Hi guys, salam.
Aku dah start buat illustrasi untuk buku kedua. Dan aku dah dioffer untuk 4 buku lagi bagi projek yang sama. Aku takde masalah nak teruskan tapi pace aku sangat lambat sebab aku bekerja di siang hari.
Pada aku, personally, aku rasa bayaran yang aku dapat sekarang adalah setimpal dengan usaha yang aku curahkan. Boleh cakap aku ni seorang yang perfectionist dalam menghasilkan masterpiece (cheh!). Comparatively, dengan sifat perfectionist aku, aku letakkan usaha aku as 100%. Tapi untuk projek ni, aku dah kikis sikit sifat perfectionist tu sebab graphic designer cakap setakat 50% usaha aku dah cukup memuaskan hati. So, aku cuma curahkan usaha 50%.
Cumanya orang-orang sekeliling aku keep on pushing to demand for more. Ok, Diagram 1 menunjukkan contoh illustrasi yang aku dah buat untuk buku tuh. Aku nak minta tolong korang nilai harga yang korang rasa berpatutan. Setakat ni, semua suruh aku minta lebih daripada bayaran yang dah verbally agreed antara aku dan dealer.
Diagram 1
Aku agree untuk harga yang buat masa ni dirahsiakan adalah berdasarkan beberapa faktor. Ringkasnya, faktor-faktor tu termasuklah status aku as amatur, masa dan usaha yang aku curahkan, pengalaman sebelum ni dan juga flexibility dari segi masa di pihak commissioner (orang yang upah aku melukis, bersabar dengan pace aku).
Overall, aku boleh cakap, benda simple tapi leceh. Tapi masih, aku tetap rasa harga yang aku dapat berpatutan. Tapi bila orang sekeliling keep on pushing, aku jadi kadang2 tak puas hati. Rasa yang harga aku dapat tuh sangat murah.
Illustrasi kat atas ni ada pihak yang share kat fb, pihak ni ada kebenaranla sebab dorang punya. And ada satu komen ni kata, illustrasi macam ni biasanya orang amek harga RM 500.00. Amboiiiihhh, ko ni dah kenapa..? Aku taktau betul ke tak or dia ada motif dia sendiri, motif yang aku takkan tau. So, benda-benda ni buat aku terfikir, aku ni dah dipergunakan oleh dealer ke apa? Entahla.. Tapi still, aku rasa untuk harga RM 500.00 is ridiculous. Unless branding is involved here.
Jadi, minta jasa baik korang2, sesiapa sajalah, yang amatur ke pro ke, sila komen pasal harga yang korang rasa berpatutan.
Illustrasi dalam Diagram 1 aku siapkan dalam masa lebih kurang 4 jam kot. Sebab orang ramai sangat plus ada kereta plakla..bla..bla..bla.. Basically yang lain-lain tak seleceh yang atas ni. Owh, aku dah diberi sketch so lebih mudah berbanding buku 1. Buku satu aku cuma dapat indication sahaja dan aku kena fikir sendiri macam mana nak illustrate.
So, anybody wants to voice out their opinion?
Thanks in advance, amigos..! Mr. Potataaaa..!
Pssssstt..Don't worry, BOTK masih lagi diteruskan..! Gile pe taknak buat.. XP
Ada orang caj ikut page, ada orang caj ikut manhour. Mungkin harga yang sesuai sekitar RM200 - RM300? Tak pasti huhu.
ReplyDeletekalau ikut international, akan caj ikut characters, items and background..huhu..
Deletekawan saya cakap memang sekitar yang incik noob cakap tuh, dalam RM 250.00 Ada karakter sampai 4, item lagi, background lg..huhuhu..
Tapi company ni cuma flat rate, per illustration..huhuhu..
sorry i cant help coz i really dont know. but you know your work, your worth. all the best Lee ;)
ReplyDeleteIt's Ok.. ^^ Err, actually I don't really know how much my work worth..huhu.. Thanks..! ^^
Delete500? woah.. Aku pernah bagi sebut harga satu illustrasi berwarna RM150. Senyap sampai sekarang orangtu. hahahaha
ReplyDeleteHahahaha.. sekarang aku terpikir, entah2 dorang bagi aku buat sebab aku amek murah.. haish...kena demand ni..
DeleteKawan aku cakap, kalau dia, dia amek untuk illustration yang aku buat kat atas ni lebih kurang RM 200-250.. Kalau betulla macam tu, pakcik kayoooo..!
Aku pernah juga terima art commission untuk buat illustration masuk buku dan print atas pamphlet, dan aku takde la nak letak harga sampai 3 angka pun (tak sampai hati actually sebab aku amateur je, dan aku buat tu digital art je, bukan scan n edit dari traditional art pun), tapi bila orang tu tengok hasil, dia sendiri yang insist nak bayar RM150, aku amik je la. Hahahah...
ReplyDeletePasal harga ni, aku rasa tengok pada tujuan illustration tu juga la untuk projek apa. Kalau projek tu akan mendatangkan keuntungan yang agak besar pada si client tu, dia akan rasa takde masalah nak bayar ratusan ringgit, sebab selalunya dorang ni dah dapat bajet untuk bayar pada mana2 illustrator yang dorang pilih.
Ni aku tengah kalut nak siapkan a few illustrations untuk satu projek baru, dan projek ni ada bajet yang agak power so, I can expect a handsome payment from it X3
Itula kan... Hmmm, takpela.. Baik aku balik pada niat aku, nak tolong member.
DeleteThanks, Plain-sama..! Good luck untuk hang..! Haaaa, dah dapat duit yang handsome tu nanti, lanje lanjela...XP
fuyooo lee kun pandai gila huuuuu hebak lee kun
ReplyDeletedop hebak mano punnnngg.. besa jahh... XP
DeleteBab bayaran aku tak ada pengalaman dan ilmu,
ReplyDeletetapi secara peribadi aku rasa kalau kau rasa bayarannya berbaloi dengan usaha kau, it's okay.
Harga pasaran ni tak boleh ikut sangat sebab ada banyak faktor main peranan macam pengalaman, nama, kerja, after service dll...
Betull..! Aku sokong..
DeleteThanks, dude.. ^^
erm. entahlah *angkat bahu. ikut je naluri tu. hohoho
ReplyDeletetakde naluri bab2 ni..hahaha.. XP
Delete