S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Thursday, December 22, 2016

Tak boleh ke kita hormat minat masing-masing? Awas, bebelan dan luahan perasaan



Dan ini sekadar bebelan.


Aku suka melukis, ambil gambar dan post sebab nak share dengan kawan-kawan. Tapi kenapa nak kutuk benda yang aku buat ni..? Kenapa nak bagi attitude yang menyakitkan hati aku..?


Orang lain main pokemon, engkau kutuk, engkau perlekehkan. Dipukul sama rata sama ada yang main secara berhemah atau pun yang main membabi buta..


Orang lain minat k-pop pun engkau kutuk, engkau perlekehkan. Kata takde jati dirila, mengagung-agungkan bangsa asingla..


Orang lain tengok drama melayu pun engkau kutuk, engkau perlekehkan. Kononnya drama melayu penuh angan-angan, bagi harapan palsu..


Tapi engkau nak orang hormat minat engkau? Engkau tak suka orang persoalkan dan perlekehkan minat engkau?


Hai kawan, kenapa aku tak kacau engkau, aku tak pernah sikit pun mempersoalkan minat engkau, engkau perlu kecilkan hati aku?


Kenapa kena persoalkan semuanya?


Sungguh, aku rasa engkau cemburu dengan aku. Maka, engkau perlu buat aku kecil hati dan rasa rendah diri.


Kalaula aku boleh cakap kat kawan-kawan aku macam ni. Aku sayang dorang tapi kadang-kadang aku tak faham kenapa dorang kena juga buat aku kecil hati. Ramai pulak tu kawan-kawan aku yang macam ni.


Sorry, I think I am almost at the lowest point of myself.. Too many things happened, kinda tired right now.. So I drew to calm myself and cheer myself up.. Still, people couldn't just leave me alone.. For god sake, shut the hell up..! Bukannya aku pergi melukis kat muka engkau pun..!


10 comments:

  1. i read this http://sheikhynotes.blogspot.my/2016/12/the-reality-of-path-for-murid.html before reading your entry. Ada satu ayat yg best describe what you are feeling.

    "No jungle is free from apes and pigs"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah.. I know that but sometimes we're at our limit..haha..XP

      Delete
  2. Beb, aku suka ambil gambar makanan sebelum makan kat mana-mana kedai makan, and yes ada je orang kutuk konon tak baca bismillah la ape la sebelum makan (just because aku snap gambar makanan tu sebelum makan? ohmai), or showing off makanan la apa... hahaa, well, lantak la dorang. Pada aku makanan tu cantik, berseni... lagi cantik dari muka dorang sekor2, so aku nak simpan pics makanan yang cantik2 itew, pun jadi masalah ke? Dorang selfie gedik2 buat muka menggoda la apa la, pastu share kasi satu dunia tengok, kasi imagine bukan2, boleh le pulakkk?... meh, hoomans.

    Sabaq Lee-dono, sabaq... teruskan melukis dan abaikan je dorang yang boring itu. Hahahah XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, apa salahnya kan. Makanan sedap dan menarik, nak share ngan ramai orang, gambar jela salah satu caranya. Dulu aku macam skeptik jugak tapi lepas2 tu aku paham jugak bila relate dengan minat aku..

      huhuhu, tengah sabaq la ni..kalau dak aku dah maki hamun dah..kekeke.. baik..! UvU

      Delete
  3. eh peliknya nak mengutuk hobi kau ni. sebab tak kacau orang pun. plus aku suka! hehe Obviously he/she is jealous with you. ignore please.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla weh..tula, itu jela alasannya, jeles..kekeke.. XP

      Aku tau hang suka..ngehngehngeh..XP

      Delete
  4. "Bukannya aku pergi melukis kat muka engkau pun..!"

    Yang ni patut print kat tshirt supaya makhluk tak diingini segera paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaah, sila buat..aku nak sehelai..! Free..keke..

      Delete
  5. Bertabahlah Lee.
    Kau kena ingat, semua orang ingat dia adalah watak utama dalam hidup dia sampai lupa orang lain pun watak utama dalam kehidupan masing-masing.
    Banyakkan bersabar ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang bertabah la ni..
      Kalau tak dah lama putus kawan..huhu..

      Aku akan coba banyakkan lagi bersabar..huhu..

      Delete