S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Friday, June 29, 2012

Freebies : ROCK!






Yang atas2 ni sumer nak amek, amek jek..xyah minta kebenaran..nama pun freebies..cuma jgn guna untuk tujuan komersil dahla..tima kaseyh banyak2..! ^^

Yang asalnya dia ni haaa.. TORU from One Ok Rock! Tatawla menyerupai dia ker x tapi memang aku lukis dia pun..hehehehe. Since malam ni aku akan nek bas ke Johor and then pergi ke S'pore bersama2 ngan sorang lagi member aku yang minat One Ok Rock gak, ke One Ok Rock World Tour..! Yosssshhhaaa,
ONE OK ROCK, HERE I COMMMMMMEEEE!!!!!



Nila Toru yang sebenar! jeng jeng jeng..!!
♥q

Wednesday, June 20, 2012

Freebies....anyone?

Salam..


Hai2 korang. Apa khabar? Harap2 sihatlah hendakNya ye.


PHUIIIII!!!! Apesal aku sopan tiba2 ni..hahaha.. XP


Okeyh, entry ni short jek. Asalnya aku nak buat freebies sebab ada beberapa orang tanya, xkan x ada freebies kot?


Hehe, aku x buat sebab bajet takder orang berminat..bukan sebab aku kedekut lukisan. Aku pun tataw nak buat doodle freebies yang macam mane. Yang selalu aku ushar tuh, orang2 lain buat freebies comey2 lotey..semua orang nak kan. Aku ni? Manela reti nak fikir untuk hasilkan sesuatu yang comey. Lainla kalau korang bagi idea..


So, aku nak tanya. Kalau aku buat, doodle freebies yang macam mane yang korang kompem berminat? Sila bagi idea.. Kalau takder, takderla, aku anggap takder orang berminatla.. Tima kaseyh.


Okay, ni quick doodle aku buat tadi. Tiba2 jek rasa nak lukis baby..hehehehe. Asalnya nak jadikan freebies tapi tiba2 comeyl pulak aku rasa..(pasan!!) so aku rasa nak simpan untuk diri sendiri..hehehe.


Nama dia Adam since aku suka nama Adam. ^^v

Friday, June 15, 2012

Power of Make Up

Salam..and hye2 korang.


Hari ni baru aku rajin nak wat doodle.
Saje jek nak sembang pasal isu make up and make over.


Macam2 ada kat dunia sekarang so takyah risaula kalau korang rasa diri korang tak cantik. Sebab ada banyak benda boleh buat korang cantik kat dunia ni. 





Hahaha, kantoi make up tebal. Apesal tlinga still gelap?? XP

So, kalau korang jumpa awek chun tahap meleleh air liur tuh..

Tengok balik betul2. Tunggu dia remove make up dulu. 
Kot2la, rupa dia yang asal camni ker?

Erkkkk? Tunggul kayuuuu??? 
Dah make up pun jadi cantikkkkk baq anggg???

Hahahaha, marah tunggul kayu tuh.
Gurau2..

Sebab aku teringat kata2 mak aku.
"Tunggul kayu kalau make up pun cantik!"
Hahaha, mak..mak..

Tu baru sikit contoh yang aku tunjuk. So, dun worrylah. Dengan adanya make up, korang boleh jadi cantik, secantik mana korang nak..haha. Kalau x boleh gak, jalan penyelesaian yang terakhir adalah..plastic surgery..^^

Hahaha, yang Islam jangan try yer. Aku gurau jek, bersyukurla dengan rupa paras anda.

Tapi....kalau dah terlampau menghias diri sampai hilang identiti diri..macam mane tu ye? Tak rasa plastic ker? Orang suke kita atas kecantikan yang kita sendiri reka.. Hmmm, abeh sape nak suka diri kita yang sebenar?

Kawan aku pernah cite. Dia pergi beraya dan mak member dia tanya.

Makcik   : Dah ada pakwe?
A            : Belum aunty..
Makcik   : Kalau A make up sikit, pakai cantik2 mesti ada orang nak..
A            : Sampai bila aunty? Kalau dia nak suka, dia sukala diri saya yang asli..Kalau dia suka sebab saya make up, sebab saya pakai cantik2..saya bukan boleh buat macam tuh 24/7..
Makcik tuh terdiam dan senyum kambing.

Stylela jawapan tuh..hehe.

Well, aku pun baru jela belajar2 make up. Tu pun untuk pergi kenduri sebab member2 yang lain make up so xla segan sangat nak make up. Cyus aku cakap aku memang x reti. Cyus juga aku cakap kalau pakai make up buat aku rasa hipokrit..aku x selesa. Sekian...

So, kalau nak suka, sukalah diri kita seadanya. Semua orang pun suka kecantikan luaran tapi jangan lupa kecantikan rohani dan dalaman (kesihatan) ye.. Kalau orang suka kita sebab kecantikan luaran x syokla sebab kecantikan luaran bukan kekal.. Pahtu bila dah xder kecantikan luaran tuh nanti, camner? terus x suker? Bukan susah nak bagi orang suka balik, pakai jela make up selama2nya..kalau laratla buat macam tuh. Ahaks!

Okeyh, aku stop sini. Nanti kang melalut lagi teruk.. XP

Salam. Jya nae..! ^^

Monday, June 11, 2012

Happy Belated Birthday!!! ^^

Hehehe..salam..


Aku nak post gambar ni jek.
Aku wat masa birthday member, goes by ym name, Ami Tasuki..disebabkan dia xder facebook and aku nak send tru ym x lepas so aku kata ngan dia aku akan upload and bagi dia link.


Okeyh, alang2 menyeluk pekasam..! Sape nak tempah doodle birthday, angkat kening!!!! If any of u want it, u know where to find me kan? hehehe..


berjanggut aku tunggu nak boleh upload punnnn!!! TT^TT

Sunday, June 10, 2012

Bad News.. *sigh*

Salam...


Aku bangun pagi ni niat nak menyambung komik The Confession yang tergendala.. Hmmm, satu berita buruk kat sini is aku dah kehilangan file kesayangan aku yang dalam tuh ada raw sketches The confession dan ada lagi beberapa benda penting..macam surat tawaran fellowshippppp!!! Deng..mane perginya file kesayangan aku tuh??? Sob2..!!! Serious sedeyh! TT^TT


Tiap2 kali nak sambung The Confession aku kena on laptop and blog nak tengok balik character design and jalan citer macam mana and sampai mane. Another bad news is...aku dah lost..aku dah tataw camne nak sambung citer tuh.. So tadi adela jugak dalam 20 minit dok tenung A4 kosong..hohoho. Mungkin akan amek masa since citer tuh adala sket2 based on true story tapi disebabkan aku dah benci..hahaha..so aku asa meluat lak nak sambung. Abaikan.


So, aku pun onla laptop..bajet nak buat doodle or nak siapkan request.. TAPI..!!! Another bad news is....aku takde mouse!!!!! TTTT^TTTT


Ari tuh mouse rosak pahtu pinjam mouse housemate..tapi dah pulangkan dah so skang.. I'm mouseless..! Darn it..!


Hmmm..aku pun tanak mengechiwakan diri sendiri..pun doodlela pakai touch pad.. TTTT^TTTT


Tu jela aku nak citer. Sedang regain my strength, my will and my drive..hehe.


Ni jela aku dapat daripada touch pad..




Gambar ni takde kaitan pun ngan entry aku kali ni..hahaha.. XP





Sunday, June 3, 2012

Untuk semangat baru.. ^^

Salam..dan hai2.. ^^


Hari ni aku berjaya jugak buat sesuatu yang baru untuk blog aku..tu pun setelah sekian lama aku dah bosan dengan ikon2 yang ada..yang sama cuma tinggal header jek..same..huuu..nantila..x sempat lagi nak buat.


Aku tengah tunggu member datang amek nak pi tengok match Kelantan vs Sabah, kejohanan basketball kebangsaan under 16. Semalam perasmian. Perlawanan pembukaan menyaksikan Kelantan membelasah Perlis 86-32. Kesimpulan aku boleh kata, Perlis x best..tu jek.


Malam ni kita tunggula sape membelasah sape..huuu.


Nak hapload serba sikit pasal perasmian semalam tapi aku malas..since bluetooth laptop aku dah rosak, nak tanak kena pakai memory card reader untuk transfer gambar daripada hp ke laptop..so aku malas..hahaha.. Tengokla kalau2 rajin nanti.


Okeyla, just nak gtaw korang aku idup lg. Mari berharap yang aku dapat semangat baru untuk memblog lepas tukar sikit2 ikon and background kat blog aku ni..hehehe.


Ok, till then.. Salam korang. ^^