S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Wednesday, August 17, 2016

Superpowah..! Tagged!




Aku kena tagged by Zyra..



First of all, this is totally out of this world..



Kalau aku diberi pilihan untuk ada superpowah, aku memilih 3 superpower ni iaitu:



1. SUPERSPEED


 Well, sebelum mendapat kesedaran daripada Si Zyra, our mind controller (macam remote control plak bunyinya..aku dah  betulkan..haha..sorry Zyroxx..), aku cumalah meta-human (anggap jela aku dah dapat superpower tuh) yang cuma pikir pasal diri sendiri jek, macam Hancock.



Aku nak guna super speed aku tu untuk melancong dan buat banyak kerja dalam masa yang singkat. Bolehla aku melukis dengan cepat, buat banyak part time so aku boleh dapat banyak duit, balik kampung tiap-tiap hari.. Hoho, basically, superspeed ni aku nak untuk kesenangan sendiri. Tak pernah pun aku terpikir untuk selamatkan orang atau dunia.. Haha.. (macam interview dengan superhero dah..)



And mana tau, aku boleh compete dalam Olympics, lari sebelah Usain Bolt macam takde hal. Alaaa, aku pandai-pandaila adjust larian aku, bagi jadi cepat sikit jek daripada Usain Bolt.. UvU



Ok, itu sebelum mendapat kesedaran. Of coursela, selepas mendapat kesedaran, aku akan gunakan superspeed aku tu untuk kebaikan.. (cliche!)



Can you guys name at least 3 superheroes with superspeed?



2. WINGS + 3. SUPER HUMAN VISION





Aku suka terbang2 ni.. Again, aku nak superpower ni untuk kepentingan sendiri. Aku nak terbang dan rasa bebas di udara. Hohoho..



Dan dengan adanya wings, aku nak ada super human vision jugak so kalau aku diperlukan dalam battle, aku boleh jadi flying archer.. LOL.. Nama tak best langsung.. Nantila aku pikirkan nama yang lagi sedap, tu pun kalau Nick Fury personally request aku join Avengers or Batman datang cari aku untuk Justice League.. 



Aku boleh jadi pakar pertempuran jarak jauh dengan skill aku sebagai archer dan dengan bantuan super human vision, panahan aku takkan tersasar. 



Tapi, kalau aku ada wings ni, macam mana nak hidup kunun-kunun macam manusia normal..? Mana nak sorok wings tu? Hmmmmmm.. Pedulik apa, Hawkgirl chill jek bawak sayap ke hulu ke hilir.. XP




Fuhhhh, seronok betul berangan..!



Ok, adiosss..!



Owh... aku lupa.. Aku nak tag Amna Shark..!! Korang yang lain-lain yang nak buat pun amatlah dialu-alukan..! Jangan lupa tauk link di sini, I'll check it out..! UvU/



Friday, August 5, 2016

Projek Freelance: GIF




Yooooo..



Kepada sesiapa yang bertanya dan berminat nak tahu, projek freelance aku berjalan dengan agak slow. Aku dah siap illustrate semua 21 keping untuk buku pertama. Dan 12 keping ada pembetulan. Daripada semua pembetulan, 6 dah setel. So, secara rumusan, cuma tinggal 6 ketul sebelum boleh start buku kedua.. Haaahhh..



Alright, aku nak share satu jek, dalam bentuk gif. Bolehla tengok process bit by bit macam mana aku siapkan illustration tanpa outline. 



Aku share yang ni sebab aku suka hasilnya.. So, wallah..! Patutnya ada lagu, How To Train Your Dragon 2 OST tapi entah hilang ke mana entah.. Bayangkan jela korang dok dengar lagu OST tu sambil tengok gif nih.. XP






Adioussss..!!!



Rajin plak aku update blog dua tiga menjak ni.. *pat2*