S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, May 16, 2011

Jangan pandang orang sebelah mata, even worst, xder mata.. (_ _)''''

Post kali ni adalah lanjutan daripada tayangan perdana yang aku ikuti 2 minggu lepas. Tayangan perdana tuh kat DKA PPSK USMKK, bertajuk, Wanita, Islam dan Kebebasan. Ada dua dokumentari yang ditayangkan, 'Mencari Kartika' dan 'Siapa Aku?'. Selesai tayangan ada sikit sesi soal jawab and pengupasan dokumentari oleh panel2 jemputan.

Adala beberapa isu yang diketengahkan tapi yang menarik perhatian aku kat sini ialah wanita dan aurat. Ada pro and consnyer isu yang dibincangkan. Aku xla pandai sangat nak cakap pasal agama and aku memang bukan nak cakap pasal agama sebab kita ada orang yang selayaknya untuk itu.

Apa yang aku nak bincangkan kat sini adalah isu pandang orang sebelah mata or lebih teruk, macam xder mata. Kalau pandang pun jeling macam nak terkeluar bijik mata.

Isu ni selalu terjadi antara wanita yang pakai tudung (lebih spesifik yang bertudung labuh) dan wanita yang tidak bertudung or pakai tudung bese2 jek cam aku. Aku nak tulis dari perspektif wanita bese2 jek, yang bertudung bese2 and mungkin juga sket2 perspektif yang x bertudung.

Hmmm, bukan nak bias tapi memang sebenarnya terjadi. Kenapa wanita2 bertudung labuh ni memandang serong pada wanita2 yang x bertudung ni? Okey2, ade jek wanita bertudung labuh cakap, dorang x pernah pandang serong tapi wanita tak bertudung ni yang rase macam tuh. Cyusly cakap, BULL SHIT! Mungkin bukan sumer tapi ada segelintirla yang buatkan aku tulis post ni.

Isu yang aku nak bawa kat sini is kenapa wanita2 yang bertudung labuh ni pakai tudung labuh kalau sikap x mencerminkan pemakaian tudung tuh? Aku x maw citer psl dosa x pakai tudung tapi kalau kita bertudung labuh senang2 je ke kita nak menjatuhkan hukum kat orang lain? Senang2 je ke kita, hamba yang hina ni, yang belum tentu masuk syurga ni, yang akan diadili sama rata oleh Allah ni, senang2 nak pandang hina kat orang and angkat diri kita mulia? Nabi Muhammad s.a.w yang memang dijamin syurga pun x pandang hina kat orang sesuka hati taw. Tu nabiii, ma'sum taw. Haa, pandai plak cakap camtu, maksudnya korang pun buat silapla kan.

Kenapa sesama wanita bertudung labuh korang boleh senyum, berbalas salam? Tapi berselisih sebelah wanita lain, x pandang muka pun, pandang tempat lain? Nak bagi salam jangan harapla. Kesian orang tuh, penat dia senyum. Aku pernah jek dengar wanita bertudung labuh mengumpat and mengata pasal wanita x pakai jubah, x pakai tudung labuh. Kenapa nak mengata belakang? Alangkah mulianya kalau melangkah ke depan, ajak wanita tuh same2 ke arah yang lebih baik. Kurang ker pahala kau buat macam tuh? Bertambah ke pahala kau ngumpat dia hanya kerana dia x menutup aurat? Dosa ngumpat tetap dosa, x kirala ko pakai tudung labuh ker x.

Maafla, post ni da macam bias tapi ade aku kesah? Korang nak menghina orang, pandang serong kat orang, berkata belakang and macam2 lagila, tu hak korang sebagai manusia. Hak asasi manusiala katakan. Tapi kalau dah sama jek perangai ngan orang2 bese ni, yang x pakai tudung, yang pakai tudung bese2 jek, baik korang x payah pakai tudung labuh, buat rosak imej wanita tudung labuh jela. Sebab tula aku x pakai tudung labuh and tutup aurat sesempurna mampu sebab attitude aku masih lagi x benarkan aku pakai tudung labuh. Kalau aku pakai tudung labuh mungkin aku just akan cemarkan imej suci tuh jek. Cyusly cakap memang teringin juga nak jadi wanita muslim sejati.

Aku yang pakai tudung ni pun selalu gak kena perli2 ngan member2 yang bertudung labuh, macam2 isula dorang perli, tapi sebab member xperla, biar jela. Tu ker budaya yang korang nak tunjukkan? Kalau macam tula lama2 orang xkan respect korang dah.

Ni adalah tipikal wanita bertudung labuh yang rasa dorang lagi bagus daripada wanita lain. Kerap plak aku jumpa dengan geng2 camni.

Nila penyejuk post aku eh. Kepada wanita2 bertudung labuh, kalau terasa aku minta maaflah. Aku x kate sumer wanita bertudung labuh camtuh. Ada jek yang betul2 faham konsep pemakaian tudung labuh tuh. Bukan setakat luaran jek tapi dalaman pun dorang faham. Cuba tengok Ustazah Norbaiyah, ni contoh terbaik aku bleh bagi. Dia pakai tudung labuh kan? Dia bagi ceramah agama kan? Ada dia condemn orang? Ade dia cakap bidas-membidas orang? Ade dia hina orang? Ade dia cakap kasar ker? Takder kan? Takder. Dia nasihat baik2, cakap lembut2, bagi perumpamaan yang elok. Xder pun hina2 orang lain. Tulah imej wanita bertudung labuh yang aku respek sangat. Bukan stakat pakai je weyh tapi ko kena faham gak nape ko pakai camtuh.

Memangla berdosa x tutup aurat. Tu x dapat dinafikan tapi dosa pahala, syurga neraka, sumer Allah punye keje. Kita ni saper nak tentukan? Kalau Allah x izinkan, bernafas pun kite x mampu taw.

Janganla menilai orang sewenang2nya. Dah tentu ke kite ni masuk syurga? Dah tentu ke darjat kita lagi tinggi dari orang lain? Da tentu ker kita ni umat Nabi Muhammad? Dah tentu ke kita ni orang Islam? Sama2la kita muhasabah diri.

Aku cuma bagi pandangan dari sudut aku, dah sah2 ade kekurangan, emo, hehehe. Aku minta maaf banyak2 pada pihak2 yang terasa. Kalau korang x buat xyahla terasa, kalau korang buat, sama2la muhasabah dr ye. Yang baik tuh datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah tapi melalui aku yang hina ni.

Renung2kanlah dan selamat beramal. ^^

 Thanx to Mr Google, aku pinjam jek image ni eh. So, tuan empunya image, tq.. ^^



1 comment:

  1. wahha anty....i feel the same way lahh!
    hmmm...seronok bace ni..

    ReplyDelete