S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, May 30, 2011

NCBL and Hot Shot!

NCBL stands for non-chinese basketball league. These are the details.
Hari : Setiap Ahad, setiap minggu
Masa: 8 kot.. XP
Tempat : Pusat rekreasi JKKK, Bt 11, Cheras
Ini kali pertama aku pergi tengok NCBL ni, ngan Fieq, Alin and supposedly Yana tapi anak buah aku yang terlebih comey ni tersalah minta cuti plak so last2 dia x dapat pergi. Then, kitorg pergi bertiga jela.
Tujuan utama pergi is nak bagi support kat Fakhri and Abah and of coursela nak ushar player power2 and hot. Dorang main untuk team Griffin, jersi warna sky blue with blue black stripe kot. First impression masa sampai okeyla. Not as what I expected but overall okeyla. Aku bajet akan ada ramai orang tengok tapi masa awal2 sampai tuh just ramai player jek. Macam besela, colourful juga court JKKK kat Balakong tuh dek jersi2 player.
Mungkin still awal pagi so x ramai sangat yang jadi penonton. And another thing is, masa sampai tuh, kitorang antara beberapa orang je pompuan yang ada. That.....wasn’t expected. Tapi bila pk balik possible jek benda tuh since budak pompuan manela nak layan tengok game cam kitorang ni ha. Kalau ada pun yang datang ngan pakwe. Tapi kalau xder member yang main pun mungkin aku still tataw psl NCBL ni and aku malas gak nak datang tengok kosong cmtu jek. Huuu..
Kitorang sampai awal2 pagi, sempatla follow game dorang dari awal sampai abeh. Game dorang start pukul 950. Awal2 lagi dorang dah lead. Aku pun xla pandai sangat nak cakap pasal game kat sini but enjoyla tengok game dorang. But still, banyak lagi room for improvement and Griffin, seriously I know u guys can do more than that coz I dun think u guys give it all. Mungkin sebab baru first game, still lagi dlm proses cari rentak and kukuhkan chemistry antara teammates. Xper, I’ll wait for the best from u guys.
As for the opponents, Rangers, jersi maroon stripe kelabu pink, dorang banyak peluang tapi xder finishing yang cantik and main x open. Banyak main one-side jek, x gunekan player sepenuhnya. So, dorang kalah ngan mata 21-70, lebih kurangla kot. Note, team Rangers ade player comeyl berjersi 12 and 11. Team Griffin ada 2 player comel, Fattah and Aliff. Player hebat of the game, xder yang outstanding tapi encik pg Griffin agak lincahla, same gak player Griffin berjersi 11, Achap, power gak r.
Lepas tengok game yang sepatutnya, kitorang ade tengok lagi 1 game. Ada banyak game yang kitorang tengok tapi xla follow betul2. Cuma game Griffin vs Rangers and De Flips vs Titans. Game De Flips vs Titans  agak sengit since the first half tuh masing2 berbalas lead. First quarter, De Flips  leads and then second quarter Titans leads. Tapi finally Titans jarakkan mata, end up ngan 58-80 kot camtu. Fakhri kata team Titans kuat. Bolehla. And the next game dorang akan lawan ngan De Flips yang kalah dengan Titans ni. Note, Titans ada 2 player comeyl berjersi 12 and 11. De Flips lak ada 3 player comeyl and hebat berjersi 12, 17 and 8. Tapi encik 8 tuh injured, landing atas ankle so main masa first quarter jer. Kalau dia x injured, mungkin De Flips leh menang ngan Titan. Player hebat of the game, xder yang special sebab semua cam menyerlah.
Aku ada amek vids sket tapi x cun sebab gelap so malas nak upload. Gambar pun xder amek since khusyuk ushar encik chisai tengok games. Juling mata, kejap tngk players division 1 yang hot pahtu kejap lagi tengok player division 2 yang hot lak..haha. Ada peluang tengok orang2 hot lagi aku amek gambar suasana kat sana and share kat sini. ^^b

Friday, May 27, 2011

Who and why go for confession?

Hmmm, orang confess dalam macam2 gaya. Ada yang guna ayat bunga2 and sampai masukkan akar sekali pun ada. Ada yang confess secara x langsung, tercakap ayat2 tanda confess or buat sesuatu yang menunjukkan dia suka kat seseorang tuh contoh cam cakap “ Sebab kaula aku jadi camni, taw!”, walaupun mungkin dalam nada marah OR TERmiss call atau TERmesej Happy Birthday. TER ke tu? Hehehehe, x kesahla.

Ada tuh terus bagi direct, macam aku. Hahaha, almaklumla, manela reti nak cakap jiwang2 or bunga2 ni ha. Tulis bolehla sebab kerah otak berfikir untuk keluarkan ayat2 jiwang. Berpeluh beb fikir. Hahaha.

Memang macam2 gayala kan. X kesahla, janji orang yang kita suka tuh dapat mesej kita yang kita suka kat dia. Okeyh, setel. X kesahla ape pun kesannya lepas tuh. If u’ve confessed to a jerk then u’ll just have to bare with it, with wut ever jerk answer u might get. But, hopefully, u’ve confessed to someone which at least know how to appreciate ur feelings towards her/him.

Hmm, isu yang nak aku utarakan pasal confess mengonfess ni is isu....isu pompuan confess dulu..hehehe. Apa pendapat korang kalau pompuan confess dl kat seseorang lelaki tuh? Aku tambah sket lagi. Agak2 korangla, nape agaknya dia confess eh? Hmmmmm, jom selidik! Hehehe.

Aku ade tanya beberapa orang responden. Cukupla, x larat lak kalau beratus2 kang, cam nak wat master plak kalau tnye ramai sangat..hehehe. Jawapan yang aku dapat pelbagai and aku boleh rumuskan camnila ye.

Ada yang berpendapat, tak menjadi hal pun kalau pompuan nak confess dulu. Cuma kena confess cara yang betul and dia yakin yang lelaki tuh pun ada juga bagi hint2 or menunjukkan yang dia pun suke kat pompuan tuh. Lelaki atau pompuan yang confess dulu x menjadi hal sebab dedua ada perasaan. Kdg2 kalau lelaki tuh malu x tentu pasal, apa salahnya perempuan yang confess dulu Cuba try bg hint and tengok respon lelaki tuh camner. Kalau respon okey lehla teruskan. 

Aku: Kalau dah mamat tuh malu sangat, lepas tuh pompuan tuh bagi hint pun still jg bebal sngt x faham2..ape lagi, cekak je kolar baju dia and cakap... “ Woi, lembap, aku suke ko la!” Pahtu hembus nafas lega yang kuat. Tp kalau mamat tuh lari jangan cari aku plak..hahaha.

Ada juga yang still xleh terima kalau pompuan confess dulu. Ada yang kata sebab pompuan penuh dengan sifat malu2 so impossible nak confess. And pompuan x patut confess dulu, nanti jadi perigi cari timba, hidung x mancung, pipi tersorong2 lak (betul ke pepatah aku ni.. (_ _)’’’). Lelaki yang kena confess, br nampak kelelakian dia. Pompuan kena tunggu lelaki confess dulu, barula sifat kewanitaan dorang terserlah.

Pompuan x digalakkan confess dulu sebab pompuan kurang stabil dari segi emosi. Kalau kena reject nanti, malula pompuan tuh nanti. Kalau lelaki tuh x suker pompuan jenis terus-terang, abehla chance pompuan tuh. Lelaki xper sbb dorang boleh kawal emosi dengan baik. Ye eh? Hmmm, depends. Tp pendapat sumer bernas2. Thank to all the respondens.

Aku: Pompuan xleh confess dulu kalau dia nak pi confess kat pompuan jugak! TIDAAAKKK!!!

Personal opinion, aku ase sape confess x jadi masalah asalkan ikhlas, betul2 maksudkan apa yang kita cakap masa confess tuh and bukan niat nak main2kan orang tuh. And lepas confess korang kena sedia terima semua kemungkinan dari tindakan confession korang tuh. Basically, kena reject, diterima or takde/belum ada jawapan.

Okeyh, ni yang penting. Nape agaknya pompuan confess dulu? Biar aku ringkaskan jadi point eh.
1.     Sebab dia suka lelaki tula, xkan nak p confess kat kambing pulak.
2.    Desperate! Hehehe, gurau jek. Ni jawapan berseloroh dari responden pahtu dorang tarik balik..haha.
3.    Lelaki tuh lembap, x berani, takut, malu and seangkatan dengannya sampai pompuan tuh terpaksa mulakan langkah dulu.
4.    Lelaki baik dah kurang kat dunia ni, so takut lelaki baik tuh terlepas ke tangan orang lain.
5.    Nakkan kepastian, sape yang mamat tu suka.
6.    Pompuan tuh yakin lelaki tu pun suka dia gak so dia amek the first step.
7.    Bosan dengan trend lelaki confess dulu.
8.    Pompuan tuh berani.
9.    Terpengaruh dengan manga.
10.  Niat b*$#@.

Hmmm, yang last tuh aku tanak masukkan sebenarnya tapi ada sorang member aku wat aku terpk. Mungkin pompuan tuh confess sebab nak dajalkan lelaki tuh, nak main2kan perasaan lelaki, nak wat orang len or ex dia jeles ker..and segala macam niat yang negative. Yang ni jngnla buat ek. Aku simpulkan isu ni untuk pompuan2 yang betul2 ikhlas dalam confession dia.

In my case, aku confess sebab aku tanak mamat tuh terus memperkotak-katikkan perasaan aku. At least, bila aku dah gitaw dia, dia taw yang aku suka kat dia so silala jaga tingkahlaku dia. Kalau dia suka aku, wat cara dia suka. Kalau dia x suka aku, wat cara x suka. Kalau dia anggap kawan, wat cara dia anggap aku kawan. Cukup2la bagi aku perasan sbb aku ni suka kat kau. Sbb tu aku x kesah apa jawapan dia, aku just nak dia taw ape sebenarnya perasaan aku kat dia. Aku pun tataw aku da dapat jawapan tapi aku x dengar or memang belum ada jawapan. X kesahla, aku still akan suka dia selagi xder orang lain yang aku boleh suka selain dia. ^^b

A special thanx to Alin, Yan, Tia, Sapek, Joe, Dean, Jay Dee, Fieq, Huda, K.Atin, K.Chenah, K.Mar, Siti and others yang ditanya oleh aku. Hehehe.

Wednesday, May 25, 2011

Another J-rock! One Ok Rock! Welcome to the club!

Presenting.......... (drum)..

ONE OK ROCCCKKKK!!!!!



Band ni dah ditubuhkan sejak 2005 lagi. Banyak wat gigs area Tokyo. Asalnya dorang ni ada 5 ahli tapi sorang dah keluar and since then just 4 jek tinggal.

Vocalist : Taka (ex NEWS)
Guitarist + vocals : Toru
Bass : Ryota
Drummer : Tomoya
Former guitarist : Alex (kuar masa 2009)

Ni sebelum Alex kuar and sebelum Tomoya masuk as official member. Thanx to Mr.Google.

Ni lepas Tomoya jadi official member and sebelum Alex kuar. Thanx to Mr.Google.

Ni lepas Alex kuar. Again, thanx to Mr.Google.

Band ni bermula daripada Toru as guitarist yang lepas tu ajak Ryota, salah sorg ahli group hip-hop untuk join. Then, former guitarist, Alex pun join. Pahtu dorang nampak bakat Taka as vocalist and finally baru Tomoya join a s drummer. Tomoya memang drummer untuk band ni sejak awal tapi jadi ahli band secara rasminya masa dorang kluarkan debut dorang yang first masa 2007.

Asal nama band ni agak interesting. Wujudnya One Ok Rock tuh adalah asal daripada One O'Clock, time bese dorang slalu practice masa hari minggu. Hehehe, comella name tuh. Sbb xde beza pn bila perkataan tuh disebut dalam japanese so dorang pun tukar jadi One Ok Rock. Try sebut.. Same kan? Hehehe..

Album ada 4

- Zeitakubyou (2007)
- Beam Of Light (2008)
- Kanjou Effect (2008)
- Niche Syndrom (2010)

Ada 2 mini album

- One Ok Rock
- Keep it real

Singles pun ade agak banyak.

Sumer lagu dia gempak and aku paling suke is Keep it Real, Jibun and Karasu! Aku nak upload vids untuk Keep it Real tapi disebabkan aku pakai proxy free yang banyak memblok site and bband aku rosak so aku batalkan jela niat aku tuh. Lain kali aku letak vids dorang yang meletup tuh.

Aku suker band ni start aku dengar suara Taka yang sedap giler, kena dengan halwa telinga aku and musicnye yang rock tapi still harmony. Senang citer leh berdiri sebelah ABSla. Aku akan dapatkan sumer lagu korang! Tengoklaaaahh!!! ^^b


Tuesday, May 24, 2011

New J-Rock in my playlist! Rockzzz!!!

SPYAIR in the house!


Thanx to google, Spyair.


Nama group J-rock ni is SPYAIR. Ada 5 orang member.


Vokalis : Ike




Drummer : Kenta




Bass : Momiken




Guitar/Programming : UZ




DJ : ENZEL 




Group ni bermula dengan indi band sejak 2005. Lepas selesai wat street performance kat Nagoya, Jepun, dorang start wat major debut mula dengan album first dorang tajuk Liar. Setakat ni ade 4 album, Liar, Last Moment, Japanication and the latest, Samurai Heart (Some Like It Hot!). The first 2 were released in 2010 and the latest 2 were in 2011.

Baru2 ni dorang punyer lagu dah dijadikan anime theme song. Ada 2 lagu kalau x silap, Last Moment ED song for Bleach and Samurai Heart, ED for Gintama the latest.

Antara lagu2 yang feymes selain di atas adalah:
- Japanication
- I'll be there
- Just Like This
- Departure
- Singing

Banyak lagi yang lain2 tapi yang ni jek aku baru dengar. Buat masa ni susah gak nak dapatkan lagu2 dorang. Gambar2 dorang pun x banyak sangat kat tenet. Aku pn kira baru dengarla jugak ni tapi peminat dorang kat Jepun and kat negara2 lain da ramai gilerla.

Ada 4 yang aku suke giler which is Last Moment, Liar, Departure and Samurai Heart. I'll go crazy on u guysla after a long hard crush on ABS! U guyzz rockzzz esp Kenta yang hot giler tuuu! ^^b


Monday, May 16, 2011

Jangan pandang orang sebelah mata, even worst, xder mata.. (_ _)''''

Post kali ni adalah lanjutan daripada tayangan perdana yang aku ikuti 2 minggu lepas. Tayangan perdana tuh kat DKA PPSK USMKK, bertajuk, Wanita, Islam dan Kebebasan. Ada dua dokumentari yang ditayangkan, 'Mencari Kartika' dan 'Siapa Aku?'. Selesai tayangan ada sikit sesi soal jawab and pengupasan dokumentari oleh panel2 jemputan.

Adala beberapa isu yang diketengahkan tapi yang menarik perhatian aku kat sini ialah wanita dan aurat. Ada pro and consnyer isu yang dibincangkan. Aku xla pandai sangat nak cakap pasal agama and aku memang bukan nak cakap pasal agama sebab kita ada orang yang selayaknya untuk itu.

Apa yang aku nak bincangkan kat sini adalah isu pandang orang sebelah mata or lebih teruk, macam xder mata. Kalau pandang pun jeling macam nak terkeluar bijik mata.

Isu ni selalu terjadi antara wanita yang pakai tudung (lebih spesifik yang bertudung labuh) dan wanita yang tidak bertudung or pakai tudung bese2 jek cam aku. Aku nak tulis dari perspektif wanita bese2 jek, yang bertudung bese2 and mungkin juga sket2 perspektif yang x bertudung.

Hmmm, bukan nak bias tapi memang sebenarnya terjadi. Kenapa wanita2 bertudung labuh ni memandang serong pada wanita2 yang x bertudung ni? Okey2, ade jek wanita bertudung labuh cakap, dorang x pernah pandang serong tapi wanita tak bertudung ni yang rase macam tuh. Cyusly cakap, BULL SHIT! Mungkin bukan sumer tapi ada segelintirla yang buatkan aku tulis post ni.

Isu yang aku nak bawa kat sini is kenapa wanita2 yang bertudung labuh ni pakai tudung labuh kalau sikap x mencerminkan pemakaian tudung tuh? Aku x maw citer psl dosa x pakai tudung tapi kalau kita bertudung labuh senang2 je ke kita nak menjatuhkan hukum kat orang lain? Senang2 je ke kita, hamba yang hina ni, yang belum tentu masuk syurga ni, yang akan diadili sama rata oleh Allah ni, senang2 nak pandang hina kat orang and angkat diri kita mulia? Nabi Muhammad s.a.w yang memang dijamin syurga pun x pandang hina kat orang sesuka hati taw. Tu nabiii, ma'sum taw. Haa, pandai plak cakap camtu, maksudnya korang pun buat silapla kan.

Kenapa sesama wanita bertudung labuh korang boleh senyum, berbalas salam? Tapi berselisih sebelah wanita lain, x pandang muka pun, pandang tempat lain? Nak bagi salam jangan harapla. Kesian orang tuh, penat dia senyum. Aku pernah jek dengar wanita bertudung labuh mengumpat and mengata pasal wanita x pakai jubah, x pakai tudung labuh. Kenapa nak mengata belakang? Alangkah mulianya kalau melangkah ke depan, ajak wanita tuh same2 ke arah yang lebih baik. Kurang ker pahala kau buat macam tuh? Bertambah ke pahala kau ngumpat dia hanya kerana dia x menutup aurat? Dosa ngumpat tetap dosa, x kirala ko pakai tudung labuh ker x.

Maafla, post ni da macam bias tapi ade aku kesah? Korang nak menghina orang, pandang serong kat orang, berkata belakang and macam2 lagila, tu hak korang sebagai manusia. Hak asasi manusiala katakan. Tapi kalau dah sama jek perangai ngan orang2 bese ni, yang x pakai tudung, yang pakai tudung bese2 jek, baik korang x payah pakai tudung labuh, buat rosak imej wanita tudung labuh jela. Sebab tula aku x pakai tudung labuh and tutup aurat sesempurna mampu sebab attitude aku masih lagi x benarkan aku pakai tudung labuh. Kalau aku pakai tudung labuh mungkin aku just akan cemarkan imej suci tuh jek. Cyusly cakap memang teringin juga nak jadi wanita muslim sejati.

Aku yang pakai tudung ni pun selalu gak kena perli2 ngan member2 yang bertudung labuh, macam2 isula dorang perli, tapi sebab member xperla, biar jela. Tu ker budaya yang korang nak tunjukkan? Kalau macam tula lama2 orang xkan respect korang dah.

Ni adalah tipikal wanita bertudung labuh yang rasa dorang lagi bagus daripada wanita lain. Kerap plak aku jumpa dengan geng2 camni.

Nila penyejuk post aku eh. Kepada wanita2 bertudung labuh, kalau terasa aku minta maaflah. Aku x kate sumer wanita bertudung labuh camtuh. Ada jek yang betul2 faham konsep pemakaian tudung labuh tuh. Bukan setakat luaran jek tapi dalaman pun dorang faham. Cuba tengok Ustazah Norbaiyah, ni contoh terbaik aku bleh bagi. Dia pakai tudung labuh kan? Dia bagi ceramah agama kan? Ada dia condemn orang? Ade dia cakap bidas-membidas orang? Ade dia hina orang? Ade dia cakap kasar ker? Takder kan? Takder. Dia nasihat baik2, cakap lembut2, bagi perumpamaan yang elok. Xder pun hina2 orang lain. Tulah imej wanita bertudung labuh yang aku respek sangat. Bukan stakat pakai je weyh tapi ko kena faham gak nape ko pakai camtuh.

Memangla berdosa x tutup aurat. Tu x dapat dinafikan tapi dosa pahala, syurga neraka, sumer Allah punye keje. Kita ni saper nak tentukan? Kalau Allah x izinkan, bernafas pun kite x mampu taw.

Janganla menilai orang sewenang2nya. Dah tentu ke kite ni masuk syurga? Dah tentu ke darjat kita lagi tinggi dari orang lain? Da tentu ker kita ni umat Nabi Muhammad? Dah tentu ke kita ni orang Islam? Sama2la kita muhasabah diri.

Aku cuma bagi pandangan dari sudut aku, dah sah2 ade kekurangan, emo, hehehe. Aku minta maaf banyak2 pada pihak2 yang terasa. Kalau korang x buat xyahla terasa, kalau korang buat, sama2la muhasabah dr ye. Yang baik tuh datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah tapi melalui aku yang hina ni.

Renung2kanlah dan selamat beramal. ^^

 Thanx to Mr Google, aku pinjam jek image ni eh. So, tuan empunya image, tq.. ^^



Tuesday, May 10, 2011

Apesal sakit perut niii?

Aduiyaaai, sakit perut pule puuunn..!

Smalam aku sakit perut and aku taw da sebab ape.. Smalam makan sambal banyak sangat, da la pedas tahap gaban tapi aku slumber jg makan.. Padanla muke, pahtu sakit perut. Tandanya, pedas tuh melampau sangat, ksian perut aku.

Aku tamaw fokus kat sume jenis sakit perut sbb sakit perut ada bnyk jenis, sakit bese2, sakit juga and sakit giler. Sakit giler tuh bese adalah simptom penyakit2 yang lebih teruk cam stomach ulcer or batu karang. Kite sentuh pasal sakit perut bese jek ye. Apa lagi sebab kita sakit perut?

Meh aku share beberapa fakta yang aku taw.

Makan campur2

Ni kita campur2 makan antara makanan laut and makanan darat dalam satu hidangan. Japgi makan udang, sotong pahtu pi bantai ayam and daging plak (Ishhh, lahapnyer.. XP). Yang ni memg kompem akan sakit perut, rata-rata orangla. Kalau x sakit perut pun, x elok untuk perut since komposisi makanan laut and darat masing2 berbeza. Yela, logikla, da habitat pun lain2. Sunnah rasulullah pun ade juga pesan yang lebih kurang camni, amek satu jek jenis protein setiap kali hidangan.


Sedap2 juga, jangan pi campur ye..

Sedapnya sambal udang! Mak, rindu masakan mak laa.. Huuu..

Angin

Dulu aku kerap jugak kena yang ni sebab makan x tentu and suka tahan lapar. Tapi Alhamdulillah skang da kurang. Bese akan rasa lapar giler tp bile makan x abeh pun. Tu adalah angin punye pasal. Kita akan rase perut kite penuh and kdg2 ase cam nak meletup (over x..hehehe). So, makan ikut time, dalam kuantiti yang berpatutan and jgn tunggu sampai perut lapar giler. Aku slalu camtu dulu and last2 angin naik ke kepala, lagi dahsyat. Skang x wat da, sbb mak aku slalu pantau aku makan ke x..hehehe. Spoilt kan aku? XP

Kalau makan banyak sangat sayur pun boleh juga jadi angin. Yang ni aku x sure sangat tapi ada part of sayur yang akan dihadam oleh perut and akan hasilkan sejenis gas. Kalau banyak makan, banyakla gasnyer. So, bersederhanalah dalam makan pun. ^^

Ketidakhadaman

Selalu jadi? Elelele, bajet budak2 la tu..XP Ni selalu jadi kat budak2 sbb dorang suker makan junk food and x kunyah makanan secukupnya. Orang besar pun boleh jek jadi ni tapi kita masing2 da besar so pandai2la kunyah makanan elok2 supaya senang siket keje perut kite nanti. Sunnah rasulullah pun ada pesan, kunyah makanan 44 kali ke 40 kali ntah, x sure tapi itula pentingnya kunyah makanan. Kdg2 bleh jugak jadi sebab allergik makanan and perut kite xleh terima makanan tuh. Cth kalau ko pi telan buku sbb stress nak exam, memg kompem ko akan kena ketidakhadaman ni ha.. XP

Ishhh, patutla sakit perut, makan tuh x padan ngn saiz badan. U shud pick something on ur own sizela lil buddy.. ^^

Emosi

Hmmm, selalu gak orang cakap ni. Besela kan, kdg2 depress, x senang duduk, stress and macam2 lagila emosi2 yang x stabil, boleh sebabkan sakit perut. Ala, lebih kurang cam 'ada mentega terbang dalam perut' (butterfly in stomach/nerbes), asela macam perut kena geletek. Kalau terlebih emo, mungkin ada naga plak dalam perut tu.. XP

Arghhh, stress2! Sume orang memperKECILkan saya..Wuuu!

Gastrik

Ni jadi kalau suker tahan lapar or makan x tentu hala. Asid dalam perut akan dirembeskan ikut keadaan2 tertentu so kalau kita ikut rutin makan yang betul and tetap, asid tuh pun akan kuar ikut time. Gastrik jadi sebab xder makan yang asid tuh boleh baham so dia baham dinding perut kite, jadila gastrik. Once da dapat gastrik memg susah so jagela perut elok2. Mak aku slalu pesan, makan, makan, makan, jgn  bagi kena gastrik.. Baik, mak!!! Menurut perintah.

Makanan kotor, tercemar, expired and seangkatan dengannya.

Bese ni ada simptom2 tambahan selain sakit perut tapi sbb aku pernah kena aku share jek. Aku pernah sekali kena diarrhea yang teruk plus muntah2 and sakit perut. Mungkin sebab makanan ada somthing kotor cam telur lalat ke ape ke, sape taw kan. Memang xleh bangun. Just make sure air yang hilang dari badan ditopup balik sebab kehilangan air dalam badan yang melampau leh sbbkan kematian. Ye, betul.

Satu lagi, kalau roti da expired walaupun xder kulat mulat, silerla buang eh. Sbb memang kite x nampak tapi mengikut pakar pembuat roti (ecewah, xder citation eh), tarikh tuh memg da bajet bile kulat yang digunakan untuk wat roti tuh mula nak membiak sendiri. Dia dah kluarkan spora (baka or telur dia) time expired date tuh so kalau makan mungkin akan makan skali dengan benda alah tu yang memg x dpt dilihat dengan mata kasar. Kalau makan juga and sakit perut..tanggungla sendiri. So, kalau nak jimat and tanak bazir, abehkanla roti2 tuh sebelum tarikh luputnya. Sekian.

Bnyk lagi tapi ni yang bese kita dengar. ^^

Monday, May 9, 2011

Ape ade pada bakat melukis?

Nila antara bakat aku, melukis.. Errr, aku ada bakat lain ker? XDER..lalalala.. Hehehe.

Ada jek orang kata bakat melukis kartun ni xder pekdah, xleh buat duit and xder masa depan. Ayah aku pun dulu x sokong sangat aku melukis. Mak aku sokong jek. Tapi yang ubah persepsi ayah aku is bila dia seronok tengok lukisan aku size 10cmX10cm keluar kat dalam satu majalah ni. Masa tu aku 17 kot and start pada tu ayah aku sokong aku melukis. Sampaila wujudnya Upin Ipin, Les Copaque's production. Ayah aku mula buka mata dengan masa depan dunia animasi, pandangan umum pun sama juga berubah. PM kita pun mula galakkan penglibatan rakyat dalam dunia animasi.

So, sape yang kata benda ni xder pekdah or wut so wever..think again.

Okeyh, apa yang bakat aku dah wat kat aku and apa yang aku wat dengan bakat aku.. Pening? Hehehe, teruskan membaca.. XP

Bestfrens

Hahaha, x pasal2 bestfrens.. Ye, aku kenal and rapat dengan 2-3 orang bestfrens aku sebab aku pandai lukis. Bese aku tampal lukisan aku kat fail yang aku bawak ke hulu ke hilir. Dari situla perkenalan bermula and startla masing2 pun slalu buli aku suh aku lukis macam2. Cam Nad, aku slalu siapkan report Sains dia dengan tolong lukiskan gambarajah2..hahaha! Paling kaki pembuli Tiala..hahaha. Tapi buli2 tula wat kitorg rapat. ^^

Junk of comics

Ni banyak komik sendiri2 jek. Nak publish belum layak lagi..huuu. Tunggu aku rajin inking komik2 aku baru aku pk plan nak publishkan. Entah, aku ase komik aku bese2 jek tapi ramai yang baca ramai yang kata best, ada style sdr. Huuu, tatawla kan. Tapi wat masa ni aku expert wat komik jiwang (banyakla yang aku da wat) and ade 1 complete comic on action and 1 incomplete on fantasy and action (memg xkan siap da sbb da lupe jalan citer..hakhakhak)..

Aku pernah sekali gatal tangan hantar komik strip (komik satu muka surat) ke Kreko and aleh2 terkeluar plak. Isu berapa entah, lama dah. Lepas da kluar sekali tuh puas dala hati aku. Just nak tengok camner rupenyer lukisan aku dalam majalah..hahaha. But kluar kat Kreko no big deal pun sbb Kreko baik hati bagi peluang kat aper2 jenis art pn untuk dorang publish.. Thanx Kreko.. ^^b


Ni komik strip yang aku baru wat sempena birthday member2 aku yang tersayang.. ^^

T-shirt designing

Ni selalu gakla orang minta tapi aku pernah layan satu permintaan jek..huuu. Tu pun sebab orang yang mintak tolong tuh antara kawan rapat. Aku ada design t-shirt untuk school and dapatla t-shirt free..jadila kan. Tp yang x bestnya, aku wat 3 design and school's community p pilih design no 3 yang paling buruk aku buat..huuu. Jadila t-shirt buruk dengan company wat t-shirt tuh menambahkan lagi keburukan design aku tuh.. hahahaha!

Pertandingan

Hmmm, setakat ni aku pernah masuk satu pertandingan jek, Bakat Baru Gempak. Aku pernah masuk 2 kali dengan 3 penyertaan. Tapi masih xder rezeqi lagi untuk menang. Aku tunggu lagi peluang untuk tahun ni, walaupun dah tua aku still lagi nak try. Aku da taw kat mane kekurangan and kelemahan aku and apa yang pertandingan tuh nak..cuma takut semangat nak menyertai tu hilang..hehehe.

Ni salah satu page komik yang aku wat untuk pertandingan tuh, 2 tahun lepas..

Illustrasi Buku

Ini pencapaian aku yang paling membanggakan setakat ni. Thanks to Kak Ara and kawan baik aku Nadiah Zakariah and pengarah e-Media Publication, En Ishak sebab bagi kepercayaan kat aku untuk hasilkan illustrasi untuk buku company dorang.

First, aku wat side illustration (aku antara 5 orang illustrator lain) untuk Ensiklopedia Sains Kanak-Kanak Islam. Then, En Ishak bagi peluang pada aku lagi sekali.. kira cam wat buku in collaboration ngan penulis and aku as the illustrator. Aku dapat kredit dan juga royalty for my arts. Tajuk buku, Kumpulan 111 Puisi Kanak-Kanak. ^^

Lepas tuh ada publishing company len suka illustrations aku and minta aku contact dorang tapi sampai skang aku x contact2.. Huuu, bukan tolak rezqi cuma mungkin x bersedia lagi nak bagi komitmen dalam bidang lain selain sains..huu. Yang dengan e-Media tuh aku wat isi masa lapang jek..tapi sedap gakla bayarannye, ada royalty lagi.. XP



Ni antara illustrasi untuk buku tu yang aku paling suker.. ^^

Cukupla tu..heeee..

Sunday, May 8, 2011

Mak, Selamat Hari Mak...!

Aku dah wish awal2 dah kat mak aku, dalam minggu lepas aku ase. Tu pun mak aku yang wish dulu kat aku..hakhakhak! Then baru aku ingat, da Mother's Day upenyer..huu.

Aku panggil mak aku 'Mak'.. (da mule emo daaa..Ishhhkk!).....

Huuu, aku sayang mak aku. Yela, sape x sayang mak ye dak? Huuu... (makin emo plaakkk!)

Huuuuuuu, sabor2, bg aku tenangkan diri dulu..

.........

......

...

Walaupun aku jarang cakap and luahkan yang aku sayang mak aku, aku tetap sayangkan mak aku and mak aku taw yang tuh. Almaklumlah, anak dia ni kan 'kasaq kedegaq', x rockla kalau cakap sayang sayang ni..huuuu.

Aku tanak mak lain dah selain mak aku. Sebak je rasa bila makin hari uban makin banyak kat kepala dia, aku nampak dia makin halus, kedut2 kat muka da makin banyak, dah x sekuat dulu, makin kerap dia sakit2 urat.. Walaupun dia makin dimamah usia, dia tetap bersemangat and buat yang sehabis baik untuk anak2 dia dan ayah aku.

Aku bersyukur aku dilahirkan sebagai anak sulong walaupun tanggungjawab agak besar tapi aku gembira sebab dapat jadi anak yang boleh mak aku harap untuk kongsi kesah hidup dia dengan aku. Da besar2 ni aku da makin pandai mengamati mak aku.. Gerak geri dia, tingkahlaku dia, perangai and sifat dia, macam2 lagila.. Dari situ aku taw, she's the best mother someone cud ever have and I'm the lucky one..Alhamdulillah..

Entah apela mak aku tngh wat kat umah.. Mesti still lagi dok 'menggedek-gedek' mesin jahit dia tu. Da mak, rehat2la sempena Hari Ibu ni.. Mak sabar sket lagi eh, nanti Ca' da mampu tanggung mak ayah sepenuhnya Ca' xkan bagi pun mak ayah keje penat2 or siket pun xyah. Wat masa ni Ca' mta maafla sbb da tua2 pun still lagi nyusahkan mak ayah.. TT^TT

Bese adik2 aku yang kecik akan buat sendiri kad hari ibu pahtu nanti ayah aku majuk sbb untuk dia selalu xder..hehehe. Kalau aku ade kat umah, aku yang akan wat sumer keje2 umah, biar mak aku rehat jek.. Kitorang xderla sambut meriah2 kat luar tapi cukupla dengan wish dari anak2 and suami tersayang. Tu dah sangat bermakna bagi mak aku..

Kalau mak aku taw aku nanges sebab teringat kat dia ni mesti dia gelak....dulu pahtu baru dia nanges sekali ngan aku..hahaha.

Well, sekali lagi Selamat Hari Ibu untuk ibuku, ROHANI BINTI ROMLI yang amat2la aku kasihi dan sayangi.. Ca' sayang mak sepenuh hati Ca'.. ^///^

P/S: Kalau aku da ada anak nanti aku nak anak aku panggil aku ibu.. Nampak mesra je dengar..hehehe.


Aku cilok je gambar ni sbb ada perkataan 'free' kat situ..hehehe!

Sunday, May 1, 2011

Day 2: To The SOUTH, OFF we go!!!

Hari ke-2 di selatan negara bermula pada pukul 830 am. Kitorang turun sarapan and then naik bas persiaran yang memang dah disediakan oleh pihak penganjur. Hmmm, aku xderla ase excited sangat macam masa nak pergi tengok Anime Festival Asia kat Singapore dulu. Plan asal adalah nak masuk Universal Studio but last minute dorang gitaw yang kalau walk in mahal so x jadi pergi. Last2 nye just decide nak pergi Zoo Singapore jek. Okeyh, xperla, aku ikut jek, x kesah pun.

Tiket masuk Zoo Singapore ditanggung beres lagi oleh pihak penganjur, about 58 SD per person kalau x silap. Kitorang adala dalam 20 orang, so times by 58 SD (almost RM 150)...errr, korang kirela sdr! Hehehe..

Nila menatang alah yang berharga 58 SD tu ha..sekeping kertas yang kalau campak merata2 pun orang x heran..heh!

Hmmm, ape yang best dalam zoo? Hahaha, ade binatangla yang kita xkan senang2 je nampak kat tepi2 jalan cam harimau, singa, gajah and macam2 lagila. Errr, best ke x? Huuu, disebabkan da selalu sangat pergi zoo, pada aku xder ape yang menarik sangat except for the landskap. Memang landskap dia ada style and konsep2 tertentu.. Oh ye, terlupa plak. Adala animal show sebuah. Tu pun sket2 jek binatangnya, yang banyak action manusiala.. Tu jela yang agak baru bagi aku.
Ni animal show tuh, tajuk Rainforest fights back!
 Kalaula leh bawak balik sekor, aku peluk tiap2 malam masa tdor! Comeyl kooooottt..! Pahtu bawak balik untuk anak2 buah and adik2 sorang sekor..hekhekhek!

Yang ni pun comeylll.. Errr, gigi taring dia jela x baper comeyl..hehe.. ^^''''''

Pukul 3 pm, selesaila kitorang menjelajah satu zoo tuh and kitorang keluar dari zoo menuju ke tempat makan. Tourist guide bawak kitorang pergi ke Kampung Melayu Geylang Serai, antara perkampungan melayu di Singapore. Makan, solat and adala sket2 cari souvinier kat situ. Memang terasa cam dok kat M'sia sbb dorang pasang lagu2 kite and suasanya pun memang perkampungan Melayu.

Masa kat luar surau tuh adala bebarapa orang budak dok libas2 cemeti sampai meletop2 bunyi cemeti tu lepas kena libas. Aku dok tengok punye tengok ingatkan ada orang main gasing, tapi xderla plak gasingnya. Tataw ape benda alah lagi masa tuh. So buat dunno jela and lepas makan kitorang jalanla ke satu kawasan ni, macam galeri sejarah camtula. Masa tula aku ternampak something yang aku x pernah tengok and tawu benda alah tuh wujud.

Ape aku nampak? Persembahan kuda kepang. Biase jek? Saper yang biase tengok, biasela. Aku x pernah tengok and aku x pernah terpikir yang persembahan kuda kepang sampai macam tu sekali. Pemain2 kuda kepang tuh semacam jek aku tengok sampai meremang bulu roma. Macam dah x sedarkan diri, macam bukan lagi diri dorang dah. Ada sorang budak pompuan kecik ni, memang totally x sedar diri dah. Dia menari2 and camner ntah bleh terjatuh tergolek tapi still lagi kaki dia dok hentak2 macam masa dia menari. Tengok kerap2 adela macam kuda dah. Pahtu dorang macam lali dengan alunan musik kuda kepang tuh..

Ada juga pemain2 yang kena libas dengan cemeti. Lepas kena libas tuh dorang cam dapat semangat baru nak menari. Tula kegunaan cemeti yang budak2 luar surau tuh dok libas2 tadi, baru aku taw. Memang kena libas betul2, bkn sorang je dok libas, 3-4 orang melibas serentak! Sampai berdarah kooot! Kalau manusia sedar and waras aku ase da menggelupor and menggeliat2 sakit kena libas tuh. Ni xder, maintain jek kena libas tuh and bleh lak sambung menari. Takut kot tengok..huuu.

Kat tepi gelanggang kuda kepang tuh ada serpihan2 kaca yang dilonggok kat situ. Ada sorang pompuan ni pergi menari2 kat atas kaca tuh, hentak2 kaki kat situ. Seriau aku tengok ngan darah2 kat kaki dia tuh. Member aku lak citer dia ada nampak sorang mamat ni pecahkan botol and bagi salah sorang pemain makan kaca tuh.. Giler ke aper? Rosak badan weyh.. Hadoila..

Okeyh, abeh da pasal tuh. Tu antara benda baru yang berkesan dalam trip aku kali tu. Tiap2 kali teringat jek memang seriaula. Dok pk bukan2 jek tapi aku ase xderla bukan2 pun. Mesti ade something yang da meresap dalam badan dorang. Oh ya, persembahan kuda kepang dah diharamkan yer di Malaysia, atas sebab2 dan alasan2 yang munasabah mengikut landasan Islam.



Lepas tuh xder ape sangat. Aku mengharapkan kitorang akan pergi ke Merlion tapi xder. Kecewa jugakla sbb tuh macam bukti kite pernah gi Spore. Sebaliknya kitorang dibawa ke Orchard Road. Cyus, sebijik macam kat area Sogo, Pertama ape sumer tuh di KL. So, nothing special. Lepas tuh balik. Abeh kat situla.