S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Showing posts with label bakat. Show all posts
Showing posts with label bakat. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Test market..! ^^

PON..! PON..!

Aku nak tauk satu page komik aku..
inking pakai pensel jek..
aku scan..
then final edit ngan Ps CS3..

Hmmm, kualiti mungkin low sket sbb sketches' scan jek..
tp just maw share komik aku..
apa gune wat komik kalau simpan wat pekasam dalam file jek kan..ahaks..!
meh nak share keseronokan merealisasikan impian dan angan2 ke dalam bentuk komik..!

Welcome to my comic world..!

(nampak beno lepas gian sampai 2 hari post 3 entry sekaligus..haha..!)


Kalau maw bace page2 seterusnya, komenla wat request..
kalu x, aku akan stop sini jela and x edit dah page2 yg seterusnya..
cam aku tulis kat tajuk entry ni..
"test market"
ada request, adala productnyer.. XP


Monday, December 12, 2011

Selesai sudah projek freelanceku.. ^^

Alhamdulillah, finally siap juga keje aku wat illustrasi untuk sebuah buku kanak-kanak ni..


I've been serious-shit-ly committed wif this freelancing project since 28th Nov til...officially today morning..! Hmmm, dalam lebih kurg 15 harila kot.. Aku berjaya gak siapkan 130 kpg illustrasi macam yang penulis nak. Skang, publishing house akan print out dummy untuk penulis buku tuh. I'll just have to wait for his feedbacks jela..(I think he's a HE..huuu..)


So, dengan entry ni, berakhirlah projek freelance aku yg dah amek most of my time, bermulalah bulan Disember aku dalam dunia blogging and of course, officially....I'M BACK from an unofficial hiatus..!!!! Hahaha..skang ni idea nak wat entry best2 or doodles sumer xder lg since otak dah kering n abeh perah dah masa wat illustrasi2 nih. So, ni jela yg mmpu, just to let u all know..that I'm back..! ^^


These are all the illustrations I've made for the past two weeks. 



So, that's all. Lepas ni mungkin nak sambung komik yang dah terbengkalai for almost half a year kot..haha.

So, later  guys..! Have a nice Monday..! ^^





Thursday, November 17, 2011

Belajar bersyukur.. Part 1

Salam..

Saper pandai melukis? Angkat kaki..!!! Hehe, acah jek..dah2, duk diam2 n abehkan bace entry nih.

Nape tb2 ase nak post pasal bersyukur dan kaitannya dengan pandai melukis atau pun tak? Sebab aku rasa aku tak cukup bersyukur dengan bakat melukis yang Allah dah kurniakan kat aku ni..huu..

Camner leh jadi tak bersyukur? 

Sebab dok bandingkan lukisan sendiri dengan lukisan orang yang dah pro dan jauh lebih cantik dan bagus daripada lukisan aku.

So, camner nak ajar diri sendiri bersyukur?

Sentiasalah ingat, x semua orang ada bakat melukis or reti melukis.Ada orang nak lukis orang lidi pun x lepas..bersyukurlah aku boleh lukis sesuatu dan orang boleh taw ape yang aku lukis tuh, means jadila kan..hehehe.. Manela taw, lukis orang jadi ayam ker kan..mane taw..haha..

Ada jek orang kagum dengan bakat kita. Lain orang lain kualitinya kan, baru ada keunikan kat situ. Hakikatnya, manusia x pernah berpuas hati..sentiasa jek rasa x cukup.. Macam aku, orang kata da lukis cantik da tapi di mata aku tetap ada benda yang aku x puas hati n ase buruk jek.. So, mulai skang kenala belajar bersyukur ye.. 

Moh same2 bersyukur dengan nikmat yg kita ada skang.. ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah.. ^^






Paling ase bersyukur bila Allah bagi fizikal yg lengkap dan tangan yang sempurna untuk melukis.. ^^v (dan untuk buat peace yawww..!!! hehe)


Saturday, August 20, 2011

Manhwa??? Manga??? Abeh kartun Malaysia panggil ape? Huuu...


Okeyh...tadi dalam lab aku melukis..well, sambil2 wat labworklaaa.. Takderla mengulor sangat..


Ada sorang staf ni, tua setahun daripada aku, pun pandai melukis. Aku pun slumberla melukis depan dia sebab dia dah taw aku pandai lukis.


Dah hampir2 nak balik tuh dia datang ushar aku lukis.


"Ishhhkk2, cam manhwa..." katanya. " Kalau lawa takper jugak.." Aku tak kesah pun apa dia cakap sebab dia memang suker bergurau camni, nada tak cyus pun. Pes time nih orang cakap cam manhwa..huu.


"Mangalaaa..!" mentaliti aku, manhwa tak cantik sebab aku jumpe yang tak cantik jek..huu. Almaklumlah, layan manga jek.


"Manhwa..taw tak ape tuh?"


"Apesal tataw plak???" Manga2... Takder2.."


"Ishhk, x cukup arif lagi pasal manga and manhwa ni..Macam Noblesse. Pernah baca Noblesse..?"


"Eh, Nobelist?"


"Nobelesse...noblesse.."


"Cam pernah dengar..manhwa pasal aper?"


"Tataw..hahaha..!"


"Adeyh..! Apelaaa.."


"Takder, carila sendiri pasal ape.."


So, malam ni ditakdirkan aku tergerak hati nak cari apela manhwa Noblesse ni.. Jajanngggg!!! Sangatlah terkejut sebab...manhwa ni sangatlaaaaa cantiknyaaaa aduiy pun ter berrr....!!! Tak tipu korang.. Meh aku upload gambar sket.. TT^TT


Noblesse Vol.01 Ch.002: #2 at MangaFox.com
Disclaimer, gambar ni bukan aku punye. Thanx to Mangafox.


Cantik kan? Siap berwarna lagiiii.. So skang aku ase...ase...ase flustered and sngt honoured sebab encik tuh samakan lukisan aku ngan manhwa ni..huuuu. Well, lukisan aku takla secantik ni and for surela x beridentiti sebab animanga or manhwa style, x kesahla mane2 pun..sebab aku memang sangat sukerkan style lukisan ni sebab tula aku belajar daripada anime and manga.


So, jelas nyata dan terang, x semua manhwa x cantik..macam pandangan aku awal2..huu.. And I shud have known yang tak sumer manga cantik. So at least I shud be proudla when someone claimed my stroke as manhwa kan.. (campak tepi xder identiti tuh..hahaha..)



So, takderla down sangat..huhuhu. Lagi bersemangat aku nak improved style.

Jepun panggil manga, Korea panggil manhwa..abeh kalau stroke Malaysian, beridentitikan Malaysia, maw panggil ape? Komik? Omputih pun panggil komik..huuu. So, camner nak define kartun beridentiti Malaysia? Camner kalau aku lukis watak tinggi lampai, dagu runcing, idung mancung...ala2 style manga or manhwa, tapi pakai baju melayu or pakai baju kurung? Nak claim ape tuh? Huuuu, tatawla kan...

Tak kesahla ape pun, bukan aku leh jadi manga-ka pun.. So tak kesahla ada style sdr ke takder. Yang aku taw aku lukis aku tak tiru saper2..SETEL! Hehehe..

Ni lukisan aku yang encik tuh tngk and dia kata cam manhwa tuh.. Memangla tak terbanding tapi takperla, banggala jap.. XP




Tuesday, August 9, 2011

Sentiasa ada ruang untuk perubahan...^^


Okeyh, ni stroke and style aku yang terbaru.

Hmmm, kalau sesape yang follow aku punyer artwork (cam ada jek..haha) akan perasanla beberapa perubahan yang aku dah wat. Dari segi stroke aku dah try tumpulkan dagu karakter2 tuh. Kali ni dagu dorang takder asah ngan sharpener dah..hahaha. Aku pun dah mula biasakan tangan melukis dagu yang lebih tumpul and leher yang kurang jinjang.


Aku ingatkan aku takkan ubah style lukisan aku lagi or takkan ada peningkatan apa2 lagi dah tapi aku silap. Komen2 daripada member2 and orang sekeliling slowly dapat ubah. Bile browse balik lukisan2 tahun lepas tetap boleh nampak perbezaan walaupun jarak masa tak lama.

Satu lagi perubahan is....aku makin daring! Huuuuu...asalnya aku nak lukis gambar lelaki and sorang pompuan tengah memperagakan baju and jadi front cover magazine. Tapi tataw camner, aleh2 terlukis yang pompuan tuh jadi laki gak.. Asal2nya pakaian sopan jek...tapi entah camner jadi tak berbutang lak.. Cyus, xder niat pun awal2! Aku dah jadi ikemen violater ker? Hahaha.. XP

Ni gambar aku punyer, bukan Mr.Google. Sekian. XP




Ini stroke aku tahun lepas. Hmmmm, rasanya aku buat dalam bulan 11 ke 12 macam tula. Asalnya request member so kirenye ni dia punyela. Aku cilok daripada diala neh.. XP Kalau compare leh nampak perbezaan.



Hmmm, aku sangat suker stroke 2 orang manga-ka ni nama, Hirotaka Kisaragi and Ukyou Ayane. Jujur cakap, Hirotaka Kisaragi manga-ka genre yaoi tapi manga dia agak sopanla. Ukyou Ayane plak manga genre biasa cam romance and one-shot. Cyus, memang sangta cantik stroke dorang..! Kagum2!


Hirotaka Kisaragi Portfolio
Ni stroke Hirotaka Kisaragi. Thanx to Mr.Google.

Ni stroke Ukyou Ayane. Skali lagi cam bese, aku curi jek dari Mr. Google. Hehe..

Betul2 berharap satu hari nanti leh jadi manga-ka. Walaupun impian tuh makin jauh aku tetap nak simpan impian tuh..huuu.

Monday, May 9, 2011

Ape ade pada bakat melukis?

Nila antara bakat aku, melukis.. Errr, aku ada bakat lain ker? XDER..lalalala.. Hehehe.

Ada jek orang kata bakat melukis kartun ni xder pekdah, xleh buat duit and xder masa depan. Ayah aku pun dulu x sokong sangat aku melukis. Mak aku sokong jek. Tapi yang ubah persepsi ayah aku is bila dia seronok tengok lukisan aku size 10cmX10cm keluar kat dalam satu majalah ni. Masa tu aku 17 kot and start pada tu ayah aku sokong aku melukis. Sampaila wujudnya Upin Ipin, Les Copaque's production. Ayah aku mula buka mata dengan masa depan dunia animasi, pandangan umum pun sama juga berubah. PM kita pun mula galakkan penglibatan rakyat dalam dunia animasi.

So, sape yang kata benda ni xder pekdah or wut so wever..think again.

Okeyh, apa yang bakat aku dah wat kat aku and apa yang aku wat dengan bakat aku.. Pening? Hehehe, teruskan membaca.. XP

Bestfrens

Hahaha, x pasal2 bestfrens.. Ye, aku kenal and rapat dengan 2-3 orang bestfrens aku sebab aku pandai lukis. Bese aku tampal lukisan aku kat fail yang aku bawak ke hulu ke hilir. Dari situla perkenalan bermula and startla masing2 pun slalu buli aku suh aku lukis macam2. Cam Nad, aku slalu siapkan report Sains dia dengan tolong lukiskan gambarajah2..hahaha! Paling kaki pembuli Tiala..hahaha. Tapi buli2 tula wat kitorg rapat. ^^

Junk of comics

Ni banyak komik sendiri2 jek. Nak publish belum layak lagi..huuu. Tunggu aku rajin inking komik2 aku baru aku pk plan nak publishkan. Entah, aku ase komik aku bese2 jek tapi ramai yang baca ramai yang kata best, ada style sdr. Huuu, tatawla kan. Tapi wat masa ni aku expert wat komik jiwang (banyakla yang aku da wat) and ade 1 complete comic on action and 1 incomplete on fantasy and action (memg xkan siap da sbb da lupe jalan citer..hakhakhak)..

Aku pernah sekali gatal tangan hantar komik strip (komik satu muka surat) ke Kreko and aleh2 terkeluar plak. Isu berapa entah, lama dah. Lepas da kluar sekali tuh puas dala hati aku. Just nak tengok camner rupenyer lukisan aku dalam majalah..hahaha. But kluar kat Kreko no big deal pun sbb Kreko baik hati bagi peluang kat aper2 jenis art pn untuk dorang publish.. Thanx Kreko.. ^^b


Ni komik strip yang aku baru wat sempena birthday member2 aku yang tersayang.. ^^

T-shirt designing

Ni selalu gakla orang minta tapi aku pernah layan satu permintaan jek..huuu. Tu pun sebab orang yang mintak tolong tuh antara kawan rapat. Aku ada design t-shirt untuk school and dapatla t-shirt free..jadila kan. Tp yang x bestnya, aku wat 3 design and school's community p pilih design no 3 yang paling buruk aku buat..huuu. Jadila t-shirt buruk dengan company wat t-shirt tuh menambahkan lagi keburukan design aku tuh.. hahahaha!

Pertandingan

Hmmm, setakat ni aku pernah masuk satu pertandingan jek, Bakat Baru Gempak. Aku pernah masuk 2 kali dengan 3 penyertaan. Tapi masih xder rezeqi lagi untuk menang. Aku tunggu lagi peluang untuk tahun ni, walaupun dah tua aku still lagi nak try. Aku da taw kat mane kekurangan and kelemahan aku and apa yang pertandingan tuh nak..cuma takut semangat nak menyertai tu hilang..hehehe.

Ni salah satu page komik yang aku wat untuk pertandingan tuh, 2 tahun lepas..

Illustrasi Buku

Ini pencapaian aku yang paling membanggakan setakat ni. Thanks to Kak Ara and kawan baik aku Nadiah Zakariah and pengarah e-Media Publication, En Ishak sebab bagi kepercayaan kat aku untuk hasilkan illustrasi untuk buku company dorang.

First, aku wat side illustration (aku antara 5 orang illustrator lain) untuk Ensiklopedia Sains Kanak-Kanak Islam. Then, En Ishak bagi peluang pada aku lagi sekali.. kira cam wat buku in collaboration ngan penulis and aku as the illustrator. Aku dapat kredit dan juga royalty for my arts. Tajuk buku, Kumpulan 111 Puisi Kanak-Kanak. ^^

Lepas tuh ada publishing company len suka illustrations aku and minta aku contact dorang tapi sampai skang aku x contact2.. Huuu, bukan tolak rezqi cuma mungkin x bersedia lagi nak bagi komitmen dalam bidang lain selain sains..huu. Yang dengan e-Media tuh aku wat isi masa lapang jek..tapi sedap gakla bayarannye, ada royalty lagi.. XP



Ni antara illustrasi untuk buku tu yang aku paling suker.. ^^

Cukupla tu..heeee..