S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Saturday, June 21, 2014

Jom pilih tembikai yang best..! ^^v





_______________________________________

Eheeee..

Aku tak berapa pandai pilih tembikai. Hari tuh nak pergi picnic, aku pilihla (bukan pilih pun tapi aku main ambik jek sebab nak cepat) sebiji tembikai ni tapi tak manis dan tak merah pun..huhu.

Nak share sikit tips-tips nak pilih tembikai..
   ~ pilih yang berat walaupun saiznya kecil berbanding yang lain.
   ~ pilih yang kulitnya nampak berkilat, tandanya dah matang
   ~ pilih yang kalernya pekat, lagi manis
   ~ pilih yang line2nya rapat2, lagi manis
   ~ pilih yang tangkainya berlingkar, manis lagila gamaknya
   ~ pilih yang kalau kita jentik2 ngan jari tuh mengeluarkan
      bunyi macam bekas yang kosong..taktau sebab apa..ehe..XP

Hmmmm, tu jela yang aku tau. Kalau salah betulkanla ye.. ^^ Tapi walaupun dah tau, tetap tak reti pilih..hoho..!

Thursday, June 19, 2014

Sometimes, it's annoying.. XP



Beberapa minggu yang lepas, aku ada hadiri seminar pasal Basic Genetics, selama 2 hari. Ada berbelas-belas speaker dan inilah hasilnya yang aku dapat, bukan nak cakap pasal ilmu apa yang aku dapat. LOL.

Ada sesetengah orang kalau bercakap, akan ada ayat-ayat yang seolah2 perlu untuk melengkapkan percakapan dorang, contohnya macam kat atas nila. Ayat-ayat macam "You know....alaaa, gitu gitu..bla..bla, you know", "What we call....aaaa, gini gini, gitu gitu...what we call..".. Kadang2 bila dengar sekali dua tuh takde rasa apa pun tapi kalau dah berulang-ulang , naik muak jugak, tak gitu..?

Ada jugak yang jenis cakap omputih, nak slang, kunun2 lidah britishla. Cakap macam biasa tak boleh ke? Masalahnya, aku yang tak cakap slang ni pun boleh detect kesalahan2 grammar yang lebih patut dititkberatkan daripada slang tuh.. Kalau omputih dengar, gelak kot..XP

Kadang-kadang, terasa jengkel dek benda-benda remeh temeh ni. Mungkin time tuh, mood tak baik kot..Ekekeke..

Psssstttt, cam biasa, panel ada 4 tapi aku jadik malas n dah bertangguh beberapa minggu dah so aku tekad nak update dengan apa yang ada. Haaaahh? Annoying jugak dengan sikap malas aku? Hehehe, ampunkanla diriku yang malas ini.. *larik laju2 tak cukup tanah*