S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

BOTK: The Awakening dan Meetup




Hi guys..!


Aku takde war-warkan apa-apa pun berkenaan BOTK: The Awakening sebelum ni. Tapi aku diberi peluang untuk terlibat dalam penghasilannya sebagai salah seorang 56 pengkarya yang lain. Makanya, 20 November lepas, di IOI Citymall Putrajaya, telah berlangsungnya meetup antara pengkarya-pengkarya BOTK: The Awakening. Komik dah terbit weyhhhh..!!! Hahahaha..!!!! Ye, aku excited..ngeeeeee..


Mari kita tengok komiknya dan lukisan-lukisan live pengkarya-pengkarya ohsem yang hadir pada meet up tersebut. 


Dari atas kiri turun ke bawah dan ke kanan dan habis di bahagian atas kiri (pandai-pandaila paham)..
Faye
Nazirul
Kanza Kishiro
Tongkat Jibril 
Owh, aku takde dalam lukisan..keke..


Ok, sekarang, mari tengok sneak peak into the comic, dan aku buka page komik akula.. Promote sikit.. LOL..




Tema kali ini ialah slice of life.. Sendu baq hang baca one shots dalam ni.
Maklumat lain pasal komik ni macam kat bawah:

Harga: RM 25.00

Jumlah mukasurat: 296

Caj penghantaran: RM 8 (Semenanjung) / RM 12 (Sabah dan Sarawak)

COD (Cash on Delivery): Ada disediakan untuk sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong

Tak rugi beli. Apa lagi tunggu korang, dapatkan segera secara online..! Macam mana nak beli? Haaah, meh aku nak bagitau..MACAM MANA NAK DAPATKAN KOMIK ni..?

Korang boleh hantar e-mail kepada: princeofnoob[at]gmail[dot]com
Atau PM di Facebook Prince of Noob di: https://www.facebook.com/prince.nub
Atau PM di Page Facebook Buasir Otak: The Komik di: https://www.facebook.com/buasirotakthekomik/
Atau Whatsapp/SMS agen kami: Sang Kancil: 013-9313541

Nakkan lebih kepastian, pergi SINI...! ^^


Jadi, apa lagi tunggu..? Cepat-cepat dapatkan BOTK: Awakening. Jangan setakat beli satu, beli lebih untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. Spread the goodness through comics..!


Aku dah dapat aku punya copy so nak enjoy baca..!


Jyaaannn..~



Monday, November 7, 2016

Aku rajin 1 (Amaran: Ada kejutan)



Hey guys..


Seperti mana tajuk....ye.. Post ni adalah kerana aku sedang rajin dan inspired by Plain-sama yang memberi penghargaan kepada aku sebagai salah seorang pengomen yang rajin di blog beliau. Plain-sama review blog aku di blog beliau yang ohsem..! Check her out, guys..! Eh, I mean, check her blog out, guys..! ^^


Jadi, aku pun beranganla nak buat perkara yang sama. Aku dah kumpulkan 5 nama yang memang tak hasing lagi di bumi bertuah blog picisan aku ni.. Dorang ni memang tegar, tegar sungguh..tak pernah miss nak komen, biar lambat atau cepat..


Oleh kerana aku taktau nak buat untuk sape dulu, makanya aku cabut hundi.



Nama pertama yang bertuah ialah jeng jeng jeng jeng.......*drum roll.* 


 ZYROXX..!!



So, wallah..! Engkau yang bernama Zyroxx, nah amek hadiah hang..!


 


Yang namanya bukan Zyroxx, pray hard that you might be one of the other 4 remaining. ^^


Thanx, Zyroxx sebab tak berputus asa dengan blog aku..kekeke..


Yang lagi 4 tuh tak bermakna korang tak bertuah cumanya lambat sikitla tuah tu nak sampai. Tuahnya bakal dibuat, jangan risau. Dan yang lain-lain, kalau nak juga, bolehla start komen-komen dengan rajinnya kat sini. UvU Mana tau masa depan aku buat lagi..kannnn?


Aku pun dah ada isi nak update blog lepas-lepas ni..takyah pikir dah.. Pandai tak aku ngelat? Kekeke..


Jyan, guys..!

Saturday, November 5, 2016

Melukis dengan power point



Hi guys,


Tahukah anda, anda boleh melukis menggunakan power point?


Anda tak tahu? Ok, sekarang anda tahu..


Anda hanya perlu.....usaha dari segi mental dan fizikal, dan sedikit imaginasi.. UvU


Jadi memandangkan aku cuma ada power point dan mouse, aku pun lukis guna power point. Let's check it out..! XP


 Saitama Sensei from One Punch!


Kenapa aku pilih dia? Senang.. dia botak, aku tak payah spend masa untuk rambut..kekeke.. 


Lepas tu, aku bosan tengok so aku decide nak buat gif dengan pergerakan yang simple aje. Jadi,aku ke sini dan buat gif. So, let's check this out as well...!




Haaaaah, tu jela nak share..


Sekarang, aku aktif traditional art.. TQ


Tuesday, November 1, 2016

Mind Therapy: Random Doodle



My first doodle ever.



I had a lot of fun doing this. Thanks to throwing-tantrum laptop.



Feel free to download and colour for your own mind therapy. I had mine when creating this. It keeps me organized, composed and contented.



Media: STAEDTLER pigmentliner 0.5
Double A paper



 This entry is just for the sake of updating blog.



Later, peeps..!





Sunday, October 23, 2016

Cuci Mata ~



Morning, guys..~ *since I posted this in the morning.. UvU*


Ini jelah kerja aku dua tiga menjak laptop rosak dan reformat. Internet yang limited menyebabkan aku tak dapat lagi nak download semula paint tool SAI yang aku guna untuk buat digital drawing/illustration. Plus, laptop macam masih buat hal lagi walaupun dah reformat.. *sigh.*


Aku malas nak layan jadi aku pun beli pen sebatang dua dan lukis tangan..huhuhu. 


Aku ingat aku boleh survive tanpa melukis.. rupa-rupanya aku silap. Dan melukis sebenarnya membantu aku bertenang.. ^^


So, jom cuci mata dengan lukisan-lukisan yang aku dah buat dalam masa beberapa hari ni..



Fan art: Yukia Kirazawa

OC (original character): Kirua Reagan

Fan art: Lucifer Cyfera

OC: Ophelia Cyfera

OC: Haru Fraylee


Tangan kadang keras kadang lembut..huhu. 



That's all, folks..!



Psssttttt! Post ni sebenarnya is for the sake of updating blog..kekeke..




Thursday, October 13, 2016

Komik satu mukasurat: Taste lelaki kacak






*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *


Hey guys...



Tajuk tak berapa kena dengan apa yang aku nak sampaikan dalam komik ni tapi aku malas pikir. So, sebenarnya aku nak cakap pasal perangai Homo sapiens a.k.a. spesis manusia. Semua benda tak kena, semua benda kita nak komen (aku assume at certain points of our lives, semua orang pun macam ni..haha). Boleh baca sendirila kat atas..



Laptop aku rosak, Windows corrupted so sekarang hantar kedai. Balik rumah, internet plak takde so ini jela keje aku. Haha..



Enjoy the one page comic, folks..!



Jyaaaaannn..~



Wednesday, September 14, 2016

Speed Fan Art: Train to Busan





Short movie review in an illstrator's POV, it's too good not to do a fan art. >v<


All thumbs up..!








Thursday, September 8, 2016

Projek Illustrasi: Adakah bayaran setimpal dengan usaha?




Hi guys, salam.


Aku dah start buat illustrasi untuk buku kedua. Dan aku dah dioffer untuk 4 buku lagi bagi projek yang sama. Aku takde masalah nak teruskan tapi pace aku sangat lambat sebab aku bekerja di siang hari. 


Pada aku, personally, aku rasa bayaran yang aku dapat sekarang adalah setimpal dengan usaha yang aku curahkan. Boleh cakap aku ni seorang yang perfectionist dalam menghasilkan masterpiece (cheh!). Comparatively, dengan sifat perfectionist aku, aku letakkan usaha aku as 100%.  Tapi untuk projek ni, aku dah kikis sikit sifat perfectionist tu sebab graphic designer cakap setakat 50% usaha aku dah cukup memuaskan hati. So, aku cuma curahkan usaha 50%.


Cumanya orang-orang sekeliling aku keep on pushing to demand for more. Ok, Diagram 1 menunjukkan contoh illustrasi yang aku dah buat untuk buku tuh. Aku nak minta tolong korang nilai harga yang korang rasa berpatutan. Setakat ni, semua suruh aku minta lebih daripada bayaran yang dah verbally agreed antara aku dan dealer.


Diagram 1


Aku agree untuk harga yang buat masa ni dirahsiakan adalah berdasarkan beberapa faktor. Ringkasnya, faktor-faktor tu termasuklah status aku as amatur, masa dan usaha yang aku curahkan, pengalaman sebelum ni dan juga flexibility dari segi masa di pihak commissioner (orang yang upah aku melukis, bersabar dengan pace aku).



Overall, aku boleh cakap, benda simple tapi leceh. Tapi masih, aku tetap rasa harga yang aku dapat berpatutan. Tapi bila orang sekeliling keep on pushing, aku jadi kadang2 tak puas hati. Rasa yang harga aku dapat tuh sangat murah.



Illustrasi kat atas ni ada pihak yang share kat fb, pihak ni ada kebenaranla sebab dorang punya. And ada satu komen ni kata, illustrasi macam ni biasanya orang amek harga RM 500.00. Amboiiiihhh, ko ni dah kenapa..? Aku taktau betul ke tak or dia ada motif dia sendiri, motif yang aku takkan tau. So, benda-benda ni buat aku terfikir, aku ni dah dipergunakan oleh dealer ke apa? Entahla.. Tapi still, aku rasa untuk harga RM 500.00 is ridiculous. Unless branding is involved here.


Jadi, minta jasa baik korang2, sesiapa sajalah, yang amatur ke pro ke, sila komen pasal harga yang korang rasa berpatutan.


Illustrasi dalam Diagram 1 aku siapkan dalam masa lebih kurang 4 jam kot. Sebab orang ramai sangat plus ada kereta plakla..bla..bla..bla.. Basically yang lain-lain tak seleceh yang atas ni. Owh, aku dah diberi sketch so lebih mudah berbanding buku 1. Buku satu aku cuma dapat indication sahaja dan aku kena fikir sendiri macam mana nak illustrate.


So, anybody wants to voice out their opinion?


Thanks in advance, amigos..! Mr. Potataaaa..!


Pssssstt..Don't worry, BOTK masih lagi diteruskan..! Gile pe taknak buat.. XP

Wednesday, August 17, 2016

Superpowah..! Tagged!




Aku kena tagged by Zyra..



First of all, this is totally out of this world..



Kalau aku diberi pilihan untuk ada superpowah, aku memilih 3 superpower ni iaitu:



1. SUPERSPEED


 Well, sebelum mendapat kesedaran daripada Si Zyra, our mind controller (macam remote control plak bunyinya..aku dah  betulkan..haha..sorry Zyroxx..), aku cumalah meta-human (anggap jela aku dah dapat superpower tuh) yang cuma pikir pasal diri sendiri jek, macam Hancock.



Aku nak guna super speed aku tu untuk melancong dan buat banyak kerja dalam masa yang singkat. Bolehla aku melukis dengan cepat, buat banyak part time so aku boleh dapat banyak duit, balik kampung tiap-tiap hari.. Hoho, basically, superspeed ni aku nak untuk kesenangan sendiri. Tak pernah pun aku terpikir untuk selamatkan orang atau dunia.. Haha.. (macam interview dengan superhero dah..)



And mana tau, aku boleh compete dalam Olympics, lari sebelah Usain Bolt macam takde hal. Alaaa, aku pandai-pandaila adjust larian aku, bagi jadi cepat sikit jek daripada Usain Bolt.. UvU



Ok, itu sebelum mendapat kesedaran. Of coursela, selepas mendapat kesedaran, aku akan gunakan superspeed aku tu untuk kebaikan.. (cliche!)



Can you guys name at least 3 superheroes with superspeed?



2. WINGS + 3. SUPER HUMAN VISION





Aku suka terbang2 ni.. Again, aku nak superpower ni untuk kepentingan sendiri. Aku nak terbang dan rasa bebas di udara. Hohoho..



Dan dengan adanya wings, aku nak ada super human vision jugak so kalau aku diperlukan dalam battle, aku boleh jadi flying archer.. LOL.. Nama tak best langsung.. Nantila aku pikirkan nama yang lagi sedap, tu pun kalau Nick Fury personally request aku join Avengers or Batman datang cari aku untuk Justice League.. 



Aku boleh jadi pakar pertempuran jarak jauh dengan skill aku sebagai archer dan dengan bantuan super human vision, panahan aku takkan tersasar. 



Tapi, kalau aku ada wings ni, macam mana nak hidup kunun-kunun macam manusia normal..? Mana nak sorok wings tu? Hmmmmmm.. Pedulik apa, Hawkgirl chill jek bawak sayap ke hulu ke hilir.. XP




Fuhhhh, seronok betul berangan..!



Ok, adiosss..!



Owh... aku lupa.. Aku nak tag Amna Shark..!! Korang yang lain-lain yang nak buat pun amatlah dialu-alukan..! Jangan lupa tauk link di sini, I'll check it out..! UvU/



Wednesday, June 22, 2011

Saje2 xder keje di kala kebuhsanan..

Bila aku bosan and xder keje, aku suke browse artwork2 aku.. Kalau kat umah aku belek balik komik2 yang aku wat yang aku ase best.. Hmmmm..dah lama gak x melukis something camni tapi malas r..amek masa lama sebab aku amatur lagi..huuu. 

Entah sape nak tengok.. Ah, saje nak upload. Aku sorang jek tengok pun xper..haha.. XP



Captured Moment


The Look



The Trio Bishies


Pre-match


The Twins and Sister

Sunday, June 19, 2011

Aku, Si Anime Maniac..







Kalau maraton anime 20-27 episod tuh normalla pada aku..hehehe.


Saturday, June 11, 2011

Apa nak buat dengan SAI yang dah expired..??? Hmmm..

Simple way to utilize Paint Tool SAI even when the trial version had expired.
Tiba2 jek terasa nak tulis entry pasal ni.
Actually tadi baru jek selesai setelkan hal member pasal art. Dia kena handle pertandingan mewarna untuk kanak2. So dia mintak tolong aku untuk setelkan gambar yang akan digunakan untuk pertandingan tu nanti.
Dia minta aku ‘colourless’kan lukisan tuh sebab dia amek gambar dari internet yang ada kaler so aku trace balik, alter sket2 gune SAI and jadikannya dalam hitam putih.

Ni yang baru siapkan tadi.

Ni sebelum buat ape2.

Yang ni plak buat sambil tunggu result experiment dalam lab siang tadi.

Ni sebelum buat ape2.
Hmmm, SAI aku dah expired about 3 months ago I guess. Mati kutu juga masa mula2 expired tuh. Try cari cheat code kat tenet tapi x reti follow..hehehe. Last2 aku alter idea orang guna bantuan application lain cam Photoshop and Paint Microsoft dengan resolusi yang lebih cantik.
Simple jek. Open SAI macam biasa and lukis apa yang kita nak macam biasa. Buat slumber jek, xyah cuak2..hehehe. Lepas siap kita boleh jek print screen and pastekan kat Paint or Photoshop BUT resolution lukisan akan kurang kalau buat bodo2 camtu jek.
So nak lukisan dengan resolution yang cantik and xder pixelization, korang kena modify sket step simple ni.
Caranya.. Kat SAI tuh ade tab WINDOW, klik kat situ and klik HIDE COMMAND PANELS. Lukisan kita akan appear lebih besar tanpa gangguan command panel kat tepi yang makan space agak besar tuh. then ZOOM lukisan kita sampai salah satu lebar atau panjang lukisan muat dalam screen. Aku slalu zoom till 50%. Kalau boleh zoom smpi 100% is betterla. Then click print screen and paste kat Photoshop.
 
Klik kat mane yang patut.
 Skang scroll lukisan ke kawasan yang belum dicover oleh print screen kita tadi. Once again click print screen and paste (dalam file Photoshop yang sama) sampaila sumer kawasan lukisan kita dah print screen. Bese x banyak, dalam 2-3 kali print screen dapatla full lukisan +nice resolution. Cuma kena pandai bajetla.
Okeyh, ni crucial sket.. Skang masanya nak men puzzle..hehehe. cantumkan print screen2 tadi2 sumer..then siaplaaa..! Full lukisan, without pixelization, cost effective (xyah beli SAI original...hehe) and nice resolution.
Cuma guna teknik ni kena bewarela since expired SAI xleh save kan so kalau laptop yang suker hang tuh berhati2la.. Kalau hang abehla artwork kite. Agak riskyla. Kalau nak buat artwork yang complicated and amek masa lama lagila kena pandai2.
Aku lukis jek then kalau x siap and ade hal aku hibernatekan laptop. So dia akan save kite punyer current session beserta dengan SAI yang kita tengah guna. Bila on balik laptop akan munculla artwork kita dalam SAI tu. AS LONG AS SAI TAK CRASH!
Happy Trying.. Errrr..kalau korang guna SAIla..and kalau korang faham..huhuhu.. XP