S E L A M A T D A T A N G
Super Human
Saturday, January 27, 2018
Game 3: Kekalahan yang maha dahsyat
Salam sejahtera, guys,
Review kali ni adalah sangat fresh sebab game baru jek lepas semalam. Let me be honest, untuk game semalam, team aku dibelasah 70 berbalas 3. So tak perlulah aku nak share scoresheet di sini sebab scoresheet kitorang bersih..Hahaha, yes, kalau nak dibuat analogi mudah, macam budak sekolah menengah kena tapau dengan budak universiti dan ya, aku juga pernah berada dalam team lain yang pernah tapau budak sekolah sebanyak tu.
Kalau aku kata aku tak malu dengan kekalahan sedahsyat tu memang aku tipula. Lepas ni aku taknak mengaku aku main basketball. LOL. Tapi memang aku dah jangka kekalahan ni. Team semalam memang out of our league. Team aku terlalu banyak kekurangan Basic fundamental basketball sangat lemah, passing, receiving, dribbling, shooting, semualah.. Haihhh..
Aku boleh cakap, dalam team aku cuma ada 3 orang jek yang boleh main. itu pun level jauh terkebelakang nak banding dengan team yang kitorang lawan semalam. Yang lain semua beginner dan sukan basketball bukan sukan utama.
Aku memang tak berharap banyak pun untuk penyertaaan first time ni, cuma nak survive jek tapi nampaknya nak survive pun susah. Kalau dah kena tapau sampai 70 tuh memang dah mati dah jawabnya. Well, nak expect apa sebab masa awal-awal cari pemain pun memang main tangkap muat aje so terimala padahnya. Haha. Dan training pun sambil lewa, asyik2 muka yang sama jugak datang.. Nak kumpul satu team penuh pun susah..
Tapi takpe, pendedahan dan pengalaman dalam game sebenar tu yang penting. Aku pun banyak belajar dari sini. Macam-macam aku nak try.. Perancangan sekarang adalah untuk train player-player yang betul-betul nakkan improvement. Aku kagum dengan coach sebab rela terima kitorang duduk bawah management dia, guna nama team dia, walaupun dah expect kena tapau. Kekeke..
Aku post untuk mengingatkan diri sendiri jugak.. Taknak down sangat, we have all the bad reason to lose the game, horribly. And taknak kekalahan semalam adalah sia-sia. Well, ni bukanla kekalahan pertama yang seteruk ni tapi kalau kau sorang jek yang nak belajar daripada kekalahan, yang lain masih macam tu jugak, still, sejarah yang sama akan berulang.
Daaaaaannn....aku dapat 'hadiah' dalam game semalam, first, seluar koyak, second, kecederaan lutut dan ankle. Lutut lebam jek, ankle injury lama. Masa dapat kecederaan ankle tu, aku dapat rasa aku punya tulang area buku lali tuh dettached sekejap dan dipaksa masuk balik dalam soket bila aku landing. Aku ingat aku dah tak boleh main terus dah lepas tuh..seriau kot. Tapi alhamdulillah, cuma terasa sakit jela sekarang, takde terkehel macam first time injured dulu. Aku rasa kasut aku membantu jugak kat sini, Thanks kasut..! Dan sebab Allah masih berikan aku keizinan untuk bermain, Alhamdulillah.
Ok, aku share gambar kasut jela. Kasut murah jek sebab beli time sale. Kasut memang bergaya, mungkin tak kena dengan skill. Tapi nak tunggu skill power and mantap dulu, memang sampai bila la tak boleh pakai kasut best sikit. Haha..
Okay, that's all folks. Sorry for the long and boring post. Aku aim nak melukis hari ni. Kalau terhasil, aku akan postla kat sini.. Hehe..
Jyaaaannn, guys..! ^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Herghhh adeihhh seriau aku baca cerita kecederaan ankle hang Lee... aku seriau, aku seriauuu... *dahi berpeluh*
ReplyDeleteApa-apa pun nasib baik jugaklah hang still okay sohbatku, pengalaman yang cukup berharga. Hang tetap kewl *sparkles* :'3
Aku ok jek weyh.. Biasala injuries tuh.. Dalam recovery ni..
DeleteHahaha, thanks a lot..! Well, cool is my middle name..XP
i like how u take it in positive ways. takpe, teruskan usaha, victory will be in ur hand one day. stay safe :)
ReplyDeleteNeah, life is too short for negativity.. Insya-allah, thanks..!
DeleteKalah menang perkara biasa, Lee. Tambah-tambah kalau dalam sukan. Tapi baguslah kau tak ambil dalam sangat kekalahan tu. Tapi bagus juga kau sedar apa yang membuatkan kau kalah, sebab nanti kau dan team kau boleh improve hehehe.
ReplyDeleteApa-apapun, good luck Lee.
Aku pun tetiba terasa nak cari satu hobi sukan baru heheheh
Kaaann.. UvU Kena tahu level sendiri jugak.. Yes, itu yang kitorang cuba buat, improve dan terus improve. Nak menang memang tau dah mustahil..
DeleteThanks..! Yes, cari sukan yang kena dengan jiwa kau C..! You'll find happiness insya-allah.. ^^