S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Wednesday, November 23, 2016

BOTK: The Awakening dan Meetup




Hi guys..!


Aku takde war-warkan apa-apa pun berkenaan BOTK: The Awakening sebelum ni. Tapi aku diberi peluang untuk terlibat dalam penghasilannya sebagai salah seorang 56 pengkarya yang lain. Makanya, 20 November lepas, di IOI Citymall Putrajaya, telah berlangsungnya meetup antara pengkarya-pengkarya BOTK: The Awakening. Komik dah terbit weyhhhh..!!! Hahahaha..!!!! Ye, aku excited..ngeeeeee..


Mari kita tengok komiknya dan lukisan-lukisan live pengkarya-pengkarya ohsem yang hadir pada meet up tersebut. 


Dari atas kiri turun ke bawah dan ke kanan dan habis di bahagian atas kiri (pandai-pandaila paham)..
Faye
Nazirul
Kanza Kishiro
Tongkat Jibril 
Owh, aku takde dalam lukisan..keke..


Ok, sekarang, mari tengok sneak peak into the comic, dan aku buka page komik akula.. Promote sikit.. LOL..




Tema kali ini ialah slice of life.. Sendu baq hang baca one shots dalam ni.
Maklumat lain pasal komik ni macam kat bawah:

Harga: RM 25.00

Jumlah mukasurat: 296

Caj penghantaran: RM 8 (Semenanjung) / RM 12 (Sabah dan Sarawak)

COD (Cash on Delivery): Ada disediakan untuk sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong

Tak rugi beli. Apa lagi tunggu korang, dapatkan segera secara online..! Macam mana nak beli? Haaah, meh aku nak bagitau..MACAM MANA NAK DAPATKAN KOMIK ni..?

Korang boleh hantar e-mail kepada: princeofnoob[at]gmail[dot]com
Atau PM di Facebook Prince of Noob di: https://www.facebook.com/prince.nub
Atau PM di Page Facebook Buasir Otak: The Komik di: https://www.facebook.com/buasirotakthekomik/
Atau Whatsapp/SMS agen kami: Sang Kancil: 013-9313541

Nakkan lebih kepastian, pergi SINI...! ^^


Jadi, apa lagi tunggu..? Cepat-cepat dapatkan BOTK: Awakening. Jangan setakat beli satu, beli lebih untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. Spread the goodness through comics..!


Aku dah dapat aku punya copy so nak enjoy baca..!


Jyaaannn..~



Thursday, November 17, 2016

Kembali ke dunia digital




Hi guys,


Kepada yang masih belum tahu, laptop aku rosak dan terpaksa reformat, menjadikan laptop aku kosong. Maka, dalam jangka masa laptop kosong tu, aku cuma melukis secara tradisional macam ini dan ini.


Lukisan tradisional yang paling baru adalah seperti yang berikut:



Media: UniPin FINE LINE 0.5


Media: UniPin FINE LINE 0.3


Seperti tajuk, aku akan kembali ke dunia digital sebab aku dapat projek baru. Dateline projek ni 1 Disember so faham-fahamlah. Aku akan bertungkus lumus menyiapkan 21 keping ilustrasi untuk buku selama jangka masa kurang lebih 2 minggu. Bunyi memang macam luxury tapi sila take into account yang aku bekerja penuh masa di siang hari (devastating).. *cough.* dan aku ada virtual husband dan twins di malam hari untuk dilayan....ahueee....my virtual life.. 


Oleh kerana aku kena buat illustrasi digital, makanya terpaksalah aku paksa diri download SAI semula (dengan internet yang macam *****) dan install application wacom dalam laptop. 


Langkah pertama, download SAI, dah selesai. Dah boleh buka semula file-file SAI yang lama. Buktinya seperti di bawah:



Media: Paint Tool SAI

Kat sini, aku ada declare nak bagi penghargaan.. Jangan risau, declaration ini masih diteruskan dan aku dah cabut undi untuk satu nama lagi. Biar rahsia dulu nama tuh.. Cumanya hadiah takkan dapat dalam masa terdekatla.. Mungkin Disember baru dapat..hehe..Anggaplah hadiah Christmas daripada Santa Lee..XP Maaf atas kelewatan, ok?


Hmmmmm, itu jelah aku nak kabo.. Kekeke..


Later peeps..


Jyannn~



Monday, November 7, 2016

Aku rajin 1 (Amaran: Ada kejutan)



Hey guys..


Seperti mana tajuk....ye.. Post ni adalah kerana aku sedang rajin dan inspired by Plain-sama yang memberi penghargaan kepada aku sebagai salah seorang pengomen yang rajin di blog beliau. Plain-sama review blog aku di blog beliau yang ohsem..! Check her out, guys..! Eh, I mean, check her blog out, guys..! ^^


Jadi, aku pun beranganla nak buat perkara yang sama. Aku dah kumpulkan 5 nama yang memang tak hasing lagi di bumi bertuah blog picisan aku ni.. Dorang ni memang tegar, tegar sungguh..tak pernah miss nak komen, biar lambat atau cepat..


Oleh kerana aku taktau nak buat untuk sape dulu, makanya aku cabut hundi.



Nama pertama yang bertuah ialah jeng jeng jeng jeng.......*drum roll.* 


 ZYROXX..!!



So, wallah..! Engkau yang bernama Zyroxx, nah amek hadiah hang..!


 


Yang namanya bukan Zyroxx, pray hard that you might be one of the other 4 remaining. ^^


Thanx, Zyroxx sebab tak berputus asa dengan blog aku..kekeke..


Yang lagi 4 tuh tak bermakna korang tak bertuah cumanya lambat sikitla tuah tu nak sampai. Tuahnya bakal dibuat, jangan risau. Dan yang lain-lain, kalau nak juga, bolehla start komen-komen dengan rajinnya kat sini. UvU Mana tau masa depan aku buat lagi..kannnn?


Aku pun dah ada isi nak update blog lepas-lepas ni..takyah pikir dah.. Pandai tak aku ngelat? Kekeke..


Jyan, guys..!

Saturday, November 5, 2016

Melukis dengan power point



Hi guys,


Tahukah anda, anda boleh melukis menggunakan power point?


Anda tak tahu? Ok, sekarang anda tahu..


Anda hanya perlu.....usaha dari segi mental dan fizikal, dan sedikit imaginasi.. UvU


Jadi memandangkan aku cuma ada power point dan mouse, aku pun lukis guna power point. Let's check it out..! XP


 Saitama Sensei from One Punch!


Kenapa aku pilih dia? Senang.. dia botak, aku tak payah spend masa untuk rambut..kekeke.. 


Lepas tu, aku bosan tengok so aku decide nak buat gif dengan pergerakan yang simple aje. Jadi,aku ke sini dan buat gif. So, let's check this out as well...!




Haaaaah, tu jela nak share..


Sekarang, aku aktif traditional art.. TQ


Tuesday, November 1, 2016

Mind Therapy: Random Doodle



My first doodle ever.



I had a lot of fun doing this. Thanks to throwing-tantrum laptop.



Feel free to download and colour for your own mind therapy. I had mine when creating this. It keeps me organized, composed and contented.



Media: STAEDTLER pigmentliner 0.5
Double A paper



 This entry is just for the sake of updating blog.



Later, peeps..!