S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Showing posts with label anime. Show all posts
Showing posts with label anime. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Seiyu gegar jiwa.. ^^

Mamoru Miyano...!

Aku jatuh cinta ngan dia start dengar dia buat suara untuk Usui Shusei dalam anime Uraboku. Huuuu, cair terus dengar suara dia. Dahla watak ensem...! Terus sangkut and aku tanya Mr.Google. Sekali dia penyanyi da, ensem plak tuh..! Perghhh...

Meh ushar dia eyh.. -droooollll-





Selain Uraboku banyak lagi anime yang dia jadi seiyu cam Durara, Death Note, Gundam 00 and Stein Gates. Kalau maw taw lebih lanjut pasal dia, klikla mane2 link yang ade kat sini.. ^^

Ni lagu dia yang paling aku suke..yang lain aku dengar bese2 jek..hehehe. Mungkin sebab lagu ni dah jadi official song untuk Shusei Usui yang ensem lagi bergaya tu.. ^^

Aozora no Cikai : Official Song of Shusei Usui


X pun tengok jek vid kat bawah page aku ni..

Yg wat dia lagi hawt is dia da kawen and da ade anak sorang..! HOT PAPA gituh!!! -nosebleed-


Pssssttt, gambar dia aku amek jek dr Google, bkn aku punye..huuu.

Sunday, August 21, 2011

Takder mood nak shopping rayerrr....!!! ^^ (Patut happy ker?)

Salam semua.. ^^

Cam 2 minggu lepas, semalam aku balik kampung tengok tok nenek. On the way balik tuh aku singgah satu pasaraya kat pekan, peymes jugakla..sebab tuh jek pasaraya yang paling besar and ada macam2. (Well, ye ke? Sbb apa yang aku cari takder jugak..huuu)

Bulan2 pose ni agak ramaila orang. Masing2 duk cari baju raya, langsir raya, kasut raya and segala macam benda yang ada title raya lagila. Aku ni belum ada mood nak beli baju raya lagi. Pahtu otak plak dah set nak beli benda lain, aku nak cari satu benda jek. Benda ni.


Tapi takder plak..pahtu masa dok cari benda tuh, salesgirl tuh datang.



Huh! Aku tanak dengar cakap korang lagi dah. Sebab last time aku dengar jadi camni! 


Tanak kawan korang! Huh!

Apesalla barang2 keperluan aku sangat susah untuk didapati! Semua pun macam tuh, daripada aku punyer pencuci muka, shampoo, shower gel sampailah ker body spray..semua suker out of stockla..hapela...tension2! Huh!

Pahtu dengan kecewanya aku pun beli barang2 lain untuk berbuka and belah keluar nak gie cuci mata ngan suasana raya.

Tiba2 kaki tertarik nak pegi kedai CD. Hehehe, korang sedia maklumla kan CD ape yang aku ushar..hahahaha. Tak bajet plak time raya ni pun ada sale anime. So I ended up with two animes for this coming Eid, boleyh x? Yeah, ada anime baru untuk rayerr!!! Hahahaha.. XP


Lepas puas hati beli anime........hmm, xla puas hati sngt, aku pegang 5 anime tapi aku beli 2 jek sebab tanak berbelanja melampau kan.. TT^TT Aku pun gi jenjalan kat area lain lak. Aku nampak ada satu baju ni, cun!


Harga pun cun gakla. Aku tak kesah pasal harga tapi aku dok pk, kalau aku beli pahtu tanak pakai sebab malu, tak ker membazir..so aku pejam mata and belah...lagi. Kalau beli pun kena beli sekali benda ni.




So total up, ~RM70 untuk baju jek? Wuuuutttt? Aku boleh dapat satu sutla kalau rajin carik! So, aku belah jela.


Kesimpulannya aku tak beli pape punla untuk persiapan raya. Aku nak simpan duit maw beli sneaker baru, kalau boleh nak beli bola basketball baru, kasut basketball baru, pen tablet and external hard disk. Mungkin sebab tuh takder feel nak beli barang raya kot. Oh ya, x luper juge maw mem’bishie’kan Shiro-chan (viva baru aku).


So, misi simpan duit bermula! Yosh!

Monday, June 20, 2011

Fakta salah pasal makhluk bergelar Lee

Kalau orang tau aku minat anime mesti dorang akan tanya..minat drama Jepun tak? Drama Korea? Bajet aku minat. Salah2..! Aku dengan lajunya akan menggeleng dan menegaskan bahawa aku cuma suka tengok anime jek and aku giler anime. Silela jangan tanya or sebut nama mane2 artis Korean or Jepun sebab memang aku tak kenal. Lenla kalau seiyu (pelakon suara anime)..aku kenalla.

Bukan x minat..bayangkanla..


Aku ada banyak koleksi anime. Dalam laptop sampai laptop slow sebab hard disk penuh dgn anime pahtu bile hang mule nak bengang..dalam cd yang aku burn, x terkira..belum campur yang aku beli sdr lagi..beli dari ada org burn pun ade jg.. Pendek kata memang berlambakla..ada yang x sentuh lagi pun..huuu.


Korang bayangkanla kalau aku minat giler jugak dengan drama..x kesahla Korea ke Jepun.. X ker berserabut kepala otak aku..



Dengan anime yang dah memang berlambak and bleh kata tetiap bulan ada anime baru, pahtu nak tngk drama pulak? Hahhaha, kem salam jela.. Drama Jepun yang aku betul2 follow are Hanakimi, A diary of Tokyo Princess and Gokusen. K-drama plak Coffee Prince, Full House, My Girl and Fake Family Sevice. Yang len toksah tanyela. Tapi kalau anime, isnya-Allah sumer aku taw. ^^

Yang terbaru, fenomena Nora Elena.. Nora whooo?  Penggila novel memang taw and most of my friends taw pasal novel ni and boleh citer balik kat aku. Aku nganga jek. Aku memang tataw. Aku pun tataw apesal orang akan bajet aku suke bace novel, salah lagi..!

Most of books (BOOKS eh bukan manga or komik) yang ada kat umah aku adalah buku2 citer seram omputih yang memang aku kumpul dulu. Antaranya koleksi Mr. Midnight Library and Ghost Stories all over the world (true stories). Novel? Novel sesat adela..satu2nya novel yang aku beli adalah ‘Bini Aku Tomboy ke?’ sebab ada perkataan tomboy tuh. tu pun beli masa tunggu nak wat passport, bosan punyer pasal. Tu pun aku tak bace bersungguh. The only novel yang aku bace bersungguh is ‘Princess’ (siap nangeh guling2..masa tula), the one and only.

Yang ni memang xleh ngam. Novel memang langsung tak mampu tarik perhatian aku. 


Manga or komik len! Tak kirela tajuk x best ker, lukisan x cun ker aku akan belek2 dulu then aku akan baca gak. Kat umah aku penuh novel grafik, majalah komik berkotak2. Kalau kira harga setiap majalah komik yang aku kumpul dari lower form tuh memang aku dah jadik orang kayo dah..Pakcik kayolaaa! Kalau jual kat paper lama pun laku lagik tapi sayang punyer pasal, aku sumbat jek dalam bilik aku.



Manga and komik pun tak terkejar aku nak baca, nak tambah novel plak? Xderla.. Tapi aku suker bace novel member aku buat. Dia buat suke suki jek..dari lower form aku dok follow. Skang da jaoh susahla sket..but citer dia buat menarik perhatian aku. ^^

Wednesday, April 6, 2011

You are amazing just the way you are.... ^^b (Part 2)

Okeyh, as I promised in the prev post, let's continue with the second story yang berkait rapat ngan phrase atas ni. Sebelum ni aku story pasal manga, kali ni aku nak story pasal anime lak.

For anime freaks and penggemar anime romantik komedi mesti taw pasal anime ni. Tajuknyer Kaichou wa Maid-sama. Pernah dengar? Haaaa, aku dah kata.. XP. Okeyh, anime ni berkesahkan seorang budak sekolah menengah, Misaki Ayuzawa yang jadi presiden perempuan yang pertama kat sekolah dorang. Sekolah dorg dulu all boys school kalu x silap so Misaki ni nak naikkan semula nama sekolah dia and jadikan environment sekolah tuh seswai unutk pompuan jg. So dia ni agak strictla and boleh jg dikatakan bias towards girl and agak brute towards boys so boys x suker dia except for the student councilla kan. Since girls kat sekolah tu sikit jek so dia ni as president nk protect all the girls seabeh baikla.

But, ada satu rahsia besar yang dia terpaksa rahsiakan since dia kenala jaga reputasi dia as president barula dia leh ubah masa depan sekolah tuh. Misaki ni............... (suspen x..suspen x? hahahaha!) jadi maid kat satu kafe nama Maid Latte sebab dia kena tolong family dia yang sederhana jek idupnyer. Dia xder ayah, mak dia keje kat sepital and dia ada sorang adik pompuan yang suker sngt masuk pertandingan untuk menang hadiah and free gift (ni lak cara adik dia tolong family dorg)..

Tapi, ada sorg mamat obliviant ni, satu sekolah dengan Misaki, secara x sengaja ternampak Misaki ni keje kat kafe tuh. So start pada tula plot anime ni berkembang. Misaki takut mamat ni, Takumi Usui, bocorkan rahsia dia. Yang menakutkan Misaki is bila lepas pada kantoi ngan Usui, hari2 Usui datang ke maid cafe tempat Misaki keje tuh. Si Misaki yang tataw ape motif sebenar Usui selalu lepak kat situ, memang sentiasa risaula. Dia selalu pk yang Usui ada plan ape2 nak bocorkan rahsia dia and jatuhkan dia st hari nt.

Misaki digambarkan as orang yang akan buat seabeh baik, perangai agak boyish (naluri boyish dia nampak dalam episod dia kena jadi butler untuk serve customer) tapi appearance x, and dia ni agak kasarla sebab nak protects kawan2 pompuan dia. Si Usui ni plak seorang mamat obliviant yang x penah amek kesah pasal sekolah and even pompuan, but dia developed interest kat Misaki. As the plot developed, Misaki and Usui selalu jek hadapai masalah sama2 sebab Usui ni cam da mula keep an eye on Misaki and disalah anggap as stalker Misaki. Dia lak akan act pervie bile dengan Misaki jek menyebabkan Misaki panggil dia makhluk asing pervert. Usui suker usik Misaki dengan cara yang pelik, suker jugak main dengan perasaan Misaki. Kalau nak ase kesweetan romantik komedi anime ni korang kena tengok sendiri sbb aku citer summary jek so xder nampak sweet sngt..^^

Walaupun si Usui ni bagi hint yang agak jelas yang dia memang sukerkan Misaki, si Misaki ni tetap x faham or lebih seswai malas nak pk lebih2 so wat2 x faham jela. Contoh hint yang dia bg yang aku rase sweet is dia cakap kat Misaki, "Walau mcm mane sekali pun ruper or keadaan kau, aku akan tetap di sisi kau.." Kyaaaa!!. Usui ni pun jenis brute-prince-charming (once again, definitely my type of guy!!!). Selalu drive Misaki towards a corner and wat Misaki heart-throbed giler2 but last kenala penumbuk ker penyepak ngan Misaki. But still dia akan jaga Misaki dengan cara dia sendiri. Memang coollla kamu Usui..KYAAAAA!!! Ops, tercarried away lak.. Sorry2..!

Klimaks is biler plot fokus kat Misaki yang cuba nak pastikan perasaan sebenar dia kat Usui. Yang ni aku ase cute. Si Usui ni kan suker tease Misaki tapi biler Misaki da betul2 pasti dengan feeling dia and bluntly ngaku (adela scene2 dalam anime yang cute2 yang wat Misaki confess bluntly, tu pun Usui yang drive dia confess) dia pun suker Usui, si Usui ni jadi nebes, muka blushing..Cute giler biler tengok mamat pervert tuh jadi blush and malu2..hakhakhak! Memang banyakla scene2 yang menunjukkan Usui ni akan wat ape saje untuk jaga Misaki baik2, termasukla dari rivals dia yang lain and orang2 yang nak jatuhkan Misaki.

Si Usui ni pun selalu gak kuarkan ayat yang same maksud ngan "U're amazing just the way u are.." kat Misaki. Walaupun Misaki brute camtuh tapi si Usui ni tetap sukerkan dia sebab Misaki comel di mata Usui dengan cara dia tersendiri. Pada aku satu jek, kalau da suker kat seseorang tuh, kte tetap akan nampak org yang kter suker tuh comel. Orang lain x nampak Misaki comel sebab dorang x suker Misaki. Cuma Usui jek yang betul2 nampak Misaki ni menarik..and bluntly speaking again....bleh wat dia turns on.. (pervie sungguhlaaa.. Xp).. Hehehehe, citer ni memang wat aku berangan2 sampai ke awan..! Hakhakhak!

Okeyh, tu jela pasal anime. Cyus, kalau nak asa mood bercinta (yang bleh layan anime jel, yang xleh xyah paksa, aku x suruh pun..huuu) aku sarankan anime ni.. Anime ni nice and sweet.. Memang wat aku ase nk balik zaman sekolah and zaman usik-mengusik ngan crush dulu..huuu. Okeyh, cukup..!



Aku nak ingtkan lg, untuk korang and dr aku sdr.. Dun worry eh, there'll be someone special yang akan cakap and tujukan phrase "U're amazing just the way u r.." kat korang. Just wait and if u guys have guts, do search for him/her..^^ And x luper jg, of cosla, di mata korg and aku pun, mesti ada somene yang korang nak je cakap"U're amazing just the way u r.." kat dia..hehehe. But skang, aku prefer untuk tunggu 'Usui' aku datang and ucapkan phrase tuh.. My 'Usui' is somewhere around the globe. ^^

Thursday, February 24, 2011

Top 10 Fave Anime of All Time Aku!

First of all, aku akan abaikan anime yang memang kegilaan anime freak cam BLEACH, FMA, ONE PIECE, SLAMDUNK and NARUTO. Op coz, aku memang suker giler ngan 2 anime neh. (Cam sumer pn aku suker jek.. XP)

Yosh, hajime masho ka??? Hait, ikku ze!!!

Countdown

10. CARDCAPTOR SAKURA
 
Story ni revolves around a school girl yang baru jek inherit magic power dari keturunan dia, Sakura Kinomoto. Magic power dia dalam bentuk card so dia kena kumpulkan sumer card tuh and tukarkan semua unsur card tuh jadi unsur jagaan dia. Kire cam dia kena balance unsur magic tula sbb kalau tak malapetaka akan jadi. Ujian dia terima daripada pemegang card/magician unggul, to make sure yang dia layak untuk be the next pemegang card.

Genre:
Magic, action

Nape aku suker:

Sbb citer ni sweet, ada a bit slice of life touches on friendships, family-ship, lovey-dovey dramas. X luper jugak magic action yang best and sbb CLAMPS yg wat citer ni so aku suker citer CLAMPS. Salah satu anime yang aku gune untuk develop skill aku dlm melukis.

Watak tangkap cintan:
Touya Kinomoto, a big but caring bully. ^///^
____________________________________________



9. GUNDAM WING

Story pasal GUNDAM, mane2 GUNDAM pun akan sentuh pasal perikatan2 yang cuba untuk menegakkan pegangan masing2 untuk capai keamanan dunia. But GUNDAM yang aku paling suker is GUNDAM WING. In GUNDAM WING, kelima-lima protagonis ni x kenal pun antara st same len but dorang dpt task untuk hancurkan OZ (organisasi yang militarily forcely in charge at that time). Along their task, they encounter each other and mula bekerjasama untuk capai aim kekalkan keamanan dunia. Ada 5 gundam and 5 pilot, Heero Yuy, Trowa Barton, Duo Maxwell, Quatre Raberba Winner and Chang Wufei.

Genre:
Mecha, action

Nape aku suker: Ada mecha, plot senang difahami and action yang best. Anime ni agak lama terbitannya and kurang sket resolution and quality gambar dia but aku still suker. Paling aku suker, each gundam ade weapon and power masing, xder yang sama. Ade katana, ada scythe, ada cam bola besi ape ntah n ape lg ntah.. (XP) but untuk gundam yang mane aku x ingt.

Watak Tangkap Cintan:
Trowa Burton, a very cool hotty pilot. Cool giler, muker less expression. ^///^ 
___________________________________________



8. DEECTIVE CONAN

Xyah citer pun sumer orang da tawu kot. Da kat depan anime tuh pun ada detektif. Anime pasal seorang pelajar sekolah menengah, Kudo Shinichi yang memang genius bab2 penyiasatan ni sampai polis pun acknowledge dia pnyer reliability of his deduction in handling cases. Tapi ada something jadi kat dia yang jadikan dia budak kecik and terpaksa menyamar under Kogoro Mouri, bekas polis yg bukak firma penyiasatan sdr. So skang, as Conan Edogawa, Shinichi dedahkan lebih banyak kes.

Genre:
Polis, investigation, action, a bit romantic comedy

 

Naper aku suker:
Sbb ajak aku berfikir and ala2 forensic sket since aku memg grad forensic so aku suker genre camni.
Watak tangkap cintan:
Heiji Hattori/Hatsutori, with his tanned skin and cool expression while handling case, aku suker gilak! ^///^
________________________________________


 

7. BASHQUASH

Anime ni pasal Dan JD yang tinggal kat Rollingtown on Erthdash kena tangkap sbb meen Bigfoot Basketball. Mane je dia ada huru-hara akan timbul since dia ni reckless sket. Dia suker giler men basketball and dia mula belajar camner men basketball ngan Bigfoot (mecha). Dia ni cam pelopor game nama BashQuash, normal basketball game cuma yg jadi BashQuash tuh sbb kena bash tugu yang dijadikan tiang and ring basketball (kengkadang tugu orang or tiang tgh bandar).

Genre:
sports, tournament, science fiction
 

Naper aku suker:
 sbb anime psl basketball and mecha. Ada kasut basketball lawaaaa!!! Skill mantap dari players walaupun cam impossible jek nk wat in real life.
Watak tangkap cintan:
Iceman Hottie, name dia pun da hot, so xyahla kau nk ckp lbey2.. XP
____________________________________________




6. EYESHIELD 21

Citer ni simple, pasal satu team American Football yang underdog cuba untuk meletakkan nama dorang dalam senarai pasukan2 yang hebat2. Nama eyeshield 21 tuh terhasil bila Hiruma Youichi and Kurita Ryukan jadikan Kobayakawa Sena sbg running back dalam team dorang. Sena bertubuh kecil tapi laju sbb dah terbiasa buat keje2 penghantaran brg and ciri2 tuh menepati ciri untuk running back yg Hiruma cari. Untuk rahsiakan identiti Sena, Hiruma suruh dia pakai helmet Amefuto and guna nama Aishurudo Nijuichi/Eyeshield 21.

Genre:
Sports, drama, tournament, comedy

Naper aku suker:
Pasal American football, high school, ada drama tp x over, ada pengajaran and paling best aku suker d idea of an underdog team trying their best to find places among the best. Mcm aku lak aku ase.. XP
Watak tangkap cintan:
Of cosla d devil Hiruma Youichi. Dia ni ala2 akuma tp deep down inside dia care others more than he care himself. Dia jg try his very hard first before make others give their best shots over anything. Playmaker of the game, with brilliant tacts! (nosebleed!)
___________________________________________




5. ZOMBIE-LOAN

Pasal Kita Michiru yg ada mata Shinigami, boleh nampak orang yang akan mati and dah mati. So satu hari tuh dia nampak ada black ring kat leher Chika Akatsuki and Shito Tachibana. Rupe2nyer dua orang tuh dah mati tp dorang drevive balik by satu perjanjian ngan Zombie-Loan company. Dealnyer, dorang kena kerja hapuskan zombie untuk company tuh.

Genre:
action, adventure, comedy, drama, supernatural


Naper aku suker:
Aku suker idea yang leh pinjam nyawa and biler dah slesai bayar hutang boleh idup balik. Aku suke gak idea yang tangan Chika and Shito tertukar tgh masa proses revive balik n dorang kena stick together, kalau x tangan tuh akan jadi buruk. Aku suker katana Shito and pistol Chika.
Watak tangkap cintan:
Chika Akatsukila, sbb rambut dia putih, kelakar, comel and sweet...and sengal! ^///^
________________________________________




4. GINTAMA

Ni parody tp ade plot tersendiri. Citer ni berlaku zaman samurai/Edo kat Jepun biler makhluk asing mula jajah dunia and haramkan samurai. Sakata Gintoki, bekas samurai yang dikenali sebagai 'Shiro no Akuma' tubuhkan satu kumpulan nama Yorozuya, kumpulan yang akan lakukan apa saja kerja untuk duit. Kemudiannya datang 2 orang pekerja, Shimura Shinpachi dengan Kagura. Sejak tuh bnyk yang dorang lalui ranging from almost everything from d simplest task till d hardest task.

Genre:
action, adeventure, comedy, dramas, parody

Naper aku suker:
Parodyyyy!! Kena at least tau psl anime2, br best gilak n faham r kalau betul2 nak suker anime ni. Lawak giler but still bnyk pengajaran pasal kehidupan diselitkan. Banyak berkait dengan hubungan sesama manusai yang walaupun xder kena mengena mahupun blood-related.
Watak tangkap cintan:
Hijikata Toushiro, mayorin-sama (mayonaise) freaks but cold giler! Cooooolll! High and mighty pahtu hebat giler. Anime freaks gak plus had crush for action figura. Mattaku!
__________________________________________


 

3. HAKUOUKI


Yukimura Chizuru pergi cari ayah dia yang dah lama ilang kat Kyoto. Ayah dia doktor. Masa kat Kyoto, Chizuru ternampak fight antara Oni (ala2 vamps with red eyes and white hair) and Shinsengumi. Untuk elakkan sesuatu rahsia pasal Oni tuh, Shinsengumi tahan Chizuru dalam ibu pejabat dorang. Dorang nak bunuh Chizuru tp x jadi bila dapat taw dia adalah anak kepada orang yang memang diperlukan sangat2 oleh Shinsengumi. Then, dorang same2 cari ayah Chizuru and the adventures continue.

Genre:
action, comedy, drama, fantasy

Naper aku suker:
Ramai bishies yg power! Aku suker d idea of Oni, vampire-like-creature, resembling the form of normal human. Banyak action and power best2! Lagi hot biler Okita Souji jadik Oni!!! Plus Hijikata Toshizou!! Kyaaaa!!!
Watak tangkap cintan:
Ramai! Paling cintan Okita Souji and Hijikata Toushizo. Souji suker bergurau, bek hati wlpn cara kasar.. Toshi plak, cool and cold-hearted giler! N ensem giler ahh! Kyaaaa again!
__________________________________________

 


2. BLACK LAGOON

Okajima Rokuro ni orang bisnes dari Jepun. Rutin harian dia as bisnesman is agak bosan and agak frustrating. Then, company dia hantar dia to the Tropical Seas of Eastern China untuk hantar barang, a disc. Masa hantar ruh, boat dia kena hijacked oleh st group yang diupah untuk wat keje2 underground camtuh. Dia pttnyer mati da kena bunuh tp ade sorang pompuan, two-handed Revy spare his life abb pk dia ni worth a ransom. But Revy silap. Lepas tuh, becoz of the disc and Rock (new name for Rokuro), masalah makin bertambah.

Genre:
action, drama, psychological

Naper aku suker:
Fighting skills yang gempak esp sharp-two-handed shoter Revy!!!! Citer ni banyak brings out the reality of life yang orang upper world tataw pn benda tuh ade. Its like a total different world from the world yang aku ada skang ni. The facts and truth really bg aku sedih wlpn it;s just an anime. For me, it's more than anime.
Watak tangkap admire:
Revy!!!! Cool woman but sometime easily breaks..
___________________________________



1. BLACK CAT

Train Heartnet also known as Black Cat ni bekas pembunuh upahan dari organisasi Chronos. Ada 13 orang assassin sumer and dinumberkan based on their strength. Train yg paling ditakuti and hebat so on his left chest ada tanda cacah nombor 13 in Roman. Dia ni cold and heartless gunman tp biler jumpe Saya Natsumi, dia mula belajar macam mana nak jadi human being rather than assassin. On the other hand, Creed Diskenth yang obses dgn kehebatan Train takut Train hilang ability dia as ultimate assassin, pun pi bunuh Saya. And the lost Train Heartnet wondered around ambil mengelakkan diri dr dibunuh oleh Chronos jmpe dgn Sven and a mysteriously genetically altered girl, Eve. Their journey as sweepers/bounty hunter begins.

Genre:
action, adventure, science fiction, comedy

Naper aku suker:
Setiap assassin ade weapon and super power sdr. Weapons plak memang direka cantik giler, detail r. Each episode yang unik and aku suke the idea of former assassin yang idup as stray cat, slowly becoming free cat which roam freely. Fast pace anime! Bace manga pun best giler!
Watak tangkap cintan:
TRAIN HEARTNET!!! Smpi biler2 pn aku suker ko! Comel and giler but sngt cool biler cyus. Kuat makan! Comelnye kamuuuu!!!!!