Ada jek orang kata bakat melukis kartun ni xder pekdah, xleh buat duit and xder masa depan. Ayah aku pun dulu x sokong sangat aku melukis. Mak aku sokong jek. Tapi yang ubah persepsi ayah aku is bila dia seronok tengok lukisan aku size 10cmX10cm keluar kat dalam satu majalah ni. Masa tu aku 17 kot and start pada tu ayah aku sokong aku melukis. Sampaila wujudnya Upin Ipin, Les Copaque's production. Ayah aku mula buka mata dengan masa depan dunia animasi, pandangan umum pun sama juga berubah. PM kita pun mula galakkan penglibatan rakyat dalam dunia animasi.
So, sape yang kata benda ni xder pekdah or wut so wever..think again.
Okeyh, apa yang bakat aku dah wat kat aku and apa yang aku wat dengan bakat aku.. Pening? Hehehe, teruskan membaca.. XP
Bestfrens
Hahaha, x pasal2 bestfrens.. Ye, aku kenal and rapat dengan 2-3 orang bestfrens aku sebab aku pandai lukis. Bese aku tampal lukisan aku kat fail yang aku bawak ke hulu ke hilir. Dari situla perkenalan bermula and startla masing2 pun slalu buli aku suh aku lukis macam2. Cam Nad, aku slalu siapkan report Sains dia dengan tolong lukiskan gambarajah2..hahaha! Paling kaki pembuli Tiala..hahaha. Tapi buli2 tula wat kitorg rapat. ^^
Junk of comics
Ni banyak komik sendiri2 jek. Nak publish belum layak lagi..huuu. Tunggu aku rajin inking komik2 aku baru aku pk plan nak publishkan. Entah, aku ase komik aku bese2 jek tapi ramai yang baca ramai yang kata best, ada style sdr. Huuu, tatawla kan. Tapi wat masa ni aku expert wat komik jiwang (banyakla yang aku da wat) and ade 1 complete comic on action and 1 incomplete on fantasy and action (memg xkan siap da sbb da lupe jalan citer..hakhakhak)..
Aku pernah sekali gatal tangan hantar komik strip (komik satu muka surat) ke Kreko and aleh2 terkeluar plak. Isu berapa entah, lama dah. Lepas da kluar sekali tuh puas dala hati aku. Just nak tengok camner rupenyer lukisan aku dalam majalah..hahaha. But kluar kat Kreko no big deal pun sbb Kreko baik hati bagi peluang kat aper2 jenis art pn untuk dorang publish.. Thanx Kreko.. ^^b
Ni komik strip yang aku baru wat sempena birthday member2 aku yang tersayang.. ^^
T-shirt designing
Ni selalu gakla orang minta tapi aku pernah layan satu permintaan jek..huuu. Tu pun sebab orang yang mintak tolong tuh antara kawan rapat. Aku ada design t-shirt untuk school and dapatla t-shirt free..jadila kan. Tp yang x bestnya, aku wat 3 design and school's community p pilih design no 3 yang paling buruk aku buat..huuu. Jadila t-shirt buruk dengan company wat t-shirt tuh menambahkan lagi keburukan design aku tuh.. hahahaha!
Pertandingan
Hmmm, setakat ni aku pernah masuk satu pertandingan jek, Bakat Baru Gempak. Aku pernah masuk 2 kali dengan 3 penyertaan. Tapi masih xder rezeqi lagi untuk menang. Aku tunggu lagi peluang untuk tahun ni, walaupun dah tua aku still lagi nak try. Aku da taw kat mane kekurangan and kelemahan aku and apa yang pertandingan tuh nak..cuma takut semangat nak menyertai tu hilang..hehehe.
Ni salah satu page komik yang aku wat untuk pertandingan tuh, 2 tahun lepas..
Illustrasi Buku
Ini pencapaian aku yang paling membanggakan setakat ni. Thanks to Kak Ara and kawan baik aku Nadiah Zakariah and pengarah e-Media Publication, En Ishak sebab bagi kepercayaan kat aku untuk hasilkan illustrasi untuk buku company dorang.
First, aku wat side illustration (aku antara 5 orang illustrator lain) untuk Ensiklopedia Sains Kanak-Kanak Islam. Then, En Ishak bagi peluang pada aku lagi sekali.. kira cam wat buku in collaboration ngan penulis and aku as the illustrator. Aku dapat kredit dan juga royalty for my arts. Tajuk buku, Kumpulan 111 Puisi Kanak-Kanak. ^^
Lepas tuh ada publishing company len suka illustrations aku and minta aku contact dorang tapi sampai skang aku x contact2.. Huuu, bukan tolak rezqi cuma mungkin x bersedia lagi nak bagi komitmen dalam bidang lain selain sains..huu. Yang dengan e-Media tuh aku wat isi masa lapang jek..tapi sedap gakla bayarannye, ada royalty lagi.. XP
Ni antara illustrasi untuk buku tu yang aku paling suker.. ^^
Cukupla tu..heeee..
perghh.. professional ler... hue hue hue
ReplyDeleteboleh ajar aku kalering digital cam ni..aku tak reti betul kaler photoshop..
ReplyDeleteaujinz, xla pro mane...amatur jek..rezqi tuh..hehe..
ReplyDeletenazha anua..klu btul2 nk blajar bleyh aje.. ^^
kewl, teruskan aktif melukis ^^
ReplyDeletemasa study dlu pernah gak la skali gatal tangan antar 1 digital drawing masuk kontest majalah gempak, ada chance gak la menang skali kekeke baik hati betul gempak kasi chance aku menang XP