S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, July 30, 2012

JOM JOIN GIVE AWAY EDY..!!

Hello..hello..helloo..! ~~


Salam..


Seperti yang aku dah janjikan dengan Edy Fee, aku nak tolong promotekan GA dia kat blog aku yang x seberapa ni..xperla, at least tambah sket2 lagi peserta GA Si Edy ni..mane taw kan.. Nak join, klik kat banner kat bawah ni, akan link terus ke entry GA Edy.





Meh nak story sikit pasal blog dia. Aku jumpa blog dia kat salah satu bloglist blogger lain, aku x ingat aku jumpa kat mana. First time jumpa tuh aku terus add sebab terbaca entry bergambar yang gambarnya dia lukis sendiri. Aku memang cepat nak follow blog2 macam ni. Pada aku, entry kat blog ni kelakar + ada pengajaran yang cuba disampaikan oleh bakal cekgu kita ni.


Antara entry2 dia yang aku suka adalah... *drumm rollll *
(Si Edy ni berjaya buat aku gagahkan diri browse semua entry dia yang aku masih belum bace..hahaha..! Tahniah Edy!)
    ~Tangisan Lelaki Gagah
and sempena bulan puasa ni, aku suke entry ni gak..
      ~Godaan Nafsu

Psssttt, ko suh letak 2 jek, aku nak letak satu lagik..hahaha.. Bolehla ushar entry ni gak..
      ~Emak-emakku Gangster


Hmmm, ape lagi ye citer/idea menarik untuk aku cadangkan kat Edy untuk blog dia..? Aishhh, Edy, ko pkla sendiri..! Hahaha, acah2... Hmm, dalam kepala otak aku skang ada idea ni. Apa kata ko try wat citer pasal camner ko nak dapatkan idea untuk lukis sesuatu yang kelakar untuk entry ko? Or apa yang inspire ko untuk melukis benda2 kelakar..Hehehe..


Okeyh, aku dah join pun.. Korang tunggu ape lg?? Jom support Edy!!! ^^v


Chawwww..!!! ^^


Selamat Berbukeee!!! Hoih2, magrib nantila, bukan skang!

Thursday, July 26, 2012

The confession : Page 21-25

______________________________________________________________________





____________________________________________________________________


Testing kualiti

Salam Ramadhan semua..! ^^


Aku nak tanya sikit ni, korang boleh baca x page komik yang aku tauk ni?
Kalau boleh bace aku nak tauk page2 yang lain juga. 


Alamklumlah, aku x scan page ni, aku guna teknik yg sngt kuno..aku pn tataw nak namakan teknik ni teknik ape. BTW, sila komen ye. 


Kalau rasa sakit mata gitawla, aku x upload yang lain2. Kena pi cari scanner gakla kalau dah korang x dapat baca. TT^TT


Ni sambungan komik 'The Confession'
Yang tanak baca xyah baca,
aku nak upload untuk kawan2 aku yang nak baca.
Katala aku syok sendiri ke ape ke,
aku x kesah.. XP

Thursday, July 19, 2012

Aku sudah pulang..bersama2 kekecewaan.. TT^TT

Salam and hye2 korang.. ^^


Yep, aku dah balik..lebih awal dari yang digembar-gemburkan.. (_ _)'''''


Banyak pengalaman aku dapat sepanjang aku pi MASUM, konon2nya.


Hmmm, serba salah jugak nak citer sebenarnya tapi untuk mengelakkan member2 tertanya2, mehla aku citer serba sedikit tentang MASUM.


Sebenarnya, aku ni jadi player import untuk satu U nih, U member aku, aku namakan U ni U Ex..huhu. Semuanya okey sampaila hari pendaftaran player.. Tiba2 jadi isu. Kantoi dengan coach USM, macam mane kantoi x payahla aku sebok2 nak citer kat sini.


Coach USM x puas hati..btw, aku student USM. Dia nak report kalau ada player2 USM nak main untuk U Ex and akan menyebabkan team U Ex disqualified dari MASUM. Jadi, makanya, oleh yang demikian, aku pun dengan kecewanya mengundurkanlah diri daripada menjadi player import.


Tapi coaches U Ex minta tolong aku and another 2 girsl (budak2 ni pun budak USM, so nasib dorang same ngan aku), yang jugak import untuk tolong team U Ex trening. So, kitorang ikut centralized training U Ex, join budak2 basketball U Ex.


Walaupun kecewa x dapat main, member punya pasal, kitorang join intencive training U Ex. Cyusly, training ngan dorang rasa dihargai. Coaches dorang pun acknowledge skill kitorang and asyik kalut nak tarik kitorang masuk U Ex lepas abeh belajar kat USM. Temptingla gak tapi aku still ada setahun lagi ngan USM. And I think I'll just have to pass since U Ex ni kat Johor sane.. Jaoooo woooo dari umah aku skang..! 


Lebih mengecewakan bila team U Ex kalah masa grouping, kalah tipis. Dorang da kalah 1st game n dorang mengharap untuk menang 2nd gamela so boleh pi quarter final. Cyusly, aku rasa dorang boleh menang tapi nak buat macam mana, nasib kurang baik, dorang kalah 1 point ngan opponent. Aku secara jujurnya terasala jugak kekecewaan tuh. Rasa kecewa yang amat sebab x mampu buat apa2, just duduk luar dan terpaksa tengok member2 kalah. Rasa kecewa sebab aku rasa dorang boleh buat lebih baik dari tuh.


Lebih kecewa bila lepas abeh game, ada sorang member cakap camni..


"Kan best kalau korang boleh main sekali.."


Tipula kalau aku cakap aku langsung xder rasa bonding as teammates even aku just player import pada asalnya tapi semua benda yang aku lalui ngan player2 tuh selama aku ikut dorang training tuh, ada nilainya kat situ. Memang cyus, kecewa gile.


Most people akan tanya, kenapa aku tanak main untuk USM? *senyum senget, gelak sinis* Training or selection MASUM pun induk x pernah panggil, mungkin sebab kampus aku kat belah Kelantan sana, susah jugak nak follow training. Satu lagi, ingat player melayu macam aku ni ada peluang ker since player USM semua cina, coach pun cina. Aku dah give up on USM team lama dah. Mungkin aku x cukup hebat untuk team USM..haha. 


Well, aku cuma nak main game jek..itu jek. Aku x pedulik sangat menang atau kalah asalkan dapat kepuasan main game, official game. Nak jugak tengok sejauh mana kemampuan sendiri tapi xdak peluang. Lepas ni cuma mengaharap untuk KNCBL (Kelantan National Community Basketball League) jela. Itu pun xkan rasa puas walaupun menang kalau opponent semua budak2 muda, budak2 sekolah. Nak all out pun rasa x sampai hati tapi sebab hormat dorang as lawan, kenala main betul2 kan walaupun ramai orang cakap kitorang buli budak untuk KNCBL season lepas. (_ _)'''''''


Silapnya satu jek, aku pompuan and aku pilih untuk main basketball even lepas abeh sekolah. In fact, aku start main masa 1st year degree, dah agak lambat. Kalau lelaki x dak masalah, melambak game and kejohanan untuk dorang, nak tanak jek. Nilah nasib woman basketball player.


Sekian bebelan aku, terima kasih.


Sejujur2nya,
-Lee-kun-
(Aku yang kecewa)

Friday, July 6, 2012

OFFICIAL HIATUS..

Salam..

I just wanna let u guys know that I'll be in hiatus starting from tonight, the night of 6th July till 23rd July..^^

I'm going for MASUM..yeah, for basketball, wut else?? XP

Wish me LUCK guys and...dun missed me to much..! XP

Jyaaaa...! *wave*

Thursday, July 5, 2012

Komik Strip : Orang Menyamar Ramai Ramai


Aku memang xleyh dok diam tanpa melukis ape2..! 
Rasa nak mati..!
Sooo, amekla komik strip yang gegeh aku buat guna touchpad..! TT^TT

Wednesday, July 4, 2012

Bebelan perasaan.. XP

Salam..and hye2..!

Aku happy sebab aku dah hilang perasaan kat mamat tuh..like totally.. ^^

Skang aku baru teringat, aku pernah kata dalam post lepas yang aku takkan cakap lagi dah pasal mamat ni..hehehe.

Tp nak cakap sikit jek..kompem ni for the last time. Aku pun tataw sejak bila hilangnya perasaan ni..tapi aku tau yang ianya memang dah hilang..bila..

    ~aku dah x sebut pasal dia
    ~aku dah x pikir pasal dia..
    ~aku dah x buka page fb dia..
    ~aku dah x amek heran sama ada dia online atau x..
    ~aku dah x simpan no henpon dia..
    ~aku dah x amek peduli pasal dia ngan budak perempuan tuh..
    ~aku x amek kesah kitorg kawan lagi ke x..
    ~aku dah x rasa dia berharga sebagai kawan aku..

Somehow dia cumalah orang yang aku pernah kenal..tu jek. Ye, benda yang kitorg pernah lalui tu memang betul2 jadi aku tak nafikan..kalau x xkanla aku boleh suka dia.. Aku pernah hargainya tapi sekarang x lagi. Aku pernah happy pasal semua2 yang jadik tuh tp skang x lagi. Somehow aku rasa semua tuh tipu..haha.. XP

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..^^

Ape yang dah lepas, lepasla..post2 pasal dia tuh sumer ignore jela..apa yang aku pernah cerita pasal dia kat orang2 lain, kat member2 tuh pun dah boleh abaikan dah.. Tu semua kesah dolu2, zaman tok kaduk punye..hehe.

Ada orang lain yang boleh buat aku happy..walaupun sekadar kawan..cukuplah tu. Aku tanak lukakan hati orang dan aku harap hati aku tak terluka dah.

PERGHHHHHH, ayat sumer jiwang2!!! hahahaha..

Okeyla, tima kasih..sbb bace sampai abeh..kalau abehla..kalau x abeh korang xkan sampai part ni so kira korang xdela dapat ucapan tima kasih aku..hahaha, melalut!

Satu lagi, aku mungkin..akan diam sekejap daripada berblogging since in the coming two weeks aku akan busy. Aku plan nak buat satu lagi komik pasal kanak2 tapi aku terlupa nak bawak mouse ke mari so once again I'm mousless..! Haha..

BTW, ONE OK ROCK WORLD TOUR sangat OHSEEEEMMMMM!!! Aku akan citer di lain post..!!!!

Tu jela aku nak cakap..Bye2! *lambai2*