S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, February 20, 2017

Adakah aku sudah tua untuk bermain perasaan?



(Amaran, post ni mengarut saje..)


LOL


Tajuk tak  boleh blah kan? Eheee..


Hye, guys, salam. Harap2 pagi korang bagus. *direct translation from good morning*


Semalam aku pergi tengok NCBL (National Community Basketball League) yang berlangsung di Taman Rekreasi Bt 11, Cheras atau lebih dikenali sebagai Balakong.


Team favourite aku sememangnya Team ATM. Mereka bermula dengan agak garang, setakat ni menang semua game (3 game) dalam division 1 (top division). Personal favourite player ialah Syafiq. Di mata aku, team ni terkenal dengan kegigihan dorang, biar jatuh tertungging sekali pun, dorang akan bangkit dan teruskan permainan. Stamina memang endless.


Ok, ringkas tentang favourite team, takde kaitan dengan tajuk kan? Haha..XP


Ok, kembali kepada tajuk. Aku suka seorang player ni, bukan daripada Team ATM, tapi dia muda daripada aku 5 tahun Makanya, aku memang hadkan perasaan suka aku tuh as peminat jela. Setiap kali nampak dia kat NCBL, aku akan terdetik, "I wish I were younger by 5 years.."
*sigh* Ok, pendek umur.. XP


Dan semalam, aku terperasan ada player lain ushar aku.. LOL.. Baca sekali lagi, TERPERASAN..! Kekeke.. Tapi ni mungkin jugak berpunca daripada aku ushar dia dulu..haaaa, kantoi. But then again, I was thinking, is he younger than me? I supposed yes and by how many years? *sigh* Aku terus hilang minat.


Ye, salah satu kriteria yang aku nak ada pada potential partner aku is umur yang lebih tua. Tak perlula tua sangat, mungkin just by 3 years but then at the age where I am right now, that's not possible. Most older guys either are married, not available or gay.. LOL


Haaaah, dengan umur aku sekarang, aku jadi malas nak melayan perasaan. Apa pendapat korang, perlukah aku melayan perasaan..?


By the way, umur aku 30 tahun ni.


Ok, jyan..