Pernah tak korang main game ni masa dulu2? Ala, kalau still main lagi sekarang ni pun takyahla malu2 nak ngaku..hehe. Aku pernah main dua versi. Satu versi penyampaian secara lisan dan satu lagi penyampain melalui penulisan. Dua2 pun resultnya sama last2..haha.
Camner gamenya? Simple jek. Kite akan beratur panjanga ramai2 lepas tuh orang yang paling depan akan dapat satu cerita, x kesahla melalui lisan atau penulisan. Lepas tuh orang di depan yang mula2 dapat citer asli tuh akan pas2kan kat orang belakang sambil berbisik2. Orang seterusnya akan pas plak kat orang selepas dia pun sambil bisik2. Seterusnya dan seterusnya sampailan orang terakhir dalam rantaian tuh. Lepas tuh sama2la kita dengar citer final dari orang yang akhir tuh.
Apa yang aku nak story ni adala sangkut paut dengan game tu. Kalau main game tuh, cerita A last2 boleh pi jadi cerita B, x pun jadi cerita C ker D ker..paling dahsyat Z..hahaha. Yang pentingnya takkan jadi cerita asalnyalah disebabkan setiap manusia ada cara menerima maklumat tersendiri and cara mereka mengenterpretasikan maklumat tersebut untuk disampaikan kepada orang lain. Hmmm..meh kite check it out yawww..! ^^
Ni jadi kat aku sendiri. Aku pernah hampir bergaduh ngan member2 sebab orang tengah yang salah tafsirkan ayat yang kuar dari mulut aku.
Aku : Aku malas ah nak campur n cakap ngan dorang lagi. Hal kecik kang jadi besar plak.
Orang tengah pi sampaikan:
Weyh, Lee nak isytiharkan war dengan korang.
Hahaha, tengok. Camner ayat simple and BAIK aku leh disalahtafsirkan oleh orang tengah. Hmmm, lantak kola.
Satu lagi kes..
Leha : Kalau takder pape keje lagi boleh tak aku balik? Kalau takde papela.
Bedah panggil ketua projek and bagitaw kat ketua projek:
Weyh, Leha nak balik. Dia malas nak wat keje dia kata.
Muka ketua projek berubah bengang. Leha turut bengang ngan Bedah Badak (saja aku tambah..hahaha).
See, how simple things can go wrong.
Satu lagi. Aku pernah di cop menurut kata boyfren sangat2 macam lembu kena cucuk idung. Well, apa yang aku bleh kata is when u’re in a small community where nothing big happen, small thing can be big. Yela, aku kan separa pompuan so pelikla untuk orang cam aku ada pakwe. Well, tu jadi isu. Rase cam artis Maaakkk..! XP Malas nak citer panjang camner telefon buruk leh dapat citer ni. Huh!
EMMMM....BOOOOOOOO kat koo! BOOOOOO!!
Aku ada sorang member, cun. Hmmm, kalau kata dia selalu bertukar pasangan memang agak kurang ajar sebab aku kenal dia camner. Dia ramai kawan rapat lelaki sebab dia agak brutal and lagi sempoi dari aku cuma dia cun so orang tak label dia cam aku. Disebabkan ramai kawan lelaki orang buat citer pasal dia kata dia ni suker main2kan hati lelaki and tukar2 pakwe. Hmm, aku sebagai orang depan yang dengar citer asli dari mulut minah ni tawla yang citer2 karut tuh tak benar belaka.
Phewwitttt! Awk cun tuuuu! XP
Tambahan dari kawan aku yang lain, yang sama baik cam aku..hehehe..kata, dia cantik and cun orangnya, salah ke kalau dia memilih yang terbaik and layak untuk dia. Dia ada hak untuk buat pilihan tuh sebab Allah bagi wajah cun pada dia, ramai yang nakkan dia so dia bolehla pilih. Pada yang x cun cam dia dahla, toksahla sebar2 citer palsu ni semua. Tobat2la dengki kat orang.
See? How simple things can easily get ugly because of the ‘telefon buruk’.
Banyak lagila salah faham and masalah2 yang tak sepatutnya timbul tapi timbul disebabkan oleh kerja2 telefon buruk ni.
Penyelesaiannya untuk masalah telefon buruk ni ape lagi...ganti ngan telefon barula! Hehehe, abeh citer.
Takderla.. Amek langkah berjaga2 macam aku. Kalau aku tak pasti tentang ape yang orang cakap, jangan cakap or pass kat orang lain, tanya tuan empunya badan sendiri. Kalau tak pasti tentang sesuatu kejadian, jangan citer, kata tataw pape..senang citer. Kalau betul2 pasti baru cakap. Kalau aku sure orang tuh cakap camner aku boleh siap quote lagi..hehehe.
Senang, abeh problem. Don’t tell a thing if it doesn’t even exist in the first place. Tapi aku taw korang kat luar sane memang suke benda2 gossip cam telefon buruk ni kan..hehehe. Suker ati korangla.
Lastly, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi! Zaaasss, kite layan! Quote, melody! Hehehe, jangan mara haaa.. XP
P/S: kali ni pun takder gambar sendiri sebab aku luper bawak mousepad so xleh nak lukis gune mouse yang kejap2 lari, kejap lari (main draw my thing kt fb boleh plak..hahaha). Sekian. Oh ye, thanx to Mr. Google for the images. Discalimer, I DO NOT own them, TQ.