S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Sunday, January 15, 2017

Biography - Life history in drawing




Hai guys.. Ok, nampaknya ni adalah post pembuka tirai untuk aku tahun 2017. Ok jugak kot kalau aku mula dengan cerita pasal perkembangan aku dalam bidang melukis ni...ceywah..


Zaman kanak-kanak

Aku suka tengok KFC Hour makanya aku berangan nak hantar lukisan kat situ tapi memang langsung tak pandai lukis masa tu. Setakat tiru dan warnakan tapi takde perkembangan sangat. Mungkin masa ni boleh dikira exposure bagi aku terhadap minat melukis.

8 tahun/Darjah 2

Time ni aku tau mak aku pandai melukis. Mak aku pandai berwatakala (water colour). Aku ingat lagi, cikgu English suruh lukis 'Mother', 'Father', 'Sister' dan 'Brother' tapi memandangkan aku tak reti, aku balik mengamuk dekat mak aku minta dia tolong lukiskan. Mak aku lukis. Sejak ni, aku suka melukis.

Dormant years

Dari Darjah 2 sampai Darjah 4, ni adalah zaman takde perkembangan langsung. Aku cuma lukis satu style jek macam yang bawah ni. Aku terpengaruh dengan buku mewarna yang takde pilihan sangat di pasaran masa tuh. Aku ingat lagi stroke aku masa tu maka aku lukiskan balik khas untuk korang. Serius, kelakar..haha.. Tengok kat bawah ni.. Aku lukis perempuan je masa ni.




Darjah 5 - Zaman Sailormoon

Ni zaman aku gila Sailormoon. Masa tu takde sumber rujukan internet macam sekarang makanya memang beli buku mewarna jugala sebagai rujukan untuk melukis. Kalau duit banyak sikit, bolehla beli komik tapi selalu pinjam kawan jek. Masa ni lebih kepada tiru je.

Forms 1 & 2 - Zaman Cardcaptor Sakura

Masa awal-awal, stroke aku banyak terpengaruh dengan anime ni, produksi Clamps. Aku sangat suka dengan stroke dorang yang comel. Memang lukisan aku banyak pasal watak-watak anime ni, masih belum ada perkembangan nak lukis watak sendiri. 


Form 3 to Form 5 - Progressive years

Ni zaman Slamdunk dan Gundam Seed. Sikit-sikit lukisan aku terpengaruh dengan stroke dari dua anime ni. Dah takde sangat stroke comel-comel. Dan masa nila aku sangat aktif lukis komik syok sendiri tapi baru aku perasan, komik-komik syok sendiri aku nila yang buatkan aku improved dengan progressive.

Disebabkan komik-komik syok sendiri aku nila aku takde masalah sangat nak lukis anatomi. Percaya atau tak, aku lukis anatomi takde rujukan (aku kan malas) dan sebenarnya takda rangka sketch. Aku terus sketch outline. Sebab aku tak belajar melukis step by step, aku ikut suka. Kalau aku buat rangka sketch pun setakat nak ajar orang.

Orang sibuk nak pekse, aku sibuk lukis komik.. *sigh.* 



19 - 23 tahun - another dormant years

Masa ni aku aktif bersukan dan bersilat makanya aku takde masa untuk melukis sangat. Aku lupa daratan sekejap..haha.. Memang takde perkembangan sangat.. Masa ni tengah buat degree..

24 tahun - digital era

Masa nila aku berjinak-jinak dengan digital tetapi memandangkan aku self-taught dan aku tak ramai kawan yang betul-betul manjakan minat dorang maka, aku merangkak jugakla melukis digital. Dahla awal-awal aku lukis guna paint dan mouse aje..haha..

Aku tengok youtube untuk belajar guna Adobe Photoshop. Aku grasp basic dan lepas tu explore sendiri.

Masa umur aku 27 kot, barula adik aku bagi wacom yang dia taknak dah sebab dia nak beli baru, kat aku. Tapi masih, progress slow sebab aku malas. Tapi aku ada banyak masa untuk explore digital art.


Art yang pertama dengan wacom


Tapi lama-kelamaan aku lupa tujuan aku melukis adalah sebab aku nak hidupkan cerita dalam kepala otak aku dan buat diri sendiri happy. Aku sibuk kejar like dan favourite. Bila tak dapat like favourite yang aku nak, aku jadi frust maka aku jadi makin malas dan selalu fikir aku dah tak boleh nak improve lagi dah.

Blogging era

Aku start buat blog pun mungkin masa 2011 tapi tak aktif sangat. Disebabkan banyak masa, aku terjumpa banyak blog-blog menarik dan mula follow blog-blog yang tuannya minat melukis, amazing people. Tak sangka aku jadi kawan dorang sekarang. Dorang-dorang nila yang buat aku sentiasa ingat yang aku sangat suka melukis.

Walaupun aku dah masuk 3 series, aku nak redeem balik tahun-tahun yang aku dah bazirkan tanpa buat apa-apa untuk improve diri sendiri. Orang kata, nak ke mana dok improve-improve ni? Haha, lantakkan mereka, aku nak improve so that I won't feel any regret and I get the satisfaction I'm looking for.


Thanks for reading. Aku terasa nak share benda ni. Mana tau ada yang akan dapat something dari sini. Moga-moga benda yang eloklah.. ^^

Later peeps.. ^^


11 comments:

  1. good progress Lee. Family kau semua berbakat ye. Boleh buat komik family. serius aku kagum dengan segala hasil seni kau. memang nampak kau cenderung ke arah anime. handsome2 pulak tu semuanya. all the best in your future undertakings.

    Yaa kau da 3 series ke, serius aku ingat kau muda dari aku. you sound so younggg. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, dude.. Walaupun slow at least ada kan..

      Hmmmmmm, boleh jugakla nak cakap macam tuh.. Haha, thanks..! Do'akan aku..

      Haah, aku dah 3 series tahun ni.. this is the first.. Or maybe because I sound so immature or childish? XP

      Delete
  2. Woaa bio yg sgt menarik Lee! Tak jemu aku membacanya, ceeita laa lagi, hehehe.

    Hmm, dormant year aku sangat sangat lama. 10 tahun lebih kot. Start form 1 aku dh tak melukis sgt. Sbb peer aku semua takde yg minat lukis kot, huhu. Bila fikir balik knpalahhh aku tak teruskan melukis buhuu tp xpelah, masa bkn boleh putar. Mungkin ada hikmahnya UvU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik ka? Oh, well.. tell me something I don't know..lalala..XP

      Lama tuh.. Kan2? Takpala weyh, we're meant for something else maybe.. and there's silver lining in everything.. ^^

      Delete
  3. Kewl betul entry pembukaan 2017 hang X3

    Oh lukis semula ka? Hang ada simpan lagi dak old sketches hang dari zaman kanak2 innocent dulu? Hehee... aku ada, tapi, tapi... aku segan gila la nak share wakakakaka~ XD

    Wow your mom terer melukis dan berwatakala? Dalam family aku pulak, my mom's not into arts, but my dad is. Arwah tokwan aku belah ayah aku pun melukis dulu :3

    Wehhh dah jejak 3 series ka? Cantik aah, apdehal... mai geng dengan aku hahaha X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, lepas tuh menyepi..LOL

      Hmmm, takdakla sebab melambak..so banyak dah rosak sebab banyak pindah-pindah, umah masuk ayaqla apa semua..huhuhu.. Alaaa, Plain, standardla zaman kengkanak..

      Takdakla terer sebab tak diasah sangat tapi masa muda-muda dulu, mak aku berseni..hohohoho.. Ayah aku pun boleh conteng-conteng tapi ayah aku more to architectural sebab dia buat rumah.. Adik laki aku lukis ala-ala Dragonball, boys..haha.. Adik2 aku yang bawah semua dok try2 lagi nak melukis.. Yang sorang tuh tengah amek dip grafik..

      Haaaah, dah 30s dah..! Orite..! Sep..! XP

      Delete
  4. WOahhh kagum saya! Terer lee lukis! Saya zaman sekolah tu jarang melukis sebab busy melayan sakit.. hahaha^^ DD mula melukis dari darjah 1, kemudian sakit di usia 10 tahun.. tak berapa focus melukis dah.. zaman blaja conteng2 saja2 macam tu je.. mula aktif melukis balik di usia 23 tahun...

    anyway, keep it up lee ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, atas usaha semua ni.. Orite, silela aktif.. Mari kita aktif bersama-sama..! XP


      eheeee, thanks..! ^^

      Delete
  5. This entry ala walking daown the memory lane sangat seronok untuk dibaca.
    Now aku tahu kenapa stroke kau sangat shoujo hahaha
    Semuanya sebab kau membesar dengan komik/anime shoujo.
    Dan lukisan 1st guna wacom kau tu, peeeerrggghh!
    Itu first? Aku punya first lukis kucing senget benget je Lee oi hahahaah

    All the best, Lee.
    Sentiasalah remind diri sendiri (dan aku) tentang tujuan utama melukis hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..Hahaha.. Kaaaan, start dengan sailormoon..haaa.. Aku tengok jugak anime lain tapi tak terkesan untuk aku tiru style.. Yang lekat yang atas2 ni jela..


      Yussssh, you too, bruh..! ^^

      Delete