* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Yoooooo..
Bino, anak kucing albino. Aku agak pasti ini adalah sejenis true albinism berdasarkan pada spektrum matanya yang kengkadang merah, biru dan pink bergantung pada refleksi cahaya. Bulu yang semua putih menguatkan lagi spekulasi aku.
Baru je berusia sebulan beberapa hari. Lahirnya berdua tapi sekarang tinggal seekor ja. Tu yang makin bulat tuh. Dahla putih, bulat plak, tu yang nampak macam kulat sekali pandang bila kena dengan anglenya.. XP
Seperti mana dalam manusia, albinism ni bawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Kucing albino selalunya ada masalah pendengaran dan penglihatan. Tapi ikut kajian, gen yang memberi warna bulu dan mata dan gene pendengaran adalah berbeza sama sekali. Jadi tak dapat dipastikan sama ada Bino akan jadi pekak atau ada masalah penglihatan atau tak. Kalau boleh aku taknakla Bino ada kekurangan2 tuh sebab kekurangan ni akan buatkan Bino senang ditimpa bahaya.
Macam manusia albino, kucing albino pun mudah dapat cancer kalau terdedah pada matahari lama sangat sebab dalam albinism, pigmen2 warna yang melindungi kita daripada kesan pancaran matahari tuh takde. Mungkin aku boleh kurung Bino dalam rumah so that kebarangkalian untuk dia dapat cancer kurang.
*mengeluh.* Aku nak Bino sihat..