S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Saturday, June 21, 2014

Jom pilih tembikai yang best..! ^^v





_______________________________________

Eheeee..

Aku tak berapa pandai pilih tembikai. Hari tuh nak pergi picnic, aku pilihla (bukan pilih pun tapi aku main ambik jek sebab nak cepat) sebiji tembikai ni tapi tak manis dan tak merah pun..huhu.

Nak share sikit tips-tips nak pilih tembikai..
   ~ pilih yang berat walaupun saiznya kecil berbanding yang lain.
   ~ pilih yang kulitnya nampak berkilat, tandanya dah matang
   ~ pilih yang kalernya pekat, lagi manis
   ~ pilih yang line2nya rapat2, lagi manis
   ~ pilih yang tangkainya berlingkar, manis lagila gamaknya
   ~ pilih yang kalau kita jentik2 ngan jari tuh mengeluarkan
      bunyi macam bekas yang kosong..taktau sebab apa..ehe..XP

Hmmmm, tu jela yang aku tau. Kalau salah betulkanla ye.. ^^ Tapi walaupun dah tau, tetap tak reti pilih..hoho..!

Thursday, June 19, 2014

Sometimes, it's annoying.. XP



Beberapa minggu yang lepas, aku ada hadiri seminar pasal Basic Genetics, selama 2 hari. Ada berbelas-belas speaker dan inilah hasilnya yang aku dapat, bukan nak cakap pasal ilmu apa yang aku dapat. LOL.

Ada sesetengah orang kalau bercakap, akan ada ayat-ayat yang seolah2 perlu untuk melengkapkan percakapan dorang, contohnya macam kat atas nila. Ayat-ayat macam "You know....alaaa, gitu gitu..bla..bla, you know", "What we call....aaaa, gini gini, gitu gitu...what we call..".. Kadang2 bila dengar sekali dua tuh takde rasa apa pun tapi kalau dah berulang-ulang , naik muak jugak, tak gitu..?

Ada jugak yang jenis cakap omputih, nak slang, kunun2 lidah britishla. Cakap macam biasa tak boleh ke? Masalahnya, aku yang tak cakap slang ni pun boleh detect kesalahan2 grammar yang lebih patut dititkberatkan daripada slang tuh.. Kalau omputih dengar, gelak kot..XP

Kadang-kadang, terasa jengkel dek benda-benda remeh temeh ni. Mungkin time tuh, mood tak baik kot..Ekekeke..

Psssstttt, cam biasa, panel ada 4 tapi aku jadik malas n dah bertangguh beberapa minggu dah so aku tekad nak update dengan apa yang ada. Haaaahh? Annoying jugak dengan sikap malas aku? Hehehe, ampunkanla diriku yang malas ini.. *larik laju2 tak cukup tanah*

Friday, May 23, 2014

Mee Segera

Orang kata, kalau nak berjimat, boleh makan mee segera. Murah pun murah, cepat pun cepat. Tapi kurang khasiatla.


Itu kalau mee segera yang selalu kita buat time sekolah asrama penuh and undergrad dulu. Sekadar buat air panas, tuang ke dalam bekas, tutup 2-3 minit, tunggu dia kembang dah boleh makan.

Tapi sekarang mee segera yang aku selalu masak dah tak berapa nak jimat sangat dah. Sebabnya, mee segera aku tak berapa nak segera sangat. Aku suka letak macam-macam. Almaklumlah, kat rumah sewa ni ada dapur gas lengkap periuk belanga semua so bolehla buat macam-macam.


Saturday, May 17, 2014

Dramaaaaaaa....! *suara opera*

Aku tak boleh tengok drama kat tv sangat, aku jadi suka membebel. First, kalau dah heroin tuh baik sangat. Orang buat apa oun redhakan aje pahtu air mata tu memang tak lekangla dari kelopak mata tuh. LEMBIK SANGAT. Hello, Allah takkan ubah nasib seseorang tuh kalau dia sendiri tak berusaha. Baik macam malaikat takde masalah tapi jangan bodoh macam keldai. Nangis je memanjang. Ahmad Albab ke, nangis siang malam ni? Tukar jela nama jadi Ahmad Albab, kot-kotla boleh berhenti nanges kan..?


Second, kalau dah scene mengandung tuh, memanjang pegang perut. Aku tengok drama tuh kelmarin dulu ke, hari Sabtu ke, Ahad ke, public holiday, dok pegang perut situlah. Tak lari de anak dalam perut tuh. Ramai je aku jumpa orang mengandung kat luar ni ha..takde plak 24 jam tangan kat perut, jalan macam gorilla. Overla. Study well ok, actresses.


Third, kalau drama romantik-romantik ni, semua lelaki dalam tuh nak suka kat watak heroin. Suka bermati-matian pulak tuh. Apesal, dah takde perempuan lain ke kat dunia ni?


Forth, aku paling tak tahan kesungguhan watak jahat nak memisahkan hubungan hero and heroin. Weh, ko takde kerja lain ke nak buat? Ko tak payah makan, tak payah tidur? Memang matlamat hidup ko nak hancurkan hubungan dorang ke sejak dari ko lahir..? Lagi baik ko pikir macam mana nak jadi kaya ke nak jadi cantik ke atau macam mana nak berbakti kepada masyarakat.


Pfffft, apa-apa pun, benda-benda nila yang orang suka tengok dalam drama kan..? Kalau takde, takla kita panggil drama kan?

Sekian drama aku, adios.. ^^

Saturday, May 10, 2014

Macam-macam Salesman *sigh*





===============================================

Like seriously, this thing happened to me and I didn't bluff even one bit.

Friday, May 9, 2014

Aku busy..Ye, aku sorang jek dalam dunia ni yang busy.






LOL..sarcastic dan spastic tak tajuk entry aku? E-eyh? A-aku saper? *sob..sob..sob* Tak kenal dah sebab aku dah lama tak update blog..? *nangis laju-laju* Aku LEE, ingat lagi?

Ye, macam tula keadaan aku sekarang ni, sejak bulan 12 tahun lepas. Hari-hari celik mata, fikir nak masuk lab dulu, benda lain semua datang kemudian. Aku bukan nak kata aku seorang je dalam dunia ni yang busy, orang lain goyang-goyang kaki je tak buat apa. Masing-masing ada keje masing-masing, tak perlu nak persoalkan.

Cuma nak war-warkan di sini, aku bakal habis labwork dalam masa beberapa hari lagi dan lepas tu fokus pada writing thesis and then submission. Lepas tu viva, lepas tu KONVOOOOOOOOOO..!!! Insya-Allah. Lepas tu cari kerja, dapat gaji banyak-banyak, makan sedap-sedap. Plan lepas tu belakang citer..! Eheee..

BTW, ada orang rindu aku tak..? Aaaa, rasa nak sepak muka aku? Jangan r.. TT^TT

BTW, aku dah ada tablet, adik aku bagi..hehe. Sebab tu boleh update ni sebab lukis guna tablet laju sikit.

BTW, aku chow dulula..nak pergi pasar malam..hehe.

Friday, January 10, 2014

Rambutku dan beranganku..

Ye, aku memang suka sangat berangan..bukan setakat suka malah KUAT berangan. Dan tak lupa juga seorang pemalas. Sebenarnya entri ni ada 4 panle tapi panel satu tuh aku jadi malas nak buat. Apa aku buat sebaliknya? Yeeee, aku berangan. Tak payah bagitau pun semua orang tau dah...(perasan feymes)

Rambut aku boleh diolah ke pelbagai style mengikut waktu dan keadaan.


Ye, rambut memang akan jadi tegak lepas bangun tidur kalau malam sebelum tuh kita basahkan rambut. Benda ni cuma jadi kat aku kalau aku cuci muka sebelum tidur so secara tak langsung rambut akan basah sikit dan again, sangat MALAS nak tunggu kering, aku pun terus tidur. Bangun2 jadik Wolverine. Apa lagi, melompat2la atas katil konon2 sedang melibas musuh menggunakan kuku Adamantium Wolverine..!

Satu lagi, tiap2 kali lepas mandi. Aku akan keringkan rambut menggunakan 10,000 kuasa kuda dan lap2 sampai kering tanpa setitik air pun yang tinggal. Dan sudah semestinya rambut akan jadi kusut masai, terasa macam Taka vokalis OOR.


Paling aku suka bila lepas mandi and dah sikat comey2 and sepit rambut tuh..!



Okeyh, dahla..selain MALAS dan BERANGAN, aku sangat suka MERAPU. Maceyh..!

Chauw, adiosss..!!!