S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, January 8, 2018

Tahun baru 2018

Assalamu'alaikum..!


Waaaaahh, lamanya tak bersiaran kat sini. Macam-macam jadi menyebabkan update blog dah tak jadi privilege lagi dah. Huhuhu.. Maafkan aku kengkawan bloggers.


Alhamdulillah, aku masih bernafas dan sihat hendakNya. Aku masih melukis, banyak benda aku lukis dan aku nampak improvement tuh. Cuma aku tak rajin update kat sini sebab tak convenient. Kalau nak, pergi tengok dekat instagram aku, lee-kun14.


Masih belum terlambat so aku nak wish Selamat Tahun Baharu 2018..! Have greater years ahead..! ^^


Sebagai permulaan, aku nak update sikit pasal apa aku buat di penghujung tahun 2017. Aku join CKOM 2017..! Korang boleh baca komik aku kat sini, CKOM 2017 entry. Jangan lupa baca komik-komik lain jugak.


Aku agak berpuas hati dengan inking aku. Tapi jalan cerita agak mengecewakan. Takpe, takpe, aku cuba. Dengan masa yang terhad, berpura-pura busy..haha.. Kalau aku ni perancang masa yang baik, aku takkan bertungkus-lumus berusaha untuk menyiapkan komik tu dalam masa beberapa hari sebelum deadline. It was horrible.. =_='''''''''


Ok, past is past.


Ok, azam tahun baharu? Hmmmmm, takde..! Sorry..tak pernah ada. Aku kalau nak berazam, aku tak tunggu tahun baharu. Suka hati aku jela nak berazam bila. Macam, beberapa minggu lepas, aku berazam aku nak makan dengan sihat, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan..hehehe.


Aku ni simple orangnya so azam-azam ni memeningkan kepala aku. Jangan ikut aku tau. Kalau korang ada azam, bagusla. Sekurang-kurangnya, korang ada hala tuju.. So, semoga azam korang tercapailah..! Amiin..


Later, peeps..!

6 comments:

  1. Yoshh! Happy New Year 2018 o-nakama sang! Okeh, sekarang jugak aku pi bookmark insta hang... X'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year to you too, my preng..~ Hehehe..sila2.. hang ada instagram jugak ka? laaaaa, awat tak habaq.. bak mai..! UvU

      Delete
    2. Aku tadak yinstaglam, maka aku cuma boleh bookmark ja page hang, nak follow tak bleh... hahaha X'D

      Delete
  2. haha sama. aku pun tak pernah ada azam.*tengah baca komik kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh berazam nak ada azam..haha..

      alaaa, komik aku tak best.. wuwuwuw..

      Delete
  3. Aku dapat lebihan internet jadi aku pun pulun nak baca blog-blog kegemaran, bermula dr blog kau.

    Malangnya aku langsung tak sempat nak join CKOM jadi bila kau kata kau join, aku macam irihati sikit hahaha. Tak laa, gurau. Aku bangga kawan-kawan aku dapat join. Nanti ada lebih internet lagi aku gi baca hehehhe

    Aku mmg suka azam. Pada aku, awal tahun je aku nak set macam-macam sebab pada waktu lain memang tak laa aku nak berazam hahahah

    ReplyDelete