S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, November 23, 2015

Sekitar Konvo, Bouquet of Felt flowers

Salam......


Apa khabar semua? Eheeee, sorry sebab macam dah lama jek tak hapdet.. Tengok history, last aku post entry masa awal Oktober, masa awal2 masuk kerja as Executive Pemasaran di sebuah kedai buku dekat2 ngan rumah..


So, aku dah selamat berkonvo pada 18/11 yang lepas. Nanti kat bawah2 entry ni aku belanja satu gambar konvo.. Eh, bukan belanja, payung.. Istilah sekarang payung kaaaann.. Hahaha, macam macam.. Jangan cakap hakak tak payung..haaaa..


Yang lebih mustahak kat sini adalah aku nak share yang aku buat bunga konvo sendiri..ahaaakss..! Buat daripada kain felt.. Hmmm, rasa macam boleh buka bisnes ni.. Setakat ni dapat 2 customers x official..haha.. 2-2 budak office.. Yang sorang nak bunga konvo gak and yang sorang lagi nak minta buat headband utk bridesmaids..


So, sekarang, meh aku share 2 jambak bunga2 felt. Untuk kawan aku tu, aku buat roses and lilies.. Untuk diri sendiri, aku buat carnations..






Ok, payung satu gambar bunga beserta dengan skrol, kalung and topi. Jubah takdak.


Boleh tercetusnya nak buat ni sebab aku taktau nak buat apa dengan kain felt yang belambak kat rumah. Dulu kan aku ada buat plushy tapi disebabkan benda tu controversial so aku rasa better takyah buat dahla. Search apa boleh buat kat internet dengan felts, aku terjumpa video buat bunga daripada felts. So, walllah, maka, jadila 2 jambak bunga untuk konvo.


Ok, aku akan usahakan untuk kembangkan benda ni sebab aku ushar jugak kat internet, ada permintaan jugak untuk bunga2 macam ni especially untuk majlis tunang and kahwin. Buat hand bouquet. So, sape berminat, boleh e-mail aku di leefarrah87@gmail.com.. 


Ok, last but not least, aku nak payung gambar konvo ala-ala Assassin Creed.. AHAHAHAHAHA..!!!





Sesiapa yang sudah berkonvo, TAHNIAHHHH..! And sesiapa yang baru nak berkonvo, SELAMAT BERKONVO dan tahniah jugak diucapkan. May bright future awaits you ahead..


Later peeps..! *wave.*