____________________________________________________________________
I wish I could really do that.. ^^
Aku bukanla seorang yang amek peduli sangat. Sape nak isap rokok, itu hak dorangla, hak asasi manusia..KATANYA..dalam bahasa kasar aku, tu dorang punya pasalla..aku x pedulik sikit pun.
Tapi silala hormat orang lain yang x isap rokok..especially ketika berada di public. Contoh paling senang and simple yang peng'asap'2 ni akan buat adalah isap rokok time orang nak makan. Yelah, lepas makan terus isap rokok merupakan satu nikmat...KATANYA lagi..
Dorang nak mati cepat, itu hak dorang tapi sila jangan ajak aku untuk teman dorang mati cepat sama2. Sesungguhnya, amalan aku masih belum cukup, harap maklum. Dorang patut tahu asap kapal yang keluar dari mulut dorang tu memberikan kesan yang lebih kepada orang2 di sekeliling. Atau mungkin dah tau tapi kepala terhantuk kat mane2 so dorang lupe. Maafkanla dorang..marila kita sama2 ingat-mengingatkan.
Kadang akan terdengar..
"Alah, aku isap rokok lama dah tapi kawan aku yang x isap rokok yang dapat cancer.."
Pertama2nya, itu ketentuan Allah, qada' dan qadar. Keduanya, dorang isap rokok tuh bertapis tapi orang di sekeliling dorang tidak. Jadi, kasihanilah orang lain dan aku..hehe.
Sekurang2nya kalau nak isap rokok, carila tempat yang bukan public. Kalau nak isap kat public pahtu hembus2 kat muka orang, tolong sediakan topeng gas untuk kitorang yang bakal korang jadikan sasaran bidikan asap rokok korang tuh..ye..? ^^
P/S : Ayah aku isap rokok jugak..haish, berbuih dah mulut..kalau orang lain aku lantakkan aje..dah ayah sendiri tuh aku bebelkanla jugak wlpn aku x suka bebel.
P/S yang kedua : Post ni takde kena mengena ngan sape pun. Just a gentle reminder untuk semua. ^^V