* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Fobia, perasaan takut yang ekstrem terhadap sesuatu.
Katsaridaphobia, fobia akan lipas. Panjangnya, Perasaan takut yang ekstrem terhadap lipas.
Hampir semua orang takut akan lipas tapi hanya segelintir jek yang fobia, takut yang melampau, melebih-lebih dan tak munasabah pada pendapat dan pandangan kita yang takde fobia tu tapi benda tuh bukan main-main. Contoh, seorang perempuan ni tak boleh tidur malam dan meraung sebab ada seekor lipas dalam bilik. Ada tuh, tengok gambar lipas ataupun dengar perkataan 'lipas' pun dah boleh buatkan orang yang fobia lipas tuh trauma.
Punca? Pengalaman ngeri yang melibatkan lipas. Macam.........ada lipas gergasi cuba makan dia hidup-hidup masa dia kecik dulu...? Mungkin.......mimpi. Ataupun, pernah makan kueh teow goreng lipas kat kedai yang kotor. Boleh jadik.. Pernah kena gigit lipas.. Lipas menggeget hokeyh..! Senang cite, pengalaman lalu yang menyebabkan trauma, jadilah fobia terhadap lipas. Tak pun, kadang-kadang tak bersebab pun. Saje suka-suka nak fobiala kot.
Perlu diubati atau tak? Kalau dah teruk sangat sampai tahap dah jadi ekstremis gituh, perlulah diubati. Dah kalau fobia sampai mengganggu kehidupan harian dan merudumkan produktiviti seseorang, kenalah ubati fobia tuh. Kalau setakat geli sikit-sikit tuh, tak payahlah.
Aku tak fobia lipas, takut pun tak.....tapi aku ada mild claustrophobia. Aku tak suka bilik air kecik, tak suka duduk dalam bilik kecik, tak suka duduk dalam tempat berkurung, pintu bertutup, sorang-sorang. Aku akan rasa terperangkap. Kadang tuh dengar jek pun dah rasa semacam.. Tulis ni pun rasa semacam dah ni. Ok, mungkin bukan mild. Hmmmm, mungkin aku patut pergi jumpa psychiatrist sekarang. Minta-mintala psychiatrist tuh abam hensem dan tak mantel..haha..XP
Jyaaaann..!
first picture, meja jepun dan laptop, sandar pada dinding, takmau mengadap dinding... ya, gaya ko ni boleh dikatakan agak sebijik jugaklah macam gaya aku zaman student master dulu, dan kita ada pengalaman yang hampir serupa (refer your previous entry, lulz) ...moshikashite, masaka... are you my long lost younger sister or half clone? wahkakakaa ;p
ReplyDeleteAre u guys my half clone sister from the lost world of tambun?
Deleteaku tak suka tengok dinding, lifeless..! XP Hmmmm, saa na.. Hmmm, quarter clone kot sebab semua orang nak mengaku long lost sibling ngan aku yang cool ni..! Hahaha..XP
DeleteBtw Zyra, maybe..who knows. I've been there once..XP
Meja Jepun dan laptop, sandar pada dinding, tak mau menghadap dinding, makan masa online, mild claustrophobia... gaya ko sama macam aku gak. Are you my long lost younger sister or half clone of female version of me?
ReplyDeletewkwkwkkw... aku cuma fobia dengan lipan. Lipas aku boleh handle. Wkwkwk
*gasp.* Haaaaaaaahhh..! My long lost older brother or half clone of my male version..!!! I found youuu...! XP
DeleteLipan pun aku okeyhhh..hahaha.. Not so long lost or half clone or whatever it is la kan..XP
Aku sekarang cuba tak melukis kat meja jepun sebab belakang aku takleh support hunching lama-lama. Sekarang selesa buat keje kat meja besar. Masalah lain pulak. Aku pakai kerusi lipat so biasanya aku terlipat sama time nak capai barang. Bahah..
ReplyDeleteAku takde masalah ngan ruang tertutup/sempit tapi xleh tempat yang besar dan riuh. Mula la pening ngan berpeluh dingin. Cam nak demam. Hahaha terbalik.. Lipas aku xdehal. Cicak yang aku takleh blah. ugh.. Just thinking about it makes my skin crawls.
Daaaayy..!!! *cari kau dalam lipatan kerusi.* SIle jaga belakang..kerana belakang anda begitu berharga.. jejeng..! XP
DeleteHmmm, takde lagila.. aku ok jek di khalayak ramai.. Cicak....hmmm..pernah masuk dalam seluar aku.. =A=
ewww.. aku terus menggigil dengar. aku takleh ngan cicak sebab dia pernah melekat kat badan aku lepas mandi. apa lagi, joget zapin la cek non. Cicak melekat teguh, towel ntah kemana.. Hahahaha..ha.. ha.. *nangis bawah meja*
DeleteGyahahaha, apesal otak aku perceive as cicak tuh paksa ko buat strip dance??? Bahahaha..
DeleteWell masa tuh depan orang ramai, aku bajet2 cool, tekup cicak tuh, amek and lempar.. kalau takde orang gamaknya, hanya tuhan jek tau apa reaksi aku..hahaha..XP
jap tadi je ada sekor cicak besar tu main gegar2 jam dinding, sampai terjatuh jam tu atas lantai, tercabut bateri... gilo punya bapak cicak, aku tepuk2 dinding kat tepi cicak tu je, baru dia nak lari... bajet berani la tu bertentang mata dengan manusia... ceh, lol
Deletedia nak test ilmu dia kot.. mungkin baru lepas belajar ilmu bertentang mata ngan manusia..sape tau haaa...XP Tapi silap besarla sebab dia try ngan plain..memang cari nahasla.. XP
DeleteSelagi dia tak terbang aku okay.
ReplyDeleteHaaaaaaaa, semua orang takut lipas terbang..! Fakta..! Macho man pun melolong kalau lipas tiba2 terbang.. >A<
DeleteMeja Jepun dan laptop, sandar pada dinding, tak mau menghadap dinding, makan masa online...
ReplyDeleteGaya ko sama macam aku sekarang ni. Are you me from the parallel world?
Tapi kalau kau baca blog aku dr dulu, kau tahu relationship aku dgn lipas.
Kami bak musuh tradisi. Bak Superman dan Lex Luthor. Bak Batman dan Joker. Bak Tom dan Jerry.
Aku cuma ada fobia basuh pinggan di sinki...hehehe
Hmmm, I will just say yes, I am.. UvU
DeleteItula, aku ni malas membaca tapi ada jugak belek entri2 ko dulu, cuma mungking belum terserempak lagi dengan lipas tuh.. Uuuuuu...! Gile epic kalau macam tuh..
Aiiikkk, cer citer, cer citer..! Macam best jek nak tau..
Meja Jepun dan laptop, sandar pada dinding, tak mau menghadap dinding, makan masa online... gaya lu sama macam gua, cuma gua dengan meja jepun, dgn laptop semua kat atas katil, kakaka.
ReplyDeleteGua takda masalah dgn lipas, lalat, lipan (booo ojin), pacat, lintah, dan serangga lainnya. Tapi gua ada fobia yang sgt wtf: Globophobia, fear of balloons...... =_= sgt tak macho okey.
Kalau ada parti berbelon gua akn berada sebatu dari belon, dan dekat dgn kek. Tahap fobia dan kebencian meningkat tiap kali belon pecah. Gua rasa sbb dulu masa kecik abang gua letupkan sebiji belon betul dekat telinga gua. Ya, salah dia!! T_T
takot belon?... Booooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.. kah kah kah .. gua bukan takut lipan ok. Gua fobia...eh jap.. sama ke tak.. sebab gua tak geli dengan lipan. Gua cuma risau dengan sengat dia jer.. XD
DeleteGelak laa gelak laa, mencik! ><
Deleteye ke? Kalau tebuan/lebah takut tak? Kakaka boo boo :p
Kena tuko laaa nama tokleh letak Zyra Roxx. Tulis Zyra Takut Belon. Koh koh koh... gila keji... wkwkwkwkw
DeleteGua tengok movie jek atas katil, sandar kat dinding, meja jepun letak kt ujung kaki...bajet home theater..hahaha.. XP
DeleteEkekekeke..! aku terpaksa setuju ngan aujinz..tapi xnakla bagi nama camtuh, mungkin boleh tukar Zyra Chumilla Takut Belon..!! XP
Boooooooooooo korang berdua..! wkwkwkw <=======try gelak Aujinz..haha.
kohkohkoh.. kanak-kanak betul..
DeleteZyra Chumilla Takut Belon!!
DeleteDapat bayang kau kekonon rock jalan muka ketat pakai kasut kanvas pastu bila nampak belon terus muka berubah...hahha
cEro is taking his revenge..! haha.. *refer to previous comment on Zyra gelak sambil bayang cEro bermuka poker waving at stranger from outside of train/lrt/komuter*
DeletecEro kenyit2 mata kat budak kecik perempuan, lepas tu mak budak tu cepat2 bawak anak dia lari jauh dari lokasi cEro... wahkakaka~ X3
DeleteGyahahaha, plain tolong Zyra serang cEro ke? XP
DeleteAku ngan lipas tade isu. tapi mak aku.. oh mann.. sekali dia nmpak lipas satu hari tu dia kejar sbb nk bgi mampos. ahaha.. Aku terpaksa join sama dalam misi menjejak lipas2 tu. Hurr..
ReplyDeleteHaaaah, aku ada gak kawan macam mak ko..huhuhuhu..
DeleteMacam treasure hunt gituh kan..? Huuuu..
Tak takut lipas, tapi bila dia terbang tuhhh mahu kelam kabut gak elak. Kalau dok diam-diam memang tak kisah lah. Setakat ni tade ahli family yang fobia dgn lipas, takut sikit je kot. Tapi syokk oo kalau lipas tu mati boleh angkat dia buat takutkan adik laki gua. AHHHAHA
ReplyDeleteTapi kann awat nama dia tu macam keKorea-an sikit. HAHHA
Gile kejam..haha..XP
DeleteHaahla, baru pasan.. Bunyik jepun pun ada.. Mungking lipas ni asal usul dia dari Jepun koooot...kooooott.. XP
saya x ada masalah ngan lipas. Tp saya ada masalah dngn 'sesuatu' yg lain. Jd sekurang-kurangnya saya boleh paham mcm mana org yg takut lipas ni.
ReplyDeleteAdakah 'sesuatu' itu tidak boleh disebut? Hehe..paham2.. Ye, hanya mereka yang mengalami sahaja akan paham..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAku fobia dgn lipas.Ada 1 kejadian yg membuatkn aku takut+geli.Aritu aku gunting rambut dlm bilik air lepastu aku perasan ada lipas keluar dripd lubang air..aku pun apalagi lari lah laju..lantai tu kan licin dan malangnya aku terjatuh terhempap..2 kali pulak tu😌sakit lutut dgn bdn aku..nk solat pun sakit..act aku mmng geli dgn lipas dri kecil tpi xderlah fobia tapi after kejadian tu happened aku terus rasa takut+geli..aku mmng benci lipas ni.. cepatlah pupus..hidup menyusahkn orng jerー_ー゛
ReplyDelete