S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Wednesday, January 18, 2017

Komik Semuka: Masalah ketika mencari kerja bagi graduan master







*    *    *    *    *    *    *   *   *   *   *   *    *    *    *    *    *    *   *   *   *   *


Hi guys..


Kalau korang berada dalam situasi macam kat atas ni, jangan jawab macam tu pulak. 


Situasi di atas adalah normal. Kawan-kawan aku siap suruh aku jangan letak sijil master aku bila apply jawatan dalam government. Kalau ada diploma, minta kerja guna sijil diploma pun takpe. Katanya peluang nak dapat job tuh lagi tinggi. Aku pun taktau sejauh mana kebenarannya.


Takpela, aku percaya pada rezeqi Allah. Rezeqi Allah tu luas kan?


Owh, aku memang nak tukar kerja sebab personally aku rasa aku tak sesuai dengan kerja sekarang. Daripada terus menyusahkan orang, baik aku berhenti jek. Insya-allah, job illustration banyak. Ulat dalam batu pun boleh hidup, ni kan pulak manusia yang Allah kurniakan kudrat empat kerat.


Ok, kalau korang berada dalam situasi di atas, jawablah secara berhemah. 


Bos aku ada offer permanent kat aku hari tuh dan dia tanya sama ada aku akan sambung PhD ke tak sebab masa interview aku ada mentioned pasal niat nak sambung PhD. Aku jawab kat dia "Yes. I would still love to get a PhD but looking at the current economy of our country, I personally don't think it's a good idea to do so because allocation for research grants are cut off and financial sponsor and support are becoming scarce, but nevertheless I am letting go my dream of having a doctorate. It is better if land a job and gain experience for a few years. After all, experience is the best teacher." ----------------------Cheyway..! Gitteuw.


But in the end, I still couldn't get the permanent post but it was because of something else. Kalau dah bukan rezeqi, maka bukan rezeqilah.


Ok, setakat ni tu jelah, peeps. Jyaaannn....~ ^^



Sunday, January 15, 2017

Biography - Life history in drawing




Hai guys.. Ok, nampaknya ni adalah post pembuka tirai untuk aku tahun 2017. Ok jugak kot kalau aku mula dengan cerita pasal perkembangan aku dalam bidang melukis ni...ceywah..


Zaman kanak-kanak

Aku suka tengok KFC Hour makanya aku berangan nak hantar lukisan kat situ tapi memang langsung tak pandai lukis masa tu. Setakat tiru dan warnakan tapi takde perkembangan sangat. Mungkin masa ni boleh dikira exposure bagi aku terhadap minat melukis.

8 tahun/Darjah 2

Time ni aku tau mak aku pandai melukis. Mak aku pandai berwatakala (water colour). Aku ingat lagi, cikgu English suruh lukis 'Mother', 'Father', 'Sister' dan 'Brother' tapi memandangkan aku tak reti, aku balik mengamuk dekat mak aku minta dia tolong lukiskan. Mak aku lukis. Sejak ni, aku suka melukis.

Dormant years

Dari Darjah 2 sampai Darjah 4, ni adalah zaman takde perkembangan langsung. Aku cuma lukis satu style jek macam yang bawah ni. Aku terpengaruh dengan buku mewarna yang takde pilihan sangat di pasaran masa tuh. Aku ingat lagi stroke aku masa tu maka aku lukiskan balik khas untuk korang. Serius, kelakar..haha.. Tengok kat bawah ni.. Aku lukis perempuan je masa ni.




Darjah 5 - Zaman Sailormoon

Ni zaman aku gila Sailormoon. Masa tu takde sumber rujukan internet macam sekarang makanya memang beli buku mewarna jugala sebagai rujukan untuk melukis. Kalau duit banyak sikit, bolehla beli komik tapi selalu pinjam kawan jek. Masa ni lebih kepada tiru je.

Forms 1 & 2 - Zaman Cardcaptor Sakura

Masa awal-awal, stroke aku banyak terpengaruh dengan anime ni, produksi Clamps. Aku sangat suka dengan stroke dorang yang comel. Memang lukisan aku banyak pasal watak-watak anime ni, masih belum ada perkembangan nak lukis watak sendiri. 


Form 3 to Form 5 - Progressive years

Ni zaman Slamdunk dan Gundam Seed. Sikit-sikit lukisan aku terpengaruh dengan stroke dari dua anime ni. Dah takde sangat stroke comel-comel. Dan masa nila aku sangat aktif lukis komik syok sendiri tapi baru aku perasan, komik-komik syok sendiri aku nila yang buatkan aku improved dengan progressive.

Disebabkan komik-komik syok sendiri aku nila aku takde masalah sangat nak lukis anatomi. Percaya atau tak, aku lukis anatomi takde rujukan (aku kan malas) dan sebenarnya takda rangka sketch. Aku terus sketch outline. Sebab aku tak belajar melukis step by step, aku ikut suka. Kalau aku buat rangka sketch pun setakat nak ajar orang.

Orang sibuk nak pekse, aku sibuk lukis komik.. *sigh.* 



19 - 23 tahun - another dormant years

Masa ni aku aktif bersukan dan bersilat makanya aku takde masa untuk melukis sangat. Aku lupa daratan sekejap..haha.. Memang takde perkembangan sangat.. Masa ni tengah buat degree..

24 tahun - digital era

Masa nila aku berjinak-jinak dengan digital tetapi memandangkan aku self-taught dan aku tak ramai kawan yang betul-betul manjakan minat dorang maka, aku merangkak jugakla melukis digital. Dahla awal-awal aku lukis guna paint dan mouse aje..haha..

Aku tengok youtube untuk belajar guna Adobe Photoshop. Aku grasp basic dan lepas tu explore sendiri.

Masa umur aku 27 kot, barula adik aku bagi wacom yang dia taknak dah sebab dia nak beli baru, kat aku. Tapi masih, progress slow sebab aku malas. Tapi aku ada banyak masa untuk explore digital art.


Art yang pertama dengan wacom


Tapi lama-kelamaan aku lupa tujuan aku melukis adalah sebab aku nak hidupkan cerita dalam kepala otak aku dan buat diri sendiri happy. Aku sibuk kejar like dan favourite. Bila tak dapat like favourite yang aku nak, aku jadi frust maka aku jadi makin malas dan selalu fikir aku dah tak boleh nak improve lagi dah.

Blogging era

Aku start buat blog pun mungkin masa 2011 tapi tak aktif sangat. Disebabkan banyak masa, aku terjumpa banyak blog-blog menarik dan mula follow blog-blog yang tuannya minat melukis, amazing people. Tak sangka aku jadi kawan dorang sekarang. Dorang-dorang nila yang buat aku sentiasa ingat yang aku sangat suka melukis.

Walaupun aku dah masuk 3 series, aku nak redeem balik tahun-tahun yang aku dah bazirkan tanpa buat apa-apa untuk improve diri sendiri. Orang kata, nak ke mana dok improve-improve ni? Haha, lantakkan mereka, aku nak improve so that I won't feel any regret and I get the satisfaction I'm looking for.


Thanks for reading. Aku terasa nak share benda ni. Mana tau ada yang akan dapat something dari sini. Moga-moga benda yang eloklah.. ^^

Later peeps.. ^^