S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Tuesday, December 29, 2015

My usual, most applied, everyday facial expression using my avatar <--------- plagiat dr ayat Plain-sama




Holllaaaa....



Aku nak post gak sebab dah nak masuk tahun baru.. Happy New Year in advance.. Aku takkan post ape2 dah lepas ni sampai tahun depan.. Lalalalalala.. XP (Tahun depan beberapa hari jek lagi pun.. =v=)



Aku terpanggil untuk menyahut tagging sohbat blogger aku, Plain-sama. So, wallah..! Di bawah ni adalah my usual, most applied, everyday facial expression using my avatar.

*    *    *    *    *    *    *    *    *

*    *    *    *    *    *  *

*   *    *    *    *   *

*    *     *     *

*    *    *

*   *

*







Hehehehehe.. amacam?


LOL..! Aku tipu jek..! Lalalala... My usual, most applied, everyday facial expression aku sangatle jauh panggang dari api dengan apa yang aku tunjuk kat korang kat atas ni.. Jangan mara haaaaa.. Hahaha.. Expression di atas hanyalah dalam angan-angan aku jek.. Kekekeke..



Ok..Ok.. Sekarang meh tengok facial expression yang aku selalu tempek kat muka..





Haaaaah, this is the closest I can go.. Apa orang kata, muka toya.. Aku suka buat muka macam ni. Dagu aku memang panjang and yes, I have flat narrow eyes. Hmmmm, and big nose too as you guys can see..XP



Sedikit update pasal diri aku buat peminat2 aku di luar sana.. LOL..! Aku sibuk sikit sekarang ni sebab dalam proses nak berhenti keje dan nak menyiapkan keje2 yang tertunggak. Bos ni lagi tau aku nk benti, lagi banyak keje dia bagi.. =_=



Serious, aku dah doodle satu entry untuk Big Bad Wolf 2015 di Mines yang lepas tapi half way sebab takdan sambung2. Keje melimpah ruah, banjir sampai kampung sebelah lepas tu, just right after I sent in my resignation letter..



Owh, aku nak benti keje sebab aku dapat keje kat Shah Alam, better prospect and salary.. Alhamdulillah.. So, get ready, Shah Alam peeps..! I'm going to rock your world..! XP Sape duk Shah Alam, rogerla aku, boleh lepas ngeteh sepetang.. SHAH ALAM, PEACE YAWWWWW..!!!



Later peeps..





Monday, November 23, 2015

Sekitar Konvo, Bouquet of Felt flowers

Salam......


Apa khabar semua? Eheeee, sorry sebab macam dah lama jek tak hapdet.. Tengok history, last aku post entry masa awal Oktober, masa awal2 masuk kerja as Executive Pemasaran di sebuah kedai buku dekat2 ngan rumah..


So, aku dah selamat berkonvo pada 18/11 yang lepas. Nanti kat bawah2 entry ni aku belanja satu gambar konvo.. Eh, bukan belanja, payung.. Istilah sekarang payung kaaaann.. Hahaha, macam macam.. Jangan cakap hakak tak payung..haaaa..


Yang lebih mustahak kat sini adalah aku nak share yang aku buat bunga konvo sendiri..ahaaakss..! Buat daripada kain felt.. Hmmm, rasa macam boleh buka bisnes ni.. Setakat ni dapat 2 customers x official..haha.. 2-2 budak office.. Yang sorang nak bunga konvo gak and yang sorang lagi nak minta buat headband utk bridesmaids..


So, sekarang, meh aku share 2 jambak bunga2 felt. Untuk kawan aku tu, aku buat roses and lilies.. Untuk diri sendiri, aku buat carnations..






Ok, payung satu gambar bunga beserta dengan skrol, kalung and topi. Jubah takdak.


Boleh tercetusnya nak buat ni sebab aku taktau nak buat apa dengan kain felt yang belambak kat rumah. Dulu kan aku ada buat plushy tapi disebabkan benda tu controversial so aku rasa better takyah buat dahla. Search apa boleh buat kat internet dengan felts, aku terjumpa video buat bunga daripada felts. So, walllah, maka, jadila 2 jambak bunga untuk konvo.


Ok, aku akan usahakan untuk kembangkan benda ni sebab aku ushar jugak kat internet, ada permintaan jugak untuk bunga2 macam ni especially untuk majlis tunang and kahwin. Buat hand bouquet. So, sape berminat, boleh e-mail aku di leefarrah87@gmail.com.. 


Ok, last but not least, aku nak payung gambar konvo ala-ala Assassin Creed.. AHAHAHAHAHA..!!!





Sesiapa yang sudah berkonvo, TAHNIAHHHH..! And sesiapa yang baru nak berkonvo, SELAMAT BERKONVO dan tahniah jugak diucapkan. May bright future awaits you ahead..


Later peeps..! *wave.*

Friday, October 2, 2015

Kusangka kulat yang tumbuh, rupa-rupanya, Si Bino yang bertenggek.








*    *    *   *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *   *


Yoooooo..



Bino, anak kucing albino. Aku agak pasti ini adalah sejenis true albinism berdasarkan pada spektrum matanya yang kengkadang merah, biru dan pink bergantung pada refleksi cahaya. Bulu yang semua putih menguatkan lagi spekulasi aku.


Baru je berusia sebulan beberapa hari. Lahirnya berdua tapi sekarang tinggal seekor ja. Tu yang makin bulat tuh. Dahla putih, bulat plak, tu yang nampak macam kulat sekali pandang bila kena dengan anglenya.. XP



Seperti mana dalam manusia, albinism ni bawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Kucing albino selalunya ada masalah pendengaran dan penglihatan. Tapi ikut kajian, gen yang memberi warna bulu dan mata dan gene pendengaran adalah berbeza sama sekali. Jadi tak dapat dipastikan sama ada Bino akan jadi pekak atau ada masalah penglihatan atau tak. Kalau boleh aku taknakla Bino ada kekurangan2 tuh sebab kekurangan ni akan buatkan Bino senang ditimpa bahaya.



Macam manusia albino, kucing albino pun mudah dapat cancer kalau terdedah pada matahari lama sangat sebab dalam albinism, pigmen2 warna yang melindungi kita daripada kesan pancaran matahari tuh takde. Mungkin aku boleh kurung Bino dalam rumah so that kebarangkalian untuk dia dapat cancer kurang.



*mengeluh.* Aku nak Bino sihat..




Thursday, October 1, 2015

Kehidupan di kampung adalah seperti syurga bagi hantu buah-buahan


 






*    *   *   *   *    *    *    *    *    *    *     *    *    *    *     *     *   *    *     *     *     *



Yooooo... ^^



Yup, aku tinggal di kawasan kampung di Kedah. Walaupun rumah aku tak dikelilingi sawah tapi kampung aku penuh sawah.



Salah satu keseronokkan tinggal di kawasan kampung, boleh makan macam2 buah secara percuma.. Hahaha.. Well, aku seorang yang mudah digembirakan oleh makanan dan ye, aku hantu buah.. Dan ketika aku melukis panel2 di atas, ada jiran datang bagi pelam..heee..



Kedua-dua tok aku plak rajin menanam Ada nenas, pisang, limau, betik, pelam, nangka..Uish, heaven betul.. Ditambah plak dengan jiran2 yang jugak rajin menanam dan ada yang ada kebun sendiri. Selalu jugakla tempias2 buah barang 3-4 jenis. Memang hari-harila makan buah-buahan yang berlainan dan best2..



Baru-baru ni ada karnival orkid dan tani kat pekan. Aku minta mak and ayah beli pokok kedondong nak tanam kat umah. Beberapa bulan lagi berbuahla tuh. Haisssh, kalau macam main Farmville kat fb tu kan best, boleh accelerate masa bagi pokok tu cepat berbuah..haha..XP



Sekali lagi aku tekankan, aku sangat sukakan buah especially kedondong dan salak.. Haish, hanya tuhan jek faham perasaan aku.. Lagipun bagus suka makan buah-buahan ni, banyak khasiatnye...eheee.. 



Ni tak masuk citer musim buah lagi..



Ada yang terasa iri hati tak dengan aku? LOL... XP



Sunday, September 27, 2015

Perempuan dan kulit cerah









*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *



Yo..



Kulit aku tak cerah mana dah sekarang. Sebab aku gila bersukan dan tak berapa nak kesah sangat kalau kulit aku jadik hitam sebab bersukan. Tapi kulit aku akan cerah balik selepas 'terbakar' walaupun takkan jadi secerah masa baby dulu..haha..



Rata-rata perempuan di sekeliling aku obses betul dengan kulit cerah.. Try produk tuh, try produk ni, habiskan duit beratus-ratus untuk cerahkan kulit. Mungkin sebab aku memang dah berkulit cerah, aku tak dapat nak memahami kepuasan mendapatkan kulit cerah ni tapi aku cuba samakan kepuasan tu dengan kepuasan aku untuk mendapatkan kulit yang bersih, licin lagi sihat. Atau pun dapat habiskan anime 24 episod dalam masa semalaman. Hmmmm, mungkin aku boleh faham dengan 2 analogi tuh.



Sebenarnya, tak pelik sangat kalau perempuan nakkan kulit cerah sebab mungkin pada dorang kulit cerah tuh lebih cantik dan menjadi tarikan pada lelaki jugak yang kebanyakkannya pun anggap kulit cerah lebih cantik. Aku cakap kebanyakkan. Aku takde lagi kawan lelaki yang aweknya berkulit gelap. Semua style muka korea, putih melepak, licin squeaky and tudung lilit-lilit. Maka, dengan fenomena inilah, para perempuan gilakan kulit putih.



Kulit gelap ke cerah ke sederhana ke, bagi aku tak penting. Yang penting sihat dan hati mau baik. Cantik ke tak terletak pada mata masing-masing. Korang tau ke tak kulit cerah lebih mudah dapat penyakit kulit? Ye ke? Searchla google...ekekeke.



Entry pertama aku dalam masa beberapa bulan dan selepas balik dari masum so I gotta talk about this thing sebab ada orang tegur, pakai Qu Puteh ke? Hahaha.. XP



Owh ye, Selamat Hari Raya Aidiladha.. ^^



Jyaaaaannnn~




Wednesday, July 15, 2015

Selamat Hari Raya in advance..!!

Salam..



Hah, aku baru ada kesempatan untuk mengupdate entry sempena raya.. Haish, busy sungguh, mengalahkan menteriiii.. LOL


Aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua yang mengenali diriku ini, baik di sini, di fb ataupun di mana2 jua alam maya dan juga di dunia sebenar.. Maaf, direct translation daripada bahasa inggeris.


Aku skang ni kat Penang, tengah training basketball untuk masum 2015. Tapi malam ni aku nak berangkat balik ke Kedah dah, dapat cuti extra daripada coach untuk sambut raya. Haish, training frustrating and exhausting, killing me softly..LOL


Tapi lepas raya, aku datang balik, sambung training, sampai 26/07, lepas tuh pi maen games. Abeh pasal masum. Psssssttt...cik manis ZyraRoxx, bile nak lepak2 sama..ahahaha.. >v<


Moving on to MSc in Human Genetics. Aku lulus dengan cemerlang..ok, aku jek tambah cemerlang tuh..haha..! Aku lulus dengan syarat pembetulan minor. Tapi, thesis aku akan diacalonkan untuk Best Thesis Award..! Kalau menang dapat duit..! Ceh, kalaula menang boleh dapat PhD terus..kekeke..


Next, maafkanla teman, seloka hiburan, tak perlula kita, asyik nak berlawan, kita semua kawan, tak boleh berlawan.....Okkkkeey..melalut sebab bajet nak follow trend sekarang, asal komen jek letak lirik lagu...haha.. Maafkan daku sebab aku takdan blogwalking sangat bulan2 puasa ni. Tak sempat wish selamat berpuasa pun.. Tup..tup..selamat Hari Raya..Hohoho.. Aku akan try aktif SIKIT lepas raya..SIKITla..


Next, do'akan aku dapat kerja.. xyah gaji besar2.. Cukupla untuk bayar kete and kumpul modal nak buat bisnes.. Paling penting, dekat ngan umah.. Penat dah eh dok jauh2.


Next...Ok...tuh jek..


Ni aku ngelat, raya tahun bile punya gambar entah..hohohoh..



Adiosssss...!!


Duhai bondaaaaaa....duhai ayahandaaaaa..
dengarla rayuan anakanda...yang jauh di mata....
*guruh, petir dan kilat sabung menyabung.*
Ok, benti nyanyi..


Again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUAAAA..!!
POMPANG POMPANG....!! *maen mercun.*

Psssstttt, sesungguhnya post ni takde proofread.. TQ.


Sunday, June 7, 2015

Roti menghafal untuk viva...!!!!










*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *   *    *    *    *    *    *    *    *    *


Viva* = Oral exam



Yoooooooo....



Yeeee, seperti yang dimaklumkan dalam komik strip, viva untuk master of science aku jatuh pada hari Rabu ni, pada pukul 10.00 pagi. Aku takdela nervous sangat and taktau nak study apa sangat pun. Mungkin sebab dah banyak kali rehearse dengan supervisor.



So, minta korang sama2 do'a, viva aku dipermudahkan dan berjalan lancar. Moga2 dapatlah aku menjawab soalan2 killer daripada examiners..Amiin, ya robbal 'alamin.. Abeh jek viva, aku kena buat correction, harap2 just minor correction. Kalau kena major correction pahtu ada plak labwork lagi kena buat atau ulang, nangeh air mata darahla aku.. QAQ Mintak simpangla yang tuuu...



So, itu jekla nak bagitau.. Sape2 yang taktau menatang apala Roti Menghafal Doraemon ni, cari kat Youtube under search keyword "Doraemon: Roti Menghafal Untuk Ujian" atau klik jelah kat sini, Doraemon: Roti Menghafal Untuk Ujian.




Jyaaaaaaaannnnnnn.....!!! ^^ *lambai2*