S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Tuesday, December 6, 2016

Cabaran Komik Online Malaysia 2016 by Matkomik




Selamat pagi kengkawan..


Aku baru tergerak hati hari ni nak cek Cabaran Komik Online by Matkomik untuk tahun 2016 ni. Aku tak pernah tahu pun kewujudan site ni sampaila salah seorang blogger bagitau aku pasal benda alah ni tapi malangnya, atas beberapa sebab, aku tak aktif sangat nak update diri sendiri perkembangan site ni.


Rupa-rupanya site yang mengetengahkan bakat anak-anak tempatan sebagai pelukis komik secara indie ni memang menganjurkan pertandingan komik online ni setiap tahun. Aku jek taktau..haish, I can be so ignorant most of the time. Dan tahun ni aku tahu, macam agak dah terlambat untuk sertai pertandingan. Walaupun masih ada masa dalam 10 hari, aku rasa tak sempat memandangkan aku memang tak bersedia apa pun.


Maka, kecewalah aku sensorang di meja pejabat yang membosankan ni..hahaha.. Aku bagitau kawan aku, Alin.. Dia tanya, "Berapa hari pulak kau nak berjaga buat komik ni..?" Haha, angan-angan aku nak join terus berkecai. Alin ni officemate dan jugak roomate aku so dia taula apa yang jadi kat aku dalam masa 2 minggu sebelum 1 Disember hari tuh. Rujuk sini kalau taktau apa jadi kat aku..


So, setakat ni aku nak kuburkanlah hasrat aku nak join pertandingan tu. Melainkan adik aku nak collab buat background dan ada pihak ketiga yang nak sumbangkan idea untuk komik. Tapi nampak gaya macam takde rezqi nak join so kita lupakan jelah pasal hasrat aku ni.


Owh, aku patut bagitahu, aku dengan rasminya menjadi peminat seorang pengkarya BOTK4 yang bernama Liyana Zulkifli. Kaitannya, beliau menyertai pertandingan ni. Aku taknak jadi bias maka kalau korang berminat, silalah check out semua peserta yang dah menghantar komik dorang ke pertandingan ni secara online di SINI..dan jangan lupa vote..!


Ramai manusia berbakat di Malaysia ni, itu yang kita dapat trace melalui media massa,yang terpendam tuh macam mana haaa? Fakta ni menjadikan aku rasa diri aku sangat kerdil.. dan masih dok berbangga dengan kemalasan aku. Most of the time aku sangat malas dan sangat suka bandingkan hasil kerja orang lain dengan hasil kerja aku walaupun aku tau orang lain berusaha keras untuk hasil kerja dorang.. I'm not worth even for comparison..*sigh.*


Dah, aku nak buat kerja aku yang membosankan ni.. Adoila..


Dan korang semua, jangan malas-malas OK..!!



8 comments:

  1. cuba next one. waa adik kau pun boleh melukis? ni mengalir dalam darah ke apa? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan pulak...and tahun depan aku dah masuk umur artifak maka malula aku nak masuk..haha..

      haah.. adik aku lagi dahsyat daripada aku.. haha, you can say that.. XP

      Delete
  2. Yezzaaa awesome kan dorang... gigih betul. Aku jadi spectator je laa hahahah X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaaaaannn...haishhh... tula, plain-sama.. Aku pun nak join hang jadi spectator and reader sajala.. Q_Q

      Delete
  3. Hahahaha.
    Aku dah tahu lama pasal CKOM tapi tak pernah terasa cukup skil untuk join.
    Jauh lagi rasanya nak sampai skil utk layak masuk pertandingan hehehe

    ReplyDelete
  4. lee-kun. den ada 1 cerita. masa kecik2.. time banjir dpantai timur. sekumpulan budak mandi hujan dan mandi air banjir..
    lepas tu ada pakcik dan makcik marah2 mereka suruh balik rumah.. namun budak2 itu teruskan juga aktiviti mereka.. buat rakit dengan batang pisang..

    ...................

    hujan semakin lebat...... air semakin naik.... parit2 mula melimpah...


    sampah2 sarap mula berkumpul dan menyebabkan tersumbat teruk...

    pakcik tadi mula risau sebab rumah dia tepi parit besar..

    kemudian... budak2 tadi (diorang terer berenang) membantu untuk clearkan sampah sarap yang tersumbat...

    pakcik tadi tertunduk malu.. aliran air ke parit besar tadi makin ok...

    so rumah pakcik tadi terselamat daripada air pasang.

    kemudian bila musim banjir tamat... org2 kampung bergotong royong membersih kan parit dan sungai di kampung mereka.. budak2 tadi juga dapat penghargaan atas tindakan HERO mereka..


    the end

    ReplyDelete
  5. CKOM ada setiap hujung tahun. Bersedialah untuk tahun depan. like page mereka untuk sentiasa terima perkembangan.

    ReplyDelete
  6. ala lee tak join. tahun depan join ye. kita join untuk suka2 je bukan nak bersaing dengan orang lain, so takde lah rasa down sangat huhu.

    ReplyDelete