Pendaftaran lebih kurang pukul 8.00 pagi dah telan RM 5.30, lepas tu buat blood test, tengok sama ada kandungan darah cukup atau tak, dah telan RM 10.00. Lepas tu kena bayar apa lagi entah, another RM 5.30. Kemudian, selesai semua dalam pukul 2.00 petang, aku pun pergi bayar parking dulu, kena lagi RM 11.00.
Ok, aku pergi lagi 2 minggu lepas tu untuk ambil sample darah untuk buat beberapa ujian lagi, kena RM 101.00 more or less. Terkejut jugak aku. Nasib baik duit cukup. Proses ni sekejap je. Aku gerak balik dalam pukul 10.30 pagi. Sebelum tu bayar parking, RM 5.00. Maka, keluarlah aku dari perkarangan hospital tu dengan muka kelat, memikirkan semua duit yang aku dah keluarkan sepanjang buat kunjungan ke hospital ni.
Ok, minggu lepas aku kena pergi lagi untuk appointment seterusnya, untuk bincang keputusan ujian darah jugak dengan doktor bertugas. Kena bayar lagi, RM 5.30, taktau untuk apa, pendaftaran lagi barangkali. Parking, RM 6.00 lagi. Alhamdulillah, result darah OK tapi doktor yang bertugas masih taktau apa masalah aku. Maka, bulan depan aku kena datang lagi sebab kes aku ni dah refer ke pakar.
Sepanjang proses ni, semua bill aku bayar cash. Sebab aku takde kad medikal syarikat di mana aku bekerja dan aku takde insurans. Dan sepanjang proses nila, terdetik hati aku, kalau orang susah sakit, aku rasa memang terlantar kat rumah jela daripada pergi hospital.
Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi dan pada aku, aku bersyukur aku masih ada duit untuk pergi hospital.
Kalau ada medical card dan issurance, mungkin ceritanya lain plak.
Moral of the story, jagalah kesihatan baik-baik dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah dah beri.