S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, February 27, 2017

Harga sebuah kesihatan



Sebulan yang lepas, aku berkunjung ke salah satu hospital terkenal di ibu negara, atas sebab-sebab kesihatan, bukan melawat orang sakit, aku sendiri yang sakit.


Pendaftaran lebih kurang pukul 8.00 pagi dah telan RM 5.30, lepas tu buat blood test, tengok sama ada kandungan darah cukup atau tak, dah telan RM 10.00. Lepas tu kena bayar apa lagi entah, another RM 5.30. Kemudian, selesai semua dalam pukul 2.00 petang, aku pun pergi bayar parking dulu, kena lagi RM 11.00. 


Ok, aku pergi lagi 2  minggu lepas tu untuk ambil sample darah untuk buat beberapa ujian lagi, kena RM 101.00 more or less. Terkejut jugak aku. Nasib baik duit cukup. Proses ni sekejap je. Aku gerak balik dalam pukul 10.30 pagi. Sebelum tu bayar parking, RM 5.00. Maka, keluarlah aku dari perkarangan hospital tu dengan muka kelat, memikirkan semua duit yang aku dah keluarkan sepanjang buat kunjungan ke hospital ni.


Ok, minggu lepas aku kena pergi lagi untuk appointment seterusnya, untuk bincang keputusan ujian darah jugak dengan doktor bertugas. Kena bayar lagi, RM 5.30, taktau untuk apa, pendaftaran lagi barangkali. Parking, RM 6.00 lagi. Alhamdulillah, result darah OK tapi doktor yang bertugas masih taktau apa masalah aku. Maka, bulan depan aku kena datang lagi sebab kes aku ni dah refer ke pakar. 


Sepanjang proses ni, semua bill aku bayar cash. Sebab aku takde kad medikal syarikat di mana aku bekerja dan aku takde insurans. Dan sepanjang proses nila, terdetik hati aku, kalau orang susah sakit, aku rasa memang terlantar kat rumah jela daripada pergi hospital.


Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi dan pada aku, aku bersyukur aku masih ada duit untuk pergi hospital.


Kalau ada medical card dan issurance, mungkin ceritanya lain plak.


Moral of the story, jagalah kesihatan baik-baik dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah dah beri. 


Monday, February 20, 2017

Adakah aku sudah tua untuk bermain perasaan?



(Amaran, post ni mengarut saje..)


LOL


Tajuk tak  boleh blah kan? Eheee..


Hye, guys, salam. Harap2 pagi korang bagus. *direct translation from good morning*


Semalam aku pergi tengok NCBL (National Community Basketball League) yang berlangsung di Taman Rekreasi Bt 11, Cheras atau lebih dikenali sebagai Balakong.


Team favourite aku sememangnya Team ATM. Mereka bermula dengan agak garang, setakat ni menang semua game (3 game) dalam division 1 (top division). Personal favourite player ialah Syafiq. Di mata aku, team ni terkenal dengan kegigihan dorang, biar jatuh tertungging sekali pun, dorang akan bangkit dan teruskan permainan. Stamina memang endless.


Ok, ringkas tentang favourite team, takde kaitan dengan tajuk kan? Haha..XP


Ok, kembali kepada tajuk. Aku suka seorang player ni, bukan daripada Team ATM, tapi dia muda daripada aku 5 tahun Makanya, aku memang hadkan perasaan suka aku tuh as peminat jela. Setiap kali nampak dia kat NCBL, aku akan terdetik, "I wish I were younger by 5 years.."
*sigh* Ok, pendek umur.. XP


Dan semalam, aku terperasan ada player lain ushar aku.. LOL.. Baca sekali lagi, TERPERASAN..! Kekeke.. Tapi ni mungkin jugak berpunca daripada aku ushar dia dulu..haaaa, kantoi. But then again, I was thinking, is he younger than me? I supposed yes and by how many years? *sigh* Aku terus hilang minat.


Ye, salah satu kriteria yang aku nak ada pada potential partner aku is umur yang lebih tua. Tak perlula tua sangat, mungkin just by 3 years but then at the age where I am right now, that's not possible. Most older guys either are married, not available or gay.. LOL


Haaaah, dengan umur aku sekarang, aku jadi malas nak melayan perasaan. Apa pendapat korang, perlukah aku melayan perasaan..?


By the way, umur aku 30 tahun ni.


Ok, jyan..



Wednesday, February 1, 2017

#Meettheartistwannabe & #bigmemecosplay2k17



Hi guys,


Bulan lepas, aku ada join #meettheartist & #bigmemecosplay2k17. Aku dah fedap buat overtime keje yang tak setel-setel so aku curi masa sikit untuk join apa yang orang lain join. Aku tertanya-tanya, mana dorang dapat masa yang sangat banyak untuk lukis dan lukis dan lukis.. Ok, abaikan..


So, ini untuk #meettheartistwannabe.. Aku tambah wanna be sebab aku tak anggap diri aku as artist pun.. More to hobbyist.. Sebab tu aku lukis bila aku rasa nak dan betul-betul ada masa jek..haha.. Tapi aku figured out one thing, melukis buat aku happy.. 





Next is for #bigmemecosplay2k17. OC cosplaying as any character from games, animes, cartoons or movies..




Korang boleh cari semua ni kat fb atau instagram. Kalau nak join #bigmemecosplay2k17, masih sempat. 


Sesiapa yang teringin nak kenal aku melalui fb or instagram (baru buat), bolehla cari Lee Heartnet (fb) dan lee_kun14 (instagram). Hmmmmm, basically I'm a boring person, so tak cari pun takpe.. kekeke..


Jyaaaann..! ^^




Wednesday, January 18, 2017

Komik Semuka: Masalah ketika mencari kerja bagi graduan master







*    *    *    *    *    *    *   *   *   *   *   *    *    *    *    *    *    *   *   *   *   *


Hi guys..


Kalau korang berada dalam situasi macam kat atas ni, jangan jawab macam tu pulak. 


Situasi di atas adalah normal. Kawan-kawan aku siap suruh aku jangan letak sijil master aku bila apply jawatan dalam government. Kalau ada diploma, minta kerja guna sijil diploma pun takpe. Katanya peluang nak dapat job tuh lagi tinggi. Aku pun taktau sejauh mana kebenarannya.


Takpela, aku percaya pada rezeqi Allah. Rezeqi Allah tu luas kan?


Owh, aku memang nak tukar kerja sebab personally aku rasa aku tak sesuai dengan kerja sekarang. Daripada terus menyusahkan orang, baik aku berhenti jek. Insya-allah, job illustration banyak. Ulat dalam batu pun boleh hidup, ni kan pulak manusia yang Allah kurniakan kudrat empat kerat.


Ok, kalau korang berada dalam situasi di atas, jawablah secara berhemah. 


Bos aku ada offer permanent kat aku hari tuh dan dia tanya sama ada aku akan sambung PhD ke tak sebab masa interview aku ada mentioned pasal niat nak sambung PhD. Aku jawab kat dia "Yes. I would still love to get a PhD but looking at the current economy of our country, I personally don't think it's a good idea to do so because allocation for research grants are cut off and financial sponsor and support are becoming scarce, but nevertheless I am letting go my dream of having a doctorate. It is better if land a job and gain experience for a few years. After all, experience is the best teacher." ----------------------Cheyway..! Gitteuw.


But in the end, I still couldn't get the permanent post but it was because of something else. Kalau dah bukan rezeqi, maka bukan rezeqilah.


Ok, setakat ni tu jelah, peeps. Jyaaannn....~ ^^



Sunday, January 15, 2017

Biography - Life history in drawing




Hai guys.. Ok, nampaknya ni adalah post pembuka tirai untuk aku tahun 2017. Ok jugak kot kalau aku mula dengan cerita pasal perkembangan aku dalam bidang melukis ni...ceywah..


Zaman kanak-kanak

Aku suka tengok KFC Hour makanya aku berangan nak hantar lukisan kat situ tapi memang langsung tak pandai lukis masa tu. Setakat tiru dan warnakan tapi takde perkembangan sangat. Mungkin masa ni boleh dikira exposure bagi aku terhadap minat melukis.

8 tahun/Darjah 2

Time ni aku tau mak aku pandai melukis. Mak aku pandai berwatakala (water colour). Aku ingat lagi, cikgu English suruh lukis 'Mother', 'Father', 'Sister' dan 'Brother' tapi memandangkan aku tak reti, aku balik mengamuk dekat mak aku minta dia tolong lukiskan. Mak aku lukis. Sejak ni, aku suka melukis.

Dormant years

Dari Darjah 2 sampai Darjah 4, ni adalah zaman takde perkembangan langsung. Aku cuma lukis satu style jek macam yang bawah ni. Aku terpengaruh dengan buku mewarna yang takde pilihan sangat di pasaran masa tuh. Aku ingat lagi stroke aku masa tu maka aku lukiskan balik khas untuk korang. Serius, kelakar..haha.. Tengok kat bawah ni.. Aku lukis perempuan je masa ni.




Darjah 5 - Zaman Sailormoon

Ni zaman aku gila Sailormoon. Masa tu takde sumber rujukan internet macam sekarang makanya memang beli buku mewarna jugala sebagai rujukan untuk melukis. Kalau duit banyak sikit, bolehla beli komik tapi selalu pinjam kawan jek. Masa ni lebih kepada tiru je.

Forms 1 & 2 - Zaman Cardcaptor Sakura

Masa awal-awal, stroke aku banyak terpengaruh dengan anime ni, produksi Clamps. Aku sangat suka dengan stroke dorang yang comel. Memang lukisan aku banyak pasal watak-watak anime ni, masih belum ada perkembangan nak lukis watak sendiri. 


Form 3 to Form 5 - Progressive years

Ni zaman Slamdunk dan Gundam Seed. Sikit-sikit lukisan aku terpengaruh dengan stroke dari dua anime ni. Dah takde sangat stroke comel-comel. Dan masa nila aku sangat aktif lukis komik syok sendiri tapi baru aku perasan, komik-komik syok sendiri aku nila yang buatkan aku improved dengan progressive.

Disebabkan komik-komik syok sendiri aku nila aku takde masalah sangat nak lukis anatomi. Percaya atau tak, aku lukis anatomi takde rujukan (aku kan malas) dan sebenarnya takda rangka sketch. Aku terus sketch outline. Sebab aku tak belajar melukis step by step, aku ikut suka. Kalau aku buat rangka sketch pun setakat nak ajar orang.

Orang sibuk nak pekse, aku sibuk lukis komik.. *sigh.* 



19 - 23 tahun - another dormant years

Masa ni aku aktif bersukan dan bersilat makanya aku takde masa untuk melukis sangat. Aku lupa daratan sekejap..haha.. Memang takde perkembangan sangat.. Masa ni tengah buat degree..

24 tahun - digital era

Masa nila aku berjinak-jinak dengan digital tetapi memandangkan aku self-taught dan aku tak ramai kawan yang betul-betul manjakan minat dorang maka, aku merangkak jugakla melukis digital. Dahla awal-awal aku lukis guna paint dan mouse aje..haha..

Aku tengok youtube untuk belajar guna Adobe Photoshop. Aku grasp basic dan lepas tu explore sendiri.

Masa umur aku 27 kot, barula adik aku bagi wacom yang dia taknak dah sebab dia nak beli baru, kat aku. Tapi masih, progress slow sebab aku malas. Tapi aku ada banyak masa untuk explore digital art.


Art yang pertama dengan wacom


Tapi lama-kelamaan aku lupa tujuan aku melukis adalah sebab aku nak hidupkan cerita dalam kepala otak aku dan buat diri sendiri happy. Aku sibuk kejar like dan favourite. Bila tak dapat like favourite yang aku nak, aku jadi frust maka aku jadi makin malas dan selalu fikir aku dah tak boleh nak improve lagi dah.

Blogging era

Aku start buat blog pun mungkin masa 2011 tapi tak aktif sangat. Disebabkan banyak masa, aku terjumpa banyak blog-blog menarik dan mula follow blog-blog yang tuannya minat melukis, amazing people. Tak sangka aku jadi kawan dorang sekarang. Dorang-dorang nila yang buat aku sentiasa ingat yang aku sangat suka melukis.

Walaupun aku dah masuk 3 series, aku nak redeem balik tahun-tahun yang aku dah bazirkan tanpa buat apa-apa untuk improve diri sendiri. Orang kata, nak ke mana dok improve-improve ni? Haha, lantakkan mereka, aku nak improve so that I won't feel any regret and I get the satisfaction I'm looking for.


Thanks for reading. Aku terasa nak share benda ni. Mana tau ada yang akan dapat something dari sini. Moga-moga benda yang eloklah.. ^^

Later peeps.. ^^