S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Sunday, September 27, 2015

Perempuan dan kulit cerah









*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *



Yo..



Kulit aku tak cerah mana dah sekarang. Sebab aku gila bersukan dan tak berapa nak kesah sangat kalau kulit aku jadik hitam sebab bersukan. Tapi kulit aku akan cerah balik selepas 'terbakar' walaupun takkan jadi secerah masa baby dulu..haha..



Rata-rata perempuan di sekeliling aku obses betul dengan kulit cerah.. Try produk tuh, try produk ni, habiskan duit beratus-ratus untuk cerahkan kulit. Mungkin sebab aku memang dah berkulit cerah, aku tak dapat nak memahami kepuasan mendapatkan kulit cerah ni tapi aku cuba samakan kepuasan tu dengan kepuasan aku untuk mendapatkan kulit yang bersih, licin lagi sihat. Atau pun dapat habiskan anime 24 episod dalam masa semalaman. Hmmmm, mungkin aku boleh faham dengan 2 analogi tuh.



Sebenarnya, tak pelik sangat kalau perempuan nakkan kulit cerah sebab mungkin pada dorang kulit cerah tuh lebih cantik dan menjadi tarikan pada lelaki jugak yang kebanyakkannya pun anggap kulit cerah lebih cantik. Aku cakap kebanyakkan. Aku takde lagi kawan lelaki yang aweknya berkulit gelap. Semua style muka korea, putih melepak, licin squeaky and tudung lilit-lilit. Maka, dengan fenomena inilah, para perempuan gilakan kulit putih.



Kulit gelap ke cerah ke sederhana ke, bagi aku tak penting. Yang penting sihat dan hati mau baik. Cantik ke tak terletak pada mata masing-masing. Korang tau ke tak kulit cerah lebih mudah dapat penyakit kulit? Ye ke? Searchla google...ekekeke.



Entry pertama aku dalam masa beberapa bulan dan selepas balik dari masum so I gotta talk about this thing sebab ada orang tegur, pakai Qu Puteh ke? Hahaha.. XP



Owh ye, Selamat Hari Raya Aidiladha.. ^^



Jyaaaaannnn~