S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Thursday, February 28, 2013

Jom bersenam..! ^^


Nampak tak gambar kat atas ni? Tak nampak? Hmmm, nasibla..hehe.

Siapa nak abdomen dia ada 6 packs..??! Angkat hidung..! Ye, aku tau, mesti ramai yang nakkan badan ketak2 macam udang lipan, kan? kan? Especially lelaki. Perempuan pun ramai juga yang nak, paling tak pun nakkak perut yang flat tanpa tayar2 spare..hehe.

So, aku nak share 2 teknik senaman yang korang boleh buat untuk dapatkan badan berketak2.

Pertama2nya, Plank Ab Exercise.


Nampak position atas ni. Cuba kekal dalam posisi macam tu, luruskan badan selari dengan lantai, selama 45 saat, untuk orang yang baru nak berjinak2 dengan senaman2 ni. Kalau tak larat, mulala dengan 30 saat jek dulu pun takpe, takde orang nak marah. Hehehe.. Kalau dah selalu buat, perlahan2 panjangkan masa korang stay dalam posisi plank camni. Aku buat selang 2 pagi, sebanyak 5 set selama 45 saat. Aku pun baru2 jek berjinak2. Hehe..

Kata orang, kalau kita rajin buat PLANK ni, lagi cepat dapat perut yang cantik.

Kedua2nya, Sit-Up


Baring dengan bengkokkan kaki, kemudian bangun dari posisi tuh perlahan2 menggunakan otot perut. Buatla beberapa kali yang korang mampu. Tapi, ada sesetengah pakar kata, buat sit-up selalu tak berapa baik untuk kesihatan tulang belakang kita. So, better buat plank jek.

Dua tu jela aku nak kongsi sebab tu jek yang aku buat pagi2. Dan jangan lupa menggeliat dulu/stretching dulu sebelum buat apa2 exercise. Korang taknak muscle korang tergeliat, kang lain plak jadiknya. Perut cantik takde, badan plak senget2..haaa, aku tak bertanggungjawab.

Banyak lagi aspek2 lain yang kita boleh pertimbangkan selain daripada senaman untuk dapatkan perut yang cantik lagi menawan...cheywahhh...! Contohnya, jaga makan. Kalau taknak boncit, jangan makan terlalu banyak pada satu2 masa.

Okay, cukupla aku mengarut. Peace..! ^^

Monday, February 18, 2013

Re: Citarasa Perempuan

Baca post ni kalau rajin..hehehe..XP --------> Terfaktab:Citarasa Perempuan

Aku nak respond sikit jek dengan post kat atas ni.

Biar aku jelaskan something dulu sebelum aku mulakan apa2 bicara..ceywah..! Aku perempuan, genetically, ada gene XX.

Hmmmm, personally aku pun x setuju. Bukan semua perempuan suka lelaki jambu. Salah seorangnya aku. Ye, sebab tu aku bagitau terlebih dulu yang aku sorang pompuan..kehkehkeh.

Aku x minat K-pop2 ni. Aku minat J-rock, itu pun sebab suara dan kredibiliti diorang as a rock band. Wait, I don't even know who Zayn Malik is dan aku malas nak google or amek tau, sekian.

Citarasa aku?

Hmmmm, aku suka lelaki tinggi, be it kurus or berisi. Aku lebih suka lelaki berkulit gelap, x payahla cerah2 sangat or muka jambu. Nanti kang orang confused plak, mana satu pompuan mana satu lelaki. Almaklumlah, aku ni bermuka handsome ganas dan banyak2 parut2 jerawat bergaduh dengan samseng2 kuman jerawat jalanan je.

Pada aku lelaki2 jambu ni lelaki yang jenis jaga penampilan, mesti jenis cerewet punya, jenis yang x tahan kena panas, jenis yang x tahan lasak, x tahan maki..eyh? Tu impression jekla, mungkin dorang x macam tuh, aku taktau. Tapi aku taknak lelaki yang nampak lebih lembik dari aku..nanti kang anak aku lahir, dia pun confused, sape mak, sape ayah..XP

Lastly, benda2 camni subjektif. Bagi sesetengah orang, Andy Lau lebih diminati dan digilai berbanding Lois Koo. Bagi aku plak, aku lagi suka Donnie Yen. Ye, dia tua..dan x ensem..tapi aku nak suka dia, aku punya sukela..! Huh! XP

Bukan semua orang sama. Kalau ada orang suka mamat jambu, akan ada orang yang suka mamat durian. Kalau ada orang yang suka perempuan hot, akan ada orang yang suka perempuan yang cold and cool macam aku..kan2? Entahla, aku taktau, aku merapu jek..hahaha.

Psssssttt..doodle takde. Aku dah lukis tapi half way jadik malas.. XP

Wednesday, February 13, 2013

Aku yang mamai..! (_ _)''''''

Hai2..^^
Korang ushar gambar atas ni betul2 eyh..hahaha.

Aku nak cerita sikit jek. Petang tadi, supervisor aku mintak aku taipkan surat untuk dia. So, aku pun taipla. Masa tu dah 4.45 ptg. Aku nak balik awal sebenarnya, nak rehat..katenye..XP

Dah setel taip aku pun nak send melalui e-mail kat dia. E-mail first, dengan konfidennya aku send.. Dah sent, semak2 balik baru tersedar aku send tanpa taip tajuk e-mail.! Abehla, mesti supervisor aku ingat spam plak.

Takpela, aku taip e-mail yang kedua, dengan sedikit pembetulan, tambah tajuk. Aku pun tekanla send..! Tup2, baru perasan yang aku tak attach surat yang aku dah taip tuh plak..! Haduihlaaa..! Mamai betull..!!

E-mail ketiga baru betul2 dapat sent dengan jayanya. ada tajuk dan ada surat dah attached. Ape daaaaa..

Ni kes semalam punya pasalla ni..aku tak dapat rehat dan tidor yang cukup menyebabkan aku mamai sepanjang hari. Naseb baik petang hujan, takdela kena training basketball. Kalau tak, tak taula apa lagi yang aku buat. Haishhh..

Sunday, February 3, 2013

Task Completed.

Baru2 ni aku dapat seorang client yang nak tempah doodle untuk sticker.
Dia buat bisnes kek dan baru jek tadi aku dak sendkan doodle yang dia nak.

Nilah doodlenya..! ^^

Alhamdulillah, dia kata dia berpuas hati. ^^

Task completed.

Yeayyyy, mari melukis2 mamat ensemmmm dengan banyaknya..!!! 
/sila jangan layan aku, TQ/