S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, April 9, 2018

Perasaan nak kahwin, pernah ada tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu Malaysia..!


Kekekekeke.. bahang nak merosakkan undi...ehemmm, maksud aku, bahang mengundi dah mula terasa tapi walaupun kata muqaddimah aku sebegitu rupa, aku bukan nak bercakap pasal politik.. Baca tajuk pun dah obvious kan..


So, korang pernah ada rasa nak kahwin dengan sesiapa? Ye, perasaan nak mendirikan rumah tangga, nak menamatkan zaman bujang dan hidup berdua? Ada? Bagus2.. Aku belum ada..hahaha..walaupun umur dah hampir sebaya dengan anugerah juara lagu (AJL)..


Takde, this post is actually triggered by a status posted on FB of my friend, a way younger friend. Status dia berbunyi macam dia berdo'a supaya tahun ni tahun last dia membujang.. Dia (she) baru 24 tahun.. Jadi, itu yang membuatkan aku berpikir, kenapa aku  masih belum ada perasaan nak menamatkan zaman bujang tuh? Huhuhuhu.. pelik kah aku?


Kawan aku ada tanya, kenapa orang macam aku yang ada keluarga asas yang kukuh taknak kahwin? Sabar..rephrase that please.. Aku bukan taknak kahwin, BELUM rasa nak kahwin.. Sapa taknak kahwin oiiiii.. XP


Perhaps I'm already contented with my life now. Some say, I still have a lot of single friends as well so less lonely? Well, not all the time I'm with them.. I have my basketball, I can draw and sleep as much as I want.. I can support myself.. I have loving father and mother whom I shall repay their kindness for raising me up so fine till now.. *shrug* Bottom line is I value the present rather than thinking about the unsure future.. Rahsia Allah.


Yes, kahwin ibadah.. Forget not, kerja pun ibadah, berbakti kepada orang tua pun ibadah.. So, apa yang aku kurang even if Allah kata aku tak kahwin sampai ajal aku sampai? Haaaa, well, jodoh matter doesn't bother me that much but I pity my parents..


Tapi aku ada suka orang..two years younger than me.. *sigh*. Oh, btw, aku berdo'a pasal jodoh ni dan dalam do'a pun aku minta jodoh aku sampai pada masa yang sesuai, bukan cepat-cepat..Kekekeke.. Nampak tak, aku belum ready nak give up my single life. Aku baru abeh belajar, baru nak tengok dunia..belum mau tengok muka husband 24/7.. Hahaha, gurau-gurau.. Serius benar..LOL


So, korang da pernah rasa nak kahwin? Yang dah kahwin tu diam-diam sane..! XP


Later peeps.


Since takde lukisan, aku belanja gambar sendirilah, jadi model spek and jam.. Jangan kecam, muntah takpe..hahaha.. XP



P/S: Sape berminat, isi borang. Syarat wajib, ada Honda..wakaka.. XP




Monday, March 5, 2018

Kenapa main basketball?

Hai guys, assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sorryla kalau post kebelakangan ni pasal basketball jek. Memang aku berbasketball jek sejak kebelakangan ni. Takde melukis-lukis atau buat komik strip pun. Nanti aku balik kampung. Doakan aku rajin nak melukis dan buat komik sikit.


Dalam post kali ni aku nak cerita sikit sebab aku main basketball. Sebab terbesar adalah sebab aku terpengaruh dengan komik sukan yang famous tuh, komik oleh Takehiko Inoue, komik Slamdunk. Masa tu aku masih berada dalam tingkatan 2 ke 3 entah, masih mentah..hahaha. Watak kegemaran adalah Mitsui. Sampai sekarang pun aku guna no. 14 disebabkan Mitsui. Ye, aku tak tipu, aku memang terpengaruh dengan komik, in fact, sangat senang terpengaruh..hahaha.


Tapi aku masih tak bermula main basketball lagi even aku dah suka gila dengan sukan basketball. Hanya bila masuk zaman universiti, buat degree, baru ada peluang nak main basketball. Aku join team kampus aku, aku tinggalkan sukan memanah dan trek. Dan aku tak menyesal sikit pun sebab basketball dah bagi aku macam2 kepuasan..walaupun sekarang team aku cuma team belasahan.


Pada aku, basketball adalah sukan yang sangat fun. It's a team sport. I love the team spirit, being in a team, feeling you're needed and you need others too to get the game on. Dan aku sangat terpikat dengan macam-macam skill macam-macam (yes, you read it right) yang ada dalam sukan ni yang obviously tak perlu pun untuk sukan memanah dan trek..kekeke..


Banyak lagi sebab tapi sebab yang paling memberi kesan aku dah cerita. So sekarang aku nak sambung citer pasal game.


Jumaat lepas game kitorang yang ke-7, kemenangan ke-2..so pandai2lah kira berapa dah kekalahan. Kekeke. Takde nak cakap banyak cuma nak post highlights of the game. Nak post kat ig malu..hahaha..






















Game yang kitorang menang bolehla buat highlights. Kekekeke..


Later peeps.




Saturday, January 27, 2018

Game 3: Kekalahan yang maha dahsyat



Salam sejahtera, guys,


Review kali ni adalah sangat fresh sebab game baru jek lepas semalam. Let me be honest, untuk game semalam, team aku dibelasah 70 berbalas 3. So tak perlulah aku nak share scoresheet di sini sebab scoresheet kitorang bersih..Hahaha, yes, kalau nak dibuat analogi mudah, macam budak sekolah menengah kena tapau dengan budak universiti dan ya, aku juga pernah berada dalam team lain yang pernah tapau budak sekolah sebanyak tu.


Kalau aku kata aku tak malu dengan kekalahan sedahsyat tu memang aku tipula. Lepas ni aku taknak mengaku aku main basketball. LOL. Tapi memang aku dah jangka kekalahan ni. Team semalam memang out of our league. Team aku terlalu banyak kekurangan Basic fundamental basketball sangat lemah, passing, receiving, dribbling, shooting, semualah.. Haihhh..


Aku boleh cakap, dalam team aku cuma ada 3 orang jek yang boleh main. itu pun level jauh terkebelakang nak banding dengan team yang kitorang lawan semalam. Yang lain semua beginner dan sukan basketball bukan sukan utama.


Aku memang tak berharap banyak pun untuk penyertaaan first time ni, cuma nak survive jek tapi nampaknya nak survive pun susah. Kalau dah kena tapau sampai 70 tuh memang dah mati dah jawabnya. Well, nak expect apa sebab masa awal-awal cari pemain pun memang main tangkap muat aje so terimala padahnya. Haha. Dan training pun sambil lewa, asyik2 muka yang sama jugak datang.. Nak kumpul satu team penuh pun susah..


Tapi takpe, pendedahan dan pengalaman dalam game sebenar tu yang penting. Aku pun banyak belajar dari sini. Macam-macam aku nak try.. Perancangan sekarang adalah untuk train player-player yang betul-betul nakkan improvement. Aku kagum dengan coach sebab rela terima kitorang duduk bawah management dia, guna nama team dia, walaupun dah expect kena tapau. Kekeke..


Aku post untuk mengingatkan diri sendiri jugak.. Taknak down sangat, we have all the bad reason to lose the game, horribly. And taknak kekalahan semalam adalah sia-sia. Well, ni bukanla kekalahan pertama yang seteruk ni tapi kalau kau sorang jek yang nak belajar daripada kekalahan, yang lain masih macam tu jugak, still, sejarah yang sama akan berulang.


Daaaaaannn....aku dapat 'hadiah' dalam game semalam, first, seluar koyak, second, kecederaan lutut dan ankle. Lutut lebam jek, ankle injury lama. Masa dapat kecederaan ankle tu, aku dapat rasa aku punya tulang area buku lali tuh dettached sekejap dan dipaksa masuk balik dalam soket bila aku landing. Aku ingat aku dah tak boleh main terus dah lepas tuh..seriau kot. Tapi alhamdulillah, cuma terasa sakit jela sekarang, takde terkehel macam first time injured dulu. Aku rasa kasut aku membantu jugak kat sini, Thanks kasut..! Dan sebab Allah masih berikan aku keizinan untuk bermain, Alhamdulillah.


Ok, aku share gambar kasut jela. Kasut murah jek sebab beli time sale. Kasut memang bergaya, mungkin tak kena dengan skill. Tapi nak tunggu skill power and mantap dulu, memang sampai bila la tak boleh pakai kasut best sikit. Haha..





Okay, that's all folks. Sorry for the long and boring post. Aku aim nak melukis hari ni. Kalau terhasil, aku akan postla kat sini.. Hehe..


Jyaaaannn, guys..! ^^




Tuesday, January 23, 2018

Aku dan basketball



Selamat pagi, assalamu'alaikum dan ohaiyo gozaimasssssuuu..!


Walaupun takde lukisan atau komik, aku update jela kan. Nak tunggu ada lukisan baru nak  update memang takkan berupdatela nampaknya blog aku ni. Mood nak melukis banyak ke longkang semenjak aku sibuk training basketball ni.


Haaaa, aku nak update pasal basketball. Aku join annual tournament, NCBL 2018. Game pertama kitorang berlangsung masa Jumaat pertama tahun baru 2018, 5 Januari 2018. Game pertama menang, alhamdulillah tapi game kedua kalah (sepatutnya boleh menang.. =_='''). Well, experience..


Untuk mengelakkan kebosanan yang maha dasyat dalam entri yang takde lukisan ni maka aku nak share gambar scoresheet untuk game 1. Asalnya nak share scoresheet untuk game 2 jugak tapi takde gambar sebab aku ada salinan asal so buat apa nak amik gambar kan..? Nanti kalau aku rajin, aku share scoresheet game 2 jugak.

Macam tak nampak apa pun tapi share jelah..hahaha..


Game seterusnya adalah pada Jumaat yang akan datang ni. Kitorang akan lawan team gagah so aku dah pasrah. Main je macam biasa tanpa perlu pikir banyak..haha.. Expect kalah tapi bukan mengalah. We have to be realistic. UvU


Tapi kengkawan, do'akan mental aku tak koyak macam game lepas. Kalau boleh do'akan kemenangan kitorang jugakla..eheeee..with extra miracle that is. Thanks in advance.


Ok, share gambar team sikit.



Haah, aku pompuan. Lupa ke? Haha.. XP


Owh, minta do'akan aku sembuh daripada demam dan sihat seperti biasa so bolehla aku main untuk game hari Jumaat ni. Kalau tak, aku tengok dari luar jela..which is such a sad thing to happen to a baller.


Ok, setakat ni je cerita pasal game untuk NCBL. Next time aku cerita pasal crush aku pulak, juga pemain basketball yang super hebat tahap teruk. Kekeke..


Later guys. Take care, OK? ^^



Monday, January 8, 2018

Tahun baru 2018

Assalamu'alaikum..!


Waaaaahh, lamanya tak bersiaran kat sini. Macam-macam jadi menyebabkan update blog dah tak jadi privilege lagi dah. Huhuhu.. Maafkan aku kengkawan bloggers.


Alhamdulillah, aku masih bernafas dan sihat hendakNya. Aku masih melukis, banyak benda aku lukis dan aku nampak improvement tuh. Cuma aku tak rajin update kat sini sebab tak convenient. Kalau nak, pergi tengok dekat instagram aku, lee-kun14.


Masih belum terlambat so aku nak wish Selamat Tahun Baharu 2018..! Have greater years ahead..! ^^


Sebagai permulaan, aku nak update sikit pasal apa aku buat di penghujung tahun 2017. Aku join CKOM 2017..! Korang boleh baca komik aku kat sini, CKOM 2017 entry. Jangan lupa baca komik-komik lain jugak.


Aku agak berpuas hati dengan inking aku. Tapi jalan cerita agak mengecewakan. Takpe, takpe, aku cuba. Dengan masa yang terhad, berpura-pura busy..haha.. Kalau aku ni perancang masa yang baik, aku takkan bertungkus-lumus berusaha untuk menyiapkan komik tu dalam masa beberapa hari sebelum deadline. It was horrible.. =_='''''''''


Ok, past is past.


Ok, azam tahun baharu? Hmmmmm, takde..! Sorry..tak pernah ada. Aku kalau nak berazam, aku tak tunggu tahun baharu. Suka hati aku jela nak berazam bila. Macam, beberapa minggu lepas, aku berazam aku nak makan dengan sihat, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan..hehehe.


Aku ni simple orangnya so azam-azam ni memeningkan kepala aku. Jangan ikut aku tau. Kalau korang ada azam, bagusla. Sekurang-kurangnya, korang ada hala tuju.. So, semoga azam korang tercapailah..! Amiin..


Later, peeps..!