S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Thursday, December 29, 2016

Aku dan kartun lukisanku..



Hai..hai..


Hari ni aku nak cerita apa jadi semalam.. Hmmmm, boleh kata perkara yang menggembirakan dan buat aku malu-malu blushing-blushing mintak penampar sedas dua..kekeke..


Aku ada guna beberapa art aku untuk buat wallpaper kt pc office. Semalam, ada seorang office-mate ni singgah kat desk aku dan tegur pasal wallpaper aku masa tuh, art aku sendiri.


Berikut adalah butir-butir perbualannya.


Office-mate: Eeeeeh, wallpaper ni macam muka you la..

Aku: *terkujut malu-malu* Hmmm, macam muka I? Kartun ni? *tunjuk kat wallpaper screen pc*

Office-mate: *angguk-angguk.* Yala, dagu, mata.. U tak rasa ke?

Aku: *geleng. sumpah aku tak rasa.*

Office-mate: Yala, macam you la.. Kejap, you lukis ke ni? 

Aku: *angguk* Haah..yang ni I lukis..

Office-mate: *terkejut* Habis, apa you buat kat sini (sebagai editor sains)? Wastedla you, talent you..

Aku: *sengih-sengih kerang busuk*

Selepas tu, kami sembang sekejap, adala dalam 10 minit dalam waktu bekerja..huhu.. Dia orang designer so memang dia ambil kelas seni, macam-macam kelas dia amek. Dia ada cerita sikit pasal fine art. Dia ada jugak merungut pasal macam mana digital dah ambik alih traditional medium. Aku pun sharela sikit-sikit pasal angan-angan aku nak amek 2nd degree dalam art dan serba sikit tentang minat aku.


Dan sebelum dia balik ke tempat dia, dia cakap lagi, talent aku wastedla..huhuhu.. Nak buat macam mana, on paper, aku budak yang cerdik, ambik aliran sains makanya sapa nak galakkan aku ambik aliran seni ni? Yang dulu orang kata takde masa depan.. "Engkau pandai, apesal nak ambik aliran lain selain sains, bazir jek otak kau tu.."


Hmmm, sekarang pun I'm nobody even though aku ambik aliran sains. Aku masih lagi cuba untuk setia dengan aliran ni sebab aku sayangkan ilmu tu. 


Haaah, menyimpang pulak cerita aku ni. Aku nak share rasa gembira tu jek, ada orang kata muka aku sama dengan art aku. Makanya, aku handsome. Wakakaka..


Art yang aku dok sebut-sebut dari tadi tu adalah art kat bawah ni.




Ok, tu jela nak share.. Jyaaaan kengkawan..! ^^




14 comments:

  1. seriusly la Lee tu ala-ala muka kau? Handsomee seyh kauuu hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa, hensem kan aku..

      Nasib baik aku pompuan, kalau aku lelaki dah jadi kasanova or gigolo agaknya..wakaka..XP

      Delete
    2. Ambui, patut pun hang dijadikan pompuan. Selamat gegadis di luar sana dr jadi mangsa. Hahahha

      Delete
    3. kalau kau laki nak jadi gf kau lah hahahaha

      Delete
    4. kalau aku lelaki, you have to wait on line le..you're not the first to say that..XP

      Delete
  2. Ada kat jelingan tu kot. Tajam berbisa dan menggoda. Hahahah nasib aku pompuan. Lollol.

    Kalau aku pun akan cakap wasted talent ko ni dipersiakan, bangga oh bila designer puji. Mcm akulah kakak aku cerita designer buku kt opis dia siap boleh kenal stroke aku bila jumpa lukisan aku kt google. Bangga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiiissshh..seram aku dengar ni..hahaha..

      Hmmmm, aku takla sampai begitu..huhuhu.. tapi kalau sampai macam tu yes, memang membanggakan.. ^^ congrates, Z. ^^

      Delete
  3. Lee, nanti jom jumpa... aku nak sketch muka hang sambil mengopi ais, hehee~ X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jap, hang yang mengopi ais ka masa lukis aku atau hang lukis aku yang tengah mengopi ais..? XP

      Delete
  4. itu rupanya kerja Lee.

    Mengenai muka sama dengan lukisan, first time jumpa Lee, terkejut jugak. Sama macam lukisan dia! Haha.. serius ni. Part dagu la paling ketara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..why? ada job ke untuk Lee? Eheeee..

      Serius haaaa? tak pernah pun ada perasaan macam tuh..guuhu..

      Delete
  5. Dayang ambil acc, tp selepas grad dayang full time melukis. Susah nak kerja sebab sakit. Kdg2 org tek percaya dayang student acc dulu.. tp itulah kdg2 kita merancang sahaja kan..

    Kdg2 lukisan sendiri boleh jadi sama ngan muka hihi^^ harap satu hari dapat ketemu dengan Lee :)

    ReplyDelete