S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Sunday, September 27, 2015

Perempuan dan kulit cerah









*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *



Yo..



Kulit aku tak cerah mana dah sekarang. Sebab aku gila bersukan dan tak berapa nak kesah sangat kalau kulit aku jadik hitam sebab bersukan. Tapi kulit aku akan cerah balik selepas 'terbakar' walaupun takkan jadi secerah masa baby dulu..haha..



Rata-rata perempuan di sekeliling aku obses betul dengan kulit cerah.. Try produk tuh, try produk ni, habiskan duit beratus-ratus untuk cerahkan kulit. Mungkin sebab aku memang dah berkulit cerah, aku tak dapat nak memahami kepuasan mendapatkan kulit cerah ni tapi aku cuba samakan kepuasan tu dengan kepuasan aku untuk mendapatkan kulit yang bersih, licin lagi sihat. Atau pun dapat habiskan anime 24 episod dalam masa semalaman. Hmmmm, mungkin aku boleh faham dengan 2 analogi tuh.



Sebenarnya, tak pelik sangat kalau perempuan nakkan kulit cerah sebab mungkin pada dorang kulit cerah tuh lebih cantik dan menjadi tarikan pada lelaki jugak yang kebanyakkannya pun anggap kulit cerah lebih cantik. Aku cakap kebanyakkan. Aku takde lagi kawan lelaki yang aweknya berkulit gelap. Semua style muka korea, putih melepak, licin squeaky and tudung lilit-lilit. Maka, dengan fenomena inilah, para perempuan gilakan kulit putih.



Kulit gelap ke cerah ke sederhana ke, bagi aku tak penting. Yang penting sihat dan hati mau baik. Cantik ke tak terletak pada mata masing-masing. Korang tau ke tak kulit cerah lebih mudah dapat penyakit kulit? Ye ke? Searchla google...ekekeke.



Entry pertama aku dalam masa beberapa bulan dan selepas balik dari masum so I gotta talk about this thing sebab ada orang tegur, pakai Qu Puteh ke? Hahaha.. XP



Owh ye, Selamat Hari Raya Aidiladha.. ^^



Jyaaaaannnn~




12 comments:

  1. kawan aku pakai qu puteh tp x putih pun - dia cakap.. x serasi kot. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, biasanya itu jela rasionalnya bile produk ape2 tak berkesan atau pun jadik makin teruk..XP

      Delete
  2. Selamat hari raya juga... hitam pun cantik. bak kata pepatah, hitam hitam si tampuk manggis, hitam hitam pun ku pandang manis~~~ hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoooolll..saya setujuuu..~ Manggis memang sedap..! Eheee.. ~

      Delete
  3. Lee! aku rindu banget sama loh TT_TT
    Dahlah takde kontek aku masa kat USM, mencik!
    Asal kulit hang putih? Mencik!

    Tp aku agree lah, lelaki akan padang popuan kulit cerah je, even bedak setebal 4 inch. diorang pedulik hapa. aku yang gelap ni mereputlah sengsorang dekat penjuru bilik, sobs :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua pun kangen ama loooohhh..! Ahaaaa.. Ops, sorreeyyhh.. Xdan beb, dgn raya ape semua..huhuhu.. Alaaa, aku kulit putih saje je, tak menjadi tarikan para jejaka.. Yela, aku kan kachak..! LOL.. So, meh aku teman hang dok penjuru bilik, sobbing hard..

      Delete
  4. Aku pulak tak kesah kaler kulit, aku kesah kulit bermasalah je. kaler kulit tu something yang fixed dari lahir.. nak ubah jadi cerah buat apakan.. gelap pon cantik. Tapi tang kulit bermasalah yang tu patut cuba jaga sebab bagi aku tu adalah part of your responsibility to yourself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuhuuulll..!!! Aku sokong..! Tapi kulit aku bermasalahhhh...wuwuwuw.. puas dah berusaha, masalah jerawat xmo ilang jugak..bukan aku tak berusaha or tak bertanggungjawab.. QAQ

      Delete
  5. Kekeke... kulit aku pun lebih kurang macam hang jugak kot, mudah kena sunburn kalau lama sangat terdedah pada cahaya dan bahang mentari terik pada satu2 masa, lepas tu bila dah beberapa hari tak aktif sangat keluar waktu matahari tengah terik di atas kepala, kulit akan bertukar jadi cerah kembali dengan sendirinya.

    Nak tau orang tu cerah secara natural atau pakai produk ni biasanya tengok pada tangan dan muka dia, kalau ada beza tona tu (tangan gelap, muka cerah gila), tu dia pakai produk la tu. Kalau sama tona je cerahnya, dia berkemungkinan tinggi cerah secara natural. Kalau tangan cerah tapi muka gelap, tu sunburn pada muka. Well, pada aku, orang yang berkulit gelap dan cerah secara natural tu kedua-duanya ada tarikan visual yang tersendiri. Yang penting kesihatan kulit, bukan warnanya ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, lebih kurangle kite.

      Owh, tangan aku lain sikit..hahaha.. sunburnnye macam terkumpul gittteeuuhh..! Sampai ke la ni itam abaq ang.. QAQ

      Yup, setujuuu..! UvU

      Delete
  6. Sebagai lelaki, aku tak nafikan perempuan kulit cerah memang menarik minat lelaki lebih dr perempuan yg kulit tak berapa nak cerah.
    Tapi kulit cerah saja tak memadai.
    Kena kulit cerah dan nampak sihat.
    Ada jenis yang cerah tapi nampak pucat, itu aku takut. Hahaha
    Ada yang jenis kulit tak cerah sangat tapi nampak sihat dan berseri,
    Aku ada personal view ttg perempuan kulit cerah ni, tapi biar laa ianya tetap menjadi personal. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bravo dude for being honest.. proud of you..! >v<

      Ahaaa, kalau kulit putih pucat, vampire mungkin.. XP Ok, ok, aku taknak melanggar hak individu di situh.. XP I respect your personal view whatever it is bro..

      Delete