S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Sunday, March 6, 2011

Jom blajaq cakap utagha jom.. ^^

Salam and selamat pagi Malaysia!! ^^


Lama da aku nak tulis pasal ni tapi asyik luper jek. Ape? Korang memang orang Kedah, Penang, Perlis or Perak? Dah taw cakap utagha? Hehehe, xperla. Ni untuk orang2 yang x reti lagi, x faham biler orang utagha berkata2.. Meh aku nak ajaq. X kesahla korang nak belajaq sebab ape kan. Sbb nak ngorat budak utagha ker, saje nk mperkayakan dialek ker, sbb korang kena belajar ke tinggal kat utagha ker..sumer tu x penting. Kalau korang nak belajar..belajar jela.. Aku no hal. Bekla murid2. Meh kite start.


Aku akan bagi perkataan and maksudnya, beserta dengan contoh2 ayat untuk korang senang faham. Aku bagi seploh perkataan dulu. Okeyh, bace doa belajar dulu ek.. ^^


1. Tembun
Maksud: gemuk, berisi, badan besar
Contoh ayat: "Amboi, tembun hang la ni nooo..! Senang hatila tu.."
Terjemahan: " Amboi, berisi kau sekarang ni ek..! Senang hatila tu.."


2. Celuih
Maksud: Muat, ada ruang,
Contoh ayat: " La, lagu mana nak perosot baju dalam beg ni lagi dah? Tak celuih dah ni!!"
Terjemahan: " Macam mana nak sumbat baju dalam beg ni lagi dah? Dah x muat dah ni!!"


3. Menyoghok
Maksud: sarapan, makan pagi
Contoh ayat: "Maila menyoghok dulu. Satgi x laghat pulak nak buat gheja.."
Terjemahan: " Marilah bersarapan dulu. Nanti x larat pulak nak buat kerja.."


4. Pekin
Maksud: berjimat-cermat, bajet, menyimpan
Contoh ayat: " Adoila, gaji bulan ni sikitla. Dok pekin abeh dah ni, dok x cukup juga!"
Terjemahan: "Aduilah, gaji bulan ni sikitla. Dah berjimat-cermat/bajet abeh dah tapi masih x cukup lagi."


5. Keloi
Maksud: Panggil dengan kuat
Contoh ayat: " Weh, hang x dengaq ka mak hang dok keloi nama hang dari tadi?"
Terjemahan: " Weh, kau x dengar ke mak kau panggil nama kau kaut giler dariapada tadi?"


6. Belemoih
Maksud: comot, selekeh, kotor
Contoh ayat: " Laaa, awat yang jadi belemoih lagu ni ni? Hang pi terjun dalam selut tang mana ni?"
Terjemahan: " Laa, apesal comot sampai macam ni ni? Kau g main air lopak kat mana ni?"


7. Ghimbuk
Maksud: belasah, hentam
Contoh ayat: " Ish, aku hangin betoila dgn budak tu! Ikutkan hati, mau ja aku pi ghimbuk biaq patah ghiuk!"
Terjemahan: "Ish, aku bengang betulla ngan budak tu! Ikutkan hati, nak je aku gi hentam dia biar patah riuk!"


8. Kawaq
Maksud: Pencuri
Contoh ayat: " Semalam hang nak taw dak? Ghumah ujung sana nu kena masuk kawaq!"
Terjemahan: " Ko nak taw x? Semalam, rumah hujung sana tu ada pencuri masuk!"


9. Gagau
Maksud: Meraba-raba, sentuh sikit2.
Contoh ayat: " Toksah dok gagaula lauk tu! Basi satgi. Nak makan boh dalam pinggan elok2.."
Terjemahan: " Janganla sentuh2 makanan tuh dengan jari, basi nanti. Nak makan, amek letak elok2 dalam pinggan"


10. Lau
Maksud: reban
Contoh ayat: " Lekaih, pi halau ayam masuk dalam lau nuu.."
Terjemahan: " Cepat2, g halau ayam masuk dalam reban.."


Okeyh, cukupla setakat ni dulu. Len kali aku sambung lagi. Aku nak p makan sat. Hehehe. Enjoy my dialek ibunda yer.. ^^

No comments:

Post a Comment