S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Friday, July 29, 2016

Penipuan terbesar dalam hidup





*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *      *      *    *     *     *      *      *    



Sehingga ke hari ni, tatkala menulis entri ini, jerawat masih setia menemani kulit muka aku..



Geheeee..



Korang-korang yang kulit cantik dan sihat, untunglaaaaaa..~ XP



Mungkin aku masih belum cukup tua koooottt..in other word, aku masih muda remaja.. Yes, itu je alasannya.. UvU 




Sunday, July 24, 2016

Untuk keremajaan, pakailah pakaian bersukan selalu



*     *      *     *     *      *      *       *      *     *     *      *        *     *     *       *     *     *     *     *     *     *



Based on true story yang jadi kat aku. Hoho..



Cara pemakaian kita memberi impression untuk banyak benda. Kat sini aku nak sentuh dari segi umur. Selalunya orang assume aku muda dua tahun daripada umur sebenar, not a big deal setakat 1 2 3 tahun. Raya hari tu, husband sepupu aku ingat umur aku 22 tahun sebab katanya muka aku nampak lagi muda daripada adik aku yang lelaki tuh, umur 25 tahun.. =_=''''''''' Aku rasa sebab adik aku nampak tua kot, orang dah kawen, banyak hal nak kena uruskan.. Barangkali..



Aku rasa faktor yang menyumbang kepada benda ni adalah sebab aku tak dress up as perempuan sebaya aku. Aku still pakai t-shirt, pakai seluar trek, pakai jeans dan selipar jamban flipper ke mana sahaja. Aku tak bawak handbag merata dan juga tak pakai mekap. 



Pergi kerja pun aku pakai baju kurung plus sneaker plus bag laptop galas belakang. Nampak macam student U gitteuww.. Tapi mungkin juga ada orang yang terdetik kat hati kata, muka dah tua tapi gaya budak2.. Haisssh, mana tau kan.. LOL



Pernah pergi main basketball ngan geng-geng aku, budak-budak yang main ngan kitorang tanya, kitorang budak matriks ke? Seee, penangan baju sukan..haha.. Nampak taaaakkk? Hahaha.. Aku pernah join 3 on 3, rehat pergi sembahyang, ada makcik tanya, adik sekolah mana..? Haaaa, lagi dahsyat.. XP




First time kena hari tuh masa awal-awal masuk kerja, kawan kat tempat kerja minta IC, dia kata aku tipu dia umur aku 29. Weird.. Aku rasa muka aku memang kena dengan umur aku tuh..huhuhu.. Plus, aku dah ada kedut koooott.. Haaaa.. Sebab tula aku rasa cara pemakaian aku membuatkan orang pikir aku ni lebih muda daripada umur sebenar.



Haaaah, apa lagi, kalau nak nampak muda, pakaila pakaian sukan selalu...LOL.. Aku akhiri dengan slogan "Majulah sukan untuk keremajaan.." LOL.. Karut tak habis-habis..



Adiouuuss..



Wednesday, July 20, 2016

Wordless Wednesday: Raya kelmarin













P/S: The only gambar raya yang senunuh yang aku ada.. Wait, the only gambar raya yang aku ada.. UvU I'm not sorry at all..

Sunday, July 10, 2016

Snippet Raya




Salam Syawal guys..!
First and foremost, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, tulus ikhlas dari aku..



Aku dah kat Shah Alam, pagi tadi sampai rumah.



Since dah lama tak update blog, aku nak share sikit pasal raya aku. Sikit jek.. Raya was fun but as usual, tiring.. Raya tahun ni, adik aku takde sorang, beraya kat Jepun..yang lain ada..
Korang punya raya macam mana? Best?



Aku nak share gambar sikit2 pasal raya aku tahun ni. Let's start..!



Pelita Raya


Tahun ni sempat pasang pelita.. Hohohoho..!



Kuih and Juadah Raya


Sempat buat kuih raya yang simple-simple jek tapi dah selamat dalam perut so takde gambar. Kitorang buat samperit, tat nenas and suci dalam debu. Kuih raya favourite aku are samperit, batang buruk and kuih tradisional macam kuih kapit/karas and bahulu..! Tahun ni tak puas makan kuih raya or ketupat. Aku makan ketupat pulut 3 biji jek raya tahun ni, tu pun raya kedua.. *sob.* 



Baju Raya


Tahun ni baju raya kaler purple, kaler tema USM, universiti kesayangan aku.. Hoooo'ooooohhh..!



Duit Raya


Tahun ni aku dah kena memberi duit raya..hohohoho.. Rasa excited seolah-olah macam aku yang dapat duit raya. Owh, aku masih juga lagi dapat duit raya.. Ayah bagi..ehehehehe.. Special case tahun ni.. UvU



Beg Raya



Aku memaksa diri untuk beli handbag raya sebab taktau nak letak sampul duit raya banyak-banyak kat mana.. Hahaha, alasan tak kukuh..



Jam Raya



Semalam, Sabtu, kami gerak pukul 12.30 tengahari dari Yan Kechil, Kedah, pukul 3.40 pagi tadi baru sampai. Tapi along the way adala singgah 2-3 tempat, beraya.. Tapi still, traffic was so bad.. =_=''''' Dah lama tak merasa jam macam ni. Last jam paling teruk adalah selama 10 jam dalam kereta dari Kedah ke KL. Sepatutnya ambil masa cuma 5-6 jam sahaja. Haisssshh, membazir masa betul..



Road Tax & Insurance Raya 


Sebab road tax and insurance kereta aku kena renew bulan 7 ni, bulan Syawal/raya, so, aku kira hal ni juga adalah hal raya..!




The best thing about raya is menghabiskan Ramadhan dan sambut Syawal dengan family. I'm a family guy.. Macam manala kalau dah kawen nanti, kena berebut nak balik raya kampung sapa ke? Haissshh, I wish my husband to be is Kedahian.. that is if he exists.. XP




Pssssttt, takde sesiapa nak jemput aku pergi beraya ke rumah ke? >v<d