!!!
Hahahaha, aku lupe aku ada blog..!


Aku pun tataw nape aku semakin malas nak hapdet blog..Mungkin sebab takde benda ilmiah or bermanfaat pun yang aku boleh share..Senang citer aku x retila nak menulis..hohohoho..!


Aku cuma reti citer pasal apa yang aku buat untuk tingkatkan tahap kepuasan hati aku dalam melukis.. Hehe, aku ada jumpe teknik buat lineart yang baru, yang nampak lagi natural..gittewww! *uwek!*


Moh kite tengok sket.. Dah lama x cuci mata tengok lukisan aku kan? Perasannn!! Haha, aku punyer sukerla..kalau bukan kite yang nak memperasankan diri sdr, sape lg yer dak? XP


Ni beberapa ketul art aku..kalau korg follow memg akan nampak beza sikit dari segi lineart..kalau x pasan pn xper, xder hallah..saje nak share2 apa yg aku dah buat selama aku bertapa dia gua labah2..hokhokhok!




..................................................


..........................


...........


....


.


OKEYH, BROADBAND AKU *LAJU SSSSAAANGGGGATTTT* SAMPAI LANGSUNG TAK BOLEH NAK UPLOAD GAMBAR..SEKIAN!!!


Nila salah satu sebabnya aku malas nak update bloggg..!!! TTT^TTT


Korang boleh klik jek link nila.. sedeyh2!! TTT^TTT


Ni first try..
Tohshi
Second try..
Megane-kun
Pun 2nd try jugak tp dah kaler siap..jiwang2 gittew..! XP
We're Married
Yang last ni yang aku tengah usahakan sekarang.. ^^



3 orang yang tengah adalah watak utama dari komik aku yang dah siap tahun 2007 kot, 
bertajuk We're Teen. 
Yang tengah, Leena..dia ni aku dah siap inking dah guna style yg baru..hehe..aku suker.. ^^
Yang kiri korang E-Lee..
Yang kanan korang N-Dee..
2 lagi watak hujung kiri and kanan, random jek.

Tema lukisan, dorang ni tengah menggayakan pakaian untuk satu jenama pakaian ni..hehehe. Aku suke gak design baju ni tapi biasanya baju2 coolla, kepunyaan lelaki.. Baju2 pompuan aku x baper reti.. Kadang2 teringin gak nak jadi designer baju, ada brand sendiri..kedai sendiri, contoh cam Jefferson..baju cantik2 and cool2 jek.. Sbbnya aku bleh design baju camner aku nak..hehe. Aku susah sngt nak berkenan ngan design2 baju yg dah ada skang..mungkin dari segi kalernye, jenis kainla dan lain2lah..


Uihhh, licin sawang aku buang! Hakhakhak..tatawla tahan sampai bila licinnya ni.. Okeyla, nak tdoq..ngantuk dahhh..hohoho..


Jumpa dia len post! ^^


Assalamu'alaikum..

Wednesday, April 4, 2012

Cabaran seterusnya.. ^^

Salam terlebih dahulu..and hye. ^^


Kali ni aku ada cabaran baru untuk diri sendiri. Selalunya aku buat sesuatu yang berkonsepkan jiwang. Dah lama dah aku rasa tak buat konsep2 best macam action ke, magic ke or ape2 jela selain daripada jiwang. Aku dah AGAK bosan lukis mamat ensem2 yang setakat berdiri kaku tak buat apa2.


Aku ada jumpa satu art kat dA dan memang menarik. Tajuk art ni ialah 'Toy Boy' oleh Mei-kun, salah seorang member aku kat dA. Aku berkenan sangat dengan konsep yang dia ketengahkan dalam 'Toy Boy'. Tengok sikit.


Ni bukan lukisan aku, ni Mei-kun punya.
Lukisan ni menceritakan pasal seorang budak lelaki
yang sebenarnya adalah robot.
Korang boleh tengok rangka dalam dia.
Interesting kan?

Jadi, aku pun chat ngan Mei-kun, aku cakap ngan dia aku nak lukis dan kaler balik 'Toy Boy' dia ni.

Atas sebab apa aku buat macam ni?
~ First, artwork Mei-kun ni sangat interesting pada aku jadi aku nak abadikannya dalam style aku plak.
~ Boleh improve skill lagi memandangkan aku tak pernah pun lukis sesuatu yang berkonsepkan macam ni..

Aku dah siapkan artline. Serius, memang mencapai target yang aku harapkan. Kali ni aku buat rujukan, anatomi manusia, tulang, jantung dan paru2 yang aku kena lukis. Lepas dah study sikit, aku imagine plak camne bentuknya untuk aku gantikan dalam tuh sebagai komponen 'robot'. Pheuuuwww!!! Aku study weyh kali ni.. *kagum dengan siri sendiri*

Ni yang aku dah lukis.



So, lepas ni nak kaler jelah. Walaupun kena study, I'm having a lot of fun..! ^^


Sunday, April 1, 2012

Never give up..! ^^

Salam..

Aku update lagi..haha..!

Korang pernah rasa putus asa terhadap sesuatu? Well, korang dah cuba bersungguh2? Cuba lagi? Cuba dan terus cuba lagi tak????? Aipppp! Apa cepat sangat putus asa ni.. Tamaw2..tamaw camtuh.

Jangan cepat putus asa..sebab kalau x cepat putus asa, insya-Allah kita akan dapat sesuatu daripada usaha kita yang tak pernah putus2 tuh. ^^

Macam aku, aku tak pernah putus asa dalam melukis, terus melukis dan terus melukis. Bermula daripada lukisan yang entah apa2 sampaila ke sekarang. 


Aku banyak merujuk dulu. Antara anime terawal yang menjadi rujukan aku adalah Cardcaptor Sakura, Gundam Seed/ Destiny dan Slam Dunk. Aku belajar lukis lelaki muscular daripada Slam Dunk. Banyak lukisan aku dulu ada unsur ketiga2 anime ni. Paling terbaru, aku rujuk anime Uraboku. Dari situla aku dapat style lukis lelaki2 ensem dan chun2.. Lelaki chun? Apeeekah? Abaikan..

Tapi sekarang aku dah mula lukis ikut style aku sendiri. Aku dah tak rujuk mana2. Tapi ada juga orang cakap, lukisan aku ada pengaruh manhwa. Ada jugak kata macam tiru lukisan manga-ka Jepun. Tak kesahla kan, yang penting kita improved.

Takde bakat takpe, kena usaha lebih sikitla. Kalau dah ada bakat tapi tak gilap pun takkan ke mana. Macam adik aku cakap, 

minat + usaha : BAKAT! ^^

Bawah ni adalah hasil usaha aku yang tak pernah putus.



Selang masa kedua-dua lukisan adalah setahun 3 bulan. Sebelah kiri aku lukis masa Dec 2010 dan sebelah kanan aku lukis semalam. Boleh nampakla bezanya. At least dah kurang tajam2..bahaya wooo..hahaha.. XP

So kengkawan, jangan putus asaaa! Gambaruzoooo!!! Yossshhh!

Saturday, March 31, 2012

Guna curve dalam MS Paint buat doodle

Salam..


Aku nak share sket camner aku buat doodle menggunakan MS Paint.. Aku guna curve tool jek. 



Korang taw camner aku utilize curve ni..? First, kena taw camner curve berfungsi. Kalau dah taw bagus, kalau tataw tengok bawah.







Okeyh, sabar2..

Tu the simplest part of doodling ikut cara akula..

Skang, mari mendoodle! ^^



Dah jadi pun..!
Last sekali padam mane tanak..
SIAP! ^^

Aku cuma utilize tool yang ada..
Kalau korang selalu practice,
macam2 doodle korang boleh buat..

Camni ker..

Ni aku lukis pakai MS Paint tapi colour guna Ps3..

Ni ker..


Ni pun lukis guna MS Paint tapi colour guna Ps3

Nak tengok contoh lain, klik pada kepala kucing hitam yang ada tulis 'doodle' kat atas..

Kalau rajin lagi..
korang boleh buat lukisan macam ni..
malah boleh warna sekali..
Yang bawah ni semua purely made with MS Paint..







So, selamat mencuba! ^^