Pendaftaran lebih kurang pukul 8.00 pagi dah telan RM 5.30, lepas tu buat blood test, tengok sama ada kandungan darah cukup atau tak, dah telan RM 10.00. Lepas tu kena bayar apa lagi entah, another RM 5.30. Kemudian, selesai semua dalam pukul 2.00 petang, aku pun pergi bayar parking dulu, kena lagi RM 11.00.
Ok, aku pergi lagi 2 minggu lepas tu untuk ambil sample darah untuk buat beberapa ujian lagi, kena RM 101.00 more or less. Terkejut jugak aku. Nasib baik duit cukup. Proses ni sekejap je. Aku gerak balik dalam pukul 10.30 pagi. Sebelum tu bayar parking, RM 5.00. Maka, keluarlah aku dari perkarangan hospital tu dengan muka kelat, memikirkan semua duit yang aku dah keluarkan sepanjang buat kunjungan ke hospital ni.
Ok, minggu lepas aku kena pergi lagi untuk appointment seterusnya, untuk bincang keputusan ujian darah jugak dengan doktor bertugas. Kena bayar lagi, RM 5.30, taktau untuk apa, pendaftaran lagi barangkali. Parking, RM 6.00 lagi. Alhamdulillah, result darah OK tapi doktor yang bertugas masih taktau apa masalah aku. Maka, bulan depan aku kena datang lagi sebab kes aku ni dah refer ke pakar.
Sepanjang proses ni, semua bill aku bayar cash. Sebab aku takde kad medikal syarikat di mana aku bekerja dan aku takde insurans. Dan sepanjang proses nila, terdetik hati aku, kalau orang susah sakit, aku rasa memang terlantar kat rumah jela daripada pergi hospital.
Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi dan pada aku, aku bersyukur aku masih ada duit untuk pergi hospital.
Kalau ada medical card dan issurance, mungkin ceritanya lain plak.
Moral of the story, jagalah kesihatan baik-baik dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah dah beri.
Betul. Hospital awam skrg dah charge banyak. Huhu... :(
ReplyDeleteLee, aku harap hg baik2 saja. Takmo stress2 :'(
Huuuu, tula pasai.. QAQ
DeleteSetakat ni aku baik-baik aja, Alhamdulillah.. Stressla sikit sana sini dengan kerja..huhu..
tunggu bulan depan plakla, ada appointment dengan pakar..huhu..
Lee,moga baik2 je ye untuk kau. Get well soon.
ReplyDeleteMedical kad memang pentings ekarang especially yang kerja swasta.
Take care Lee :)
Sakit.. rawatan.. semua memerlukan duit. Dayang, syukur alhamdulillah bila jumpa doctr perlu bayar Rm5 sahaja, segala blood test dan treatment dapat percuma. Subsidi juga buat dayang dapat percuma air dialisis (kos sebenar setiap bulan rm3k ++). Tapi sejak dayang dah masuk usia 20 an, banyak kena bayar sendiri. Kalau sebelum ni masuk wad free, tp sejak masuk umur 20 an kena bayar sendiri. Hari tu Rm2k ++ kena charge waktu dayang admitted 6 minggu. Syukurnya air2 dialisis masih subsidi, kalau tiada subsidi tak tahulah macam mana nak hidup dengan ubat setiap bukan yg kosnya beribu2.. dyg tak kerja, mama abah dah bersara... dyg cari income sikit2 dengan melukis sebab dyg tak dapat kerja, susah dpt kerja... betul lee, bila dah ada masalah kesihatan ni mmg pakai byk duit, family sahajalah tahu struggle. Insurans kesihatan yg mama buatkan utk dayang masa dyg kecik, dah habis semuanya waktu dayang mula2 sakit. Memang 'terasa' dengan kos hidup makin naik skrg, kos hospital tapi syukur sebab di malaysia masih ada subsidi untuk rawatan sakit2 kronik..
ReplyDeleteBuat lee, semoga lee cepat sembuh, sihat dan segalanya dipermudahkan buat lee ya.. amin ya rab :')