As the title implies, aku nak cakap pasal kereta..
Aku pakai kereta since 2011.. Viva, basic specs, 850, on the road since 13 July 2011. Aku namakan dia Shiro, aku sayang dia..hehe.. Down payment, ayah aku bayar sebab dia yang excited nak beli..haha..and the first few months masih lagi ayah aku bayar bulanan. Masuk 2012, aku bayar sendiri sepenuhnya, dari bulanan, service dan road tax + insurans sampaila ke perfume. Biarla orang cakap viva jek pun, tapi at least aku tanggung Shiro sendiri sepenuhnya. Yeah, I'm proud of it.
Setakat hari ni, Shiro dah hampir 5 tahun 3 bulan. Masih lagi gagah.. Kalau nak dibandingkan dengan umur manusia, Dia muda sikitla dari aku. Aku secara jujur tak pernah terfikir nak beli kereta baru. Kalau Shiro dah tak mampu lagi nak berbakti, baru aku akan consider option tu.
Tapi kadang-kadang, hidup kita bukan pasal kita jek. Seperti yang aku kata, aku ni family guy. Semenjak dua menjak ni, perbualan pasal kereta kerap berlaku dalam family dan juga diri aku sendiri. Aku rasa sebab kereta ayah aku dah mula menunjukkan simptom2 ketuaan. Baru-baru ni kereta tu mati tengah jalan di highway dekat exit Gurun, lepas balik dari KL, melawat pakcik aku yang sakit. Padahal, ayah aku baru jek hantar service. So, aku terdetik nak beli kereta untuk family.
Aku cakapla dengan ayah aku, kalau nak setakat Bezza, Persona baru or Alza, aku mampu jek nak bayar bulan-bulan sekali dengan Shiro tapi being the dad he always is, he told my sister to tell me to aim higher. Nampaknya macam ayah aku nak aku pakai kereta IMPORT baru dan bagi dia pakai Shiro. I'm a practical person, not forget to mention stingy..! Haha. Bukan tak boleh nak pakai kereta up sikit macam Jazz (yang dulu menjadi idaman aku) or Fiesta tapi road tax perggggghhh.. I'm not willing to spend much on that..plus service, plus minyak apa semua..Plus, sesak sikitla kalau nak bayar bersama-sama dengan Shiro yang masih ada 4 tahun lagi tuh. Plus, kereta semua sama saja, sangkut dalam jam jugak..traffic light merah kena berhenti jugak..toll kena bayar jugak, minyak kena isi jugak.. *sigh.*
Hmmmmm, biarla dulu aku fokus kasih sayang aku kat Shiro. Tapi aku tetap ada kereta impian aku. Hehehe.. My heart would skip a bit if I see this badass on the road..! Mitsubishi ASX..!
Sumber: http://www.privatefleet.com.au/
Via: google image
Mampu jugak nak pakai sebenarnya tapiiiiiiiiiiiiii, aku akan kehilangan keistimewaan yang lainla, macam duit simpan (penting ye), duit jalan (penting juga ye), duit untuk dibuang sesuka hati (wayang bla bla bla), duit untuk sedekah (orang sakit, sedara mara memerlukan) dan duit nak raikan family..
Satu lagi, classic chevrolet camaro.. *v* Yang ni aku belum pernah nampak depan mata lagi..haaaaaa..
Sumber: Google image
Buat-buat tak nampak jela tulisan WIP tuh..
Shiro yang kiri sekali, tengah Tabi-kun, tablet aku, kiri sekali, Rappika, laptop aku yang lama..
Thanks for the read, guys..! Chaozzz..!
Pssssttt, apa dream car korang..?