Okeyh, akhirnya aku ada masa nak hapdet aktiviti aku. 19-25 hb Feb lepas telah berlangsungnya KNCBL, Kelantan National Community Basketball League. Kalau tak silap aku, team lelaki ada dalam 16 team, dan team perempuan ada dalam 6 team. Asalnya ada 11 team tapi atas sebab dan musabab yang x dapat dielakkan, team pompuan terpaksa dikurangkan jadi 6.
Banyak benda jadi masa ni. Aku pun tataw nak citer yang mana. Tapi yang penting team aku, KB Blade Girls menang r, dapat johan. Hebat? Bese jek. Menang takde rasa apa pun, sebab lawan ngan budak sekolah. Kalau kalahla patut rasa malu sebab aku dengar teammates aku ada main untuk MASUM dan state players ada 2 orang. Kitorg dari USM ni bese2 jek, just selalu men ngan budak lelaki petang2.
Time ni memang menguji kesabaran aku r. Kena pandang rendah, orang ‘hebat’ layan kita macam tataw pape. Aku diamkan aje..bila sampai masa semua orang boleh nampak sendiri, x perlu aku citer banyak2. Last sekali, coach puji 2nd five (aku termasuk dalam 2nd five) sebab corak permainan makin meningkat sampai ke final. 1st five plak dok bagi justifikasi apesal dorang xleyh perform. Jujurla aku cakap eyh, bile digabungkan dalam team macam ni, aku tawla kat mane tahap aku. Kesimpulan aku boleh wat, kitorg memang main cam budak laki..hahaha.. XP
Ada orang cakap..
“2nd five main lagi best dari 1st five…”
“Masa 1st five main, bosan giler. Kitorang dok tunggu masa jek bila 2nd five nak masuk..”
“Weyh, apesal 2nd five on fire neyh? Giler r…”
So, korang nilai sendirila..
Aku cuma x baper nak boleh terima bila ada sorang teammate kata camni..
“Best r game kali ni cuba x mencabar..asyik2 layup, asyik2 layup..bosanla gak..”
Hmmmm, apakah motip anda berkata begitu? Sebab coach angkat ko as main player ko dah rasa ko bagus and boleh merendahkan opponent macam tuh? Come onla, cuba benti sejenak and pk seketika.. Lawan ngan budak sekolah pun terkial2, tatawla kalau jumpa team lain yang betul2 hebat. Orang kata barulah bertemu buku ngan ruas.
Memang x dinafikan, aku rasa bersyukur sebab dah ada team, boleh masuk kejohanan tapi bila jumpa dengan teammates yang selalu mengangkat diri hebat and selalu salahkan orang lain bile x perform..muak gak. Buat aku rindu teammates aku yang lama jek. Kalau realitinya memang korang hebat xperla, boleh terimala kan..huuu.
Beberapa moral yang aku dapat daripada kejohanan ni adalah…
~Orang cakap besar ni kadang takleyh pakai pun.
~Kalau kita memang hebat, even team kita kalah pun , orang tetap akan puji skills kita. Kita x payah cakap kita hebat tapi orang lain boleh nampak kalau kita betul2 hebat.
~Janganla pandang rendah kat orang lain walaupun ko hebat. Hebat sngt ker??? Tak pun..
~Kejap kita boleh ada kat atas n kejap kita boleh ada kat bawah. Hidup ni roda kan.
Okeyh, cukupla aku mengumpat. Aku x kesah pun kalau teammates aku yang len baca. It’s the facts dude..boleh terima x boleh terima terpulang. Aku x reti main basketball… Lalalalalalalala.. ~~~~
Tapi, aku secara ikhlasnya nak mengucapkan jutaan terima kasihla kepada team and coach, banyak benda yang aku belajar daripada korang. Len kali boleh ajar lagi kalau x marah ngan apa yang aku cakap kat entry ni..hahaha.. XP
Jom tengok gambar yang aku curik dari kelab..! Kehkehkehkeh..
Ni kitorang, budak2 yang x baper reti men basketball..! Kehkehkehke..!