S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Friday, May 27, 2011

Who and why go for confession?

Hmmm, orang confess dalam macam2 gaya. Ada yang guna ayat bunga2 and sampai masukkan akar sekali pun ada. Ada yang confess secara x langsung, tercakap ayat2 tanda confess or buat sesuatu yang menunjukkan dia suka kat seseorang tuh contoh cam cakap “ Sebab kaula aku jadi camni, taw!”, walaupun mungkin dalam nada marah OR TERmiss call atau TERmesej Happy Birthday. TER ke tu? Hehehehe, x kesahla.

Ada tuh terus bagi direct, macam aku. Hahaha, almaklumla, manela reti nak cakap jiwang2 or bunga2 ni ha. Tulis bolehla sebab kerah otak berfikir untuk keluarkan ayat2 jiwang. Berpeluh beb fikir. Hahaha.

Memang macam2 gayala kan. X kesahla, janji orang yang kita suka tuh dapat mesej kita yang kita suka kat dia. Okeyh, setel. X kesahla ape pun kesannya lepas tuh. If u’ve confessed to a jerk then u’ll just have to bare with it, with wut ever jerk answer u might get. But, hopefully, u’ve confessed to someone which at least know how to appreciate ur feelings towards her/him.

Hmm, isu yang nak aku utarakan pasal confess mengonfess ni is isu....isu pompuan confess dulu..hehehe. Apa pendapat korang kalau pompuan confess dl kat seseorang lelaki tuh? Aku tambah sket lagi. Agak2 korangla, nape agaknya dia confess eh? Hmmmmm, jom selidik! Hehehe.

Aku ade tanya beberapa orang responden. Cukupla, x larat lak kalau beratus2 kang, cam nak wat master plak kalau tnye ramai sangat..hehehe. Jawapan yang aku dapat pelbagai and aku boleh rumuskan camnila ye.

Ada yang berpendapat, tak menjadi hal pun kalau pompuan nak confess dulu. Cuma kena confess cara yang betul and dia yakin yang lelaki tuh pun ada juga bagi hint2 or menunjukkan yang dia pun suke kat pompuan tuh. Lelaki atau pompuan yang confess dulu x menjadi hal sebab dedua ada perasaan. Kdg2 kalau lelaki tuh malu x tentu pasal, apa salahnya perempuan yang confess dulu Cuba try bg hint and tengok respon lelaki tuh camner. Kalau respon okey lehla teruskan. 

Aku: Kalau dah mamat tuh malu sangat, lepas tuh pompuan tuh bagi hint pun still jg bebal sngt x faham2..ape lagi, cekak je kolar baju dia and cakap... “ Woi, lembap, aku suke ko la!” Pahtu hembus nafas lega yang kuat. Tp kalau mamat tuh lari jangan cari aku plak..hahaha.

Ada juga yang still xleh terima kalau pompuan confess dulu. Ada yang kata sebab pompuan penuh dengan sifat malu2 so impossible nak confess. And pompuan x patut confess dulu, nanti jadi perigi cari timba, hidung x mancung, pipi tersorong2 lak (betul ke pepatah aku ni.. (_ _)’’’). Lelaki yang kena confess, br nampak kelelakian dia. Pompuan kena tunggu lelaki confess dulu, barula sifat kewanitaan dorang terserlah.

Pompuan x digalakkan confess dulu sebab pompuan kurang stabil dari segi emosi. Kalau kena reject nanti, malula pompuan tuh nanti. Kalau lelaki tuh x suker pompuan jenis terus-terang, abehla chance pompuan tuh. Lelaki xper sbb dorang boleh kawal emosi dengan baik. Ye eh? Hmmm, depends. Tp pendapat sumer bernas2. Thank to all the respondens.

Aku: Pompuan xleh confess dulu kalau dia nak pi confess kat pompuan jugak! TIDAAAKKK!!!

Personal opinion, aku ase sape confess x jadi masalah asalkan ikhlas, betul2 maksudkan apa yang kita cakap masa confess tuh and bukan niat nak main2kan orang tuh. And lepas confess korang kena sedia terima semua kemungkinan dari tindakan confession korang tuh. Basically, kena reject, diterima or takde/belum ada jawapan.

Okeyh, ni yang penting. Nape agaknya pompuan confess dulu? Biar aku ringkaskan jadi point eh.
1.     Sebab dia suka lelaki tula, xkan nak p confess kat kambing pulak.
2.    Desperate! Hehehe, gurau jek. Ni jawapan berseloroh dari responden pahtu dorang tarik balik..haha.
3.    Lelaki tuh lembap, x berani, takut, malu and seangkatan dengannya sampai pompuan tuh terpaksa mulakan langkah dulu.
4.    Lelaki baik dah kurang kat dunia ni, so takut lelaki baik tuh terlepas ke tangan orang lain.
5.    Nakkan kepastian, sape yang mamat tu suka.
6.    Pompuan tuh yakin lelaki tu pun suka dia gak so dia amek the first step.
7.    Bosan dengan trend lelaki confess dulu.
8.    Pompuan tuh berani.
9.    Terpengaruh dengan manga.
10.  Niat b*$#@.

Hmmm, yang last tuh aku tanak masukkan sebenarnya tapi ada sorang member aku wat aku terpk. Mungkin pompuan tuh confess sebab nak dajalkan lelaki tuh, nak main2kan perasaan lelaki, nak wat orang len or ex dia jeles ker..and segala macam niat yang negative. Yang ni jngnla buat ek. Aku simpulkan isu ni untuk pompuan2 yang betul2 ikhlas dalam confession dia.

In my case, aku confess sebab aku tanak mamat tuh terus memperkotak-katikkan perasaan aku. At least, bila aku dah gitaw dia, dia taw yang aku suka kat dia so silala jaga tingkahlaku dia. Kalau dia suka aku, wat cara dia suka. Kalau dia x suka aku, wat cara x suka. Kalau dia anggap kawan, wat cara dia anggap aku kawan. Cukup2la bagi aku perasan sbb aku ni suka kat kau. Sbb tu aku x kesah apa jawapan dia, aku just nak dia taw ape sebenarnya perasaan aku kat dia. Aku pun tataw aku da dapat jawapan tapi aku x dengar or memang belum ada jawapan. X kesahla, aku still akan suka dia selagi xder orang lain yang aku boleh suka selain dia. ^^b

A special thanx to Alin, Yan, Tia, Sapek, Joe, Dean, Jay Dee, Fieq, Huda, K.Atin, K.Chenah, K.Mar, Siti and others yang ditanya oleh aku. Hehehe.

4 comments:

  1. haha, ada tmbhn ni tp len2 kali la plak..hahaha..

    ReplyDelete
  2. antyyy!!!!! mane name ank sedare yg PALING comelll ni??????????????????????????????????

    ReplyDelete
  3. hahaha, anty x tanye yanaa..sbb tuh anty x letak..
    nt anty tanye yana br bleh letak..
    x pun anty letak pahtu nt yana jawab..mana2la.. hehehe..

    ReplyDelete