S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Thursday, July 6, 2017

Salam Aidilfitri ~

Salam sejahtera kengkawan..terasa macam Didi & Friends pulak..kekeke..



Hari ni Syawal ke-12, masih lagi raya...hehehe.. Makanya Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ye kengkawan..!



Serba sedikit pasal raya aku tahun ni..



Raya tahun ni yang bestnya kami adik beradik lengkap, semua 5 orang ada. Adik aku yang study kat Jepun dah balik for good dah, dah tamat pengajian, Alhamdulillah.



Raya pertama jek berjimba menziarahi sanak saudara kaum family.. Sungguh indah pemandangan di hari raya ini, tua muda wajah berseri-seri..hahaha.. Hari-hari seterusnya, duduk rumah saja, sambut tetamu.



Raya kedua, kuih raya semua dah tinggal serdak. Makanya, kitorang adik beradik buat lagi sekali kuih raya untuk aku sorang bawak  balik sini, makan dalam office sorang-sorang.. saje emphasize aku sorang sebab aku loner, single and available..kekeke.. Takdela kempunan macam tahun lepas, langsung takde kuih raya buat bekalan di perantauan.



Hmmmm, duit raya tahun ni dapatla RM 3.00.. Pahtu ada baki dalam RM 25.00 kot daripada bajet duit raya 2017.. So, mana-mana sepupu-sepapat yang tak dapat duit raya, nasib korangla.. Takde rezqi..



Ada sedikit kesedihan raya tahun ni sebab tok aku jatuh sakit. Dah tak larat bangun untuk menguruskan diri sendiri. Aku cuma mampu do'a yang terbaik untuk tok aku dan hadiahkan Al-Fatihah untuk kesejahteraan tok dunia akhirat.



Ok, takde ape dah kot. Raya korang macam mana? Mesti gempak kebabom kan? Apa-apa pun, sambutla Syawal dengan cara yang berkat, ok? ^^d



Nak share gambar jela sikit. Tema kami tahun ni, "It's morphine time!" Aku Ranger Oren.. Peace yaaawwwwwlll..!




Anak buah aku berusaha gegeh nak buat 'peace'..haha..
Baru balik raya, si kenit dah tukar uniform..
Maafkanlah ayah ambe yang sedang berekeretapi di belakang tuh.. saje tak crop..Ni contoh teladan yang tak elok ye kengkawan.. bahaya hisap rokok ni.. UAU




Aku nampak paling muda kan? UvU




Complete..




Acah-acah taknak tunjuk muka kacak.. XP




Last sekali, Power Rangers beraya di sawah..! 
Gunung belakang tu Gunung Jerai, google..
Pssttt, aku curi gambar adik aku kat instagram.




Ni gambar aku amek masa Syawal ke-4.. 
Kalau nak tunggu Syawal ke-15, nak kena amek cuti sebulan raya la..kekeke..



Haaaaah, aku memang tak reti bergambar..huhuhu.. Tapi muka tetap kacak.. UvU


Okla, selamat memenuhi jemputan rumah terbuka, kengkawan.. Hari ni ada jamuan raya kat tempat kerja tapi aku puasa.. QvQ Takde rezeqi.. Dorang pun tak hebahkan apa-apa pun.. Tak ikhlas la tu nak buat jamuan..haha.. XP


Jyaaaaan.. ^^




Thursday, May 25, 2017

Quick Update

Hai guys, assalamu'alaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia..!

Lama jugak rupanya aku tak post, kalut sikit. Ok, aku nak update hidup aku serba sedikit dengan korang semua.

Check-up di PPUM

Alhamdulillah, result ok. Kata doktor, takde apa yang tak kena dengan aku. Mungkin stress atau ada beberapa faktor yang lain yang menyumbang kepada masalah kesihatan yang aku hadapi sebelum ni. So, guys, don't worry, I am as healthy as an ox.. UvUd

Bertukar kerja

Alhamdulillah, aku dah tukar kerja, bukan kerja baru. Basically, kerja yang lebih kurang macam editor so cuma bertukar company jela. Better prospect, not sure, but better salary and surrounding, YES. I intend to stay here for long, maybe 3-4 years.

Kalau ada rezeqi, aku nak masuk balik dalam bidang research, buat lab work.

 Art 

Aku banyak bertraditional sekarang. Malas nak share kat sini sebab malas nak ulang proses yang sama, upload2 apa semua. So, kalau nak tengok, pergila ushar kat instagram (lee_kun14) atau facebook (Lee Heartnet). Biasanya aku upload kat instagram and share jek kat facebook. Bukan nak promote instagram tapi kalau nak tengok, kat situ banyakla aku post. Aku pun kadang2 je post, kalau rajin.

Basketball

NCBL. Ahad lepas baru je habis season NCBL (National Community Basketball League). Eh, takla, aku tak join pun. Insya-allah season depan aku join. Sedang mengumpul players. Cumanya, aku pergi tengok final kategori wanita dan kategori lelaki Division 1.

Aku pernah bagitau, team favourite aku ialah ATM Stallions dan player favourite masih lagi player yang sama, dari team yang sama. Cumanya, jeng jeng jeng, crush dah berubah. I have maneuvered my eyes on someone else.. Biarlah rahsia..kekeke

Hopefully, tahun depan dapat tengok dorang main lagi. GEMPAK wa cakap sama lu.. UvUd

NBA. The Spurs dah kalah dengan Warriors.. *ugly sobbing* but hat off to Manu Ginobili..! Once a Manu, always will.. LOL.. Manu sangat awesome..! Key player Spurs ramai injured cuma tinggal Manu je tapi Manu sangat gigih berusaha. I heart you..! For Spurs youngsters, boleh digilap lagi bakat tuh. We'll strive again next season..!

Ramadhan

Ramdhan bakal tiba lagi..! Alhamdulillah, harap2 diberi kesempatan untuk menghabiskan satu lagi Ramadhan. Plan aku nak khatam Al-Quran. Dream  big or go home..! XP Minta2la istiqamah..! Apa plan korang Ramadhan ni?

Selamat menikmati bulan Ramadhan, guys..!!! ^^d



Monday, February 27, 2017

Harga sebuah kesihatan



Sebulan yang lepas, aku berkunjung ke salah satu hospital terkenal di ibu negara, atas sebab-sebab kesihatan, bukan melawat orang sakit, aku sendiri yang sakit.


Pendaftaran lebih kurang pukul 8.00 pagi dah telan RM 5.30, lepas tu buat blood test, tengok sama ada kandungan darah cukup atau tak, dah telan RM 10.00. Lepas tu kena bayar apa lagi entah, another RM 5.30. Kemudian, selesai semua dalam pukul 2.00 petang, aku pun pergi bayar parking dulu, kena lagi RM 11.00. 


Ok, aku pergi lagi 2  minggu lepas tu untuk ambil sample darah untuk buat beberapa ujian lagi, kena RM 101.00 more or less. Terkejut jugak aku. Nasib baik duit cukup. Proses ni sekejap je. Aku gerak balik dalam pukul 10.30 pagi. Sebelum tu bayar parking, RM 5.00. Maka, keluarlah aku dari perkarangan hospital tu dengan muka kelat, memikirkan semua duit yang aku dah keluarkan sepanjang buat kunjungan ke hospital ni.


Ok, minggu lepas aku kena pergi lagi untuk appointment seterusnya, untuk bincang keputusan ujian darah jugak dengan doktor bertugas. Kena bayar lagi, RM 5.30, taktau untuk apa, pendaftaran lagi barangkali. Parking, RM 6.00 lagi. Alhamdulillah, result darah OK tapi doktor yang bertugas masih taktau apa masalah aku. Maka, bulan depan aku kena datang lagi sebab kes aku ni dah refer ke pakar. 


Sepanjang proses ni, semua bill aku bayar cash. Sebab aku takde kad medikal syarikat di mana aku bekerja dan aku takde insurans. Dan sepanjang proses nila, terdetik hati aku, kalau orang susah sakit, aku rasa memang terlantar kat rumah jela daripada pergi hospital.


Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi dan pada aku, aku bersyukur aku masih ada duit untuk pergi hospital.


Kalau ada medical card dan issurance, mungkin ceritanya lain plak.


Moral of the story, jagalah kesihatan baik-baik dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah dah beri. 


Monday, February 20, 2017

Adakah aku sudah tua untuk bermain perasaan?



(Amaran, post ni mengarut saje..)


LOL


Tajuk tak  boleh blah kan? Eheee..


Hye, guys, salam. Harap2 pagi korang bagus. *direct translation from good morning*


Semalam aku pergi tengok NCBL (National Community Basketball League) yang berlangsung di Taman Rekreasi Bt 11, Cheras atau lebih dikenali sebagai Balakong.


Team favourite aku sememangnya Team ATM. Mereka bermula dengan agak garang, setakat ni menang semua game (3 game) dalam division 1 (top division). Personal favourite player ialah Syafiq. Di mata aku, team ni terkenal dengan kegigihan dorang, biar jatuh tertungging sekali pun, dorang akan bangkit dan teruskan permainan. Stamina memang endless.


Ok, ringkas tentang favourite team, takde kaitan dengan tajuk kan? Haha..XP


Ok, kembali kepada tajuk. Aku suka seorang player ni, bukan daripada Team ATM, tapi dia muda daripada aku 5 tahun Makanya, aku memang hadkan perasaan suka aku tuh as peminat jela. Setiap kali nampak dia kat NCBL, aku akan terdetik, "I wish I were younger by 5 years.."
*sigh* Ok, pendek umur.. XP


Dan semalam, aku terperasan ada player lain ushar aku.. LOL.. Baca sekali lagi, TERPERASAN..! Kekeke.. Tapi ni mungkin jugak berpunca daripada aku ushar dia dulu..haaaa, kantoi. But then again, I was thinking, is he younger than me? I supposed yes and by how many years? *sigh* Aku terus hilang minat.


Ye, salah satu kriteria yang aku nak ada pada potential partner aku is umur yang lebih tua. Tak perlula tua sangat, mungkin just by 3 years but then at the age where I am right now, that's not possible. Most older guys either are married, not available or gay.. LOL


Haaaah, dengan umur aku sekarang, aku jadi malas nak melayan perasaan. Apa pendapat korang, perlukah aku melayan perasaan..?


By the way, umur aku 30 tahun ni.


Ok, jyan..



Wednesday, February 1, 2017

#Meettheartistwannabe & #bigmemecosplay2k17



Hi guys,


Bulan lepas, aku ada join #meettheartist & #bigmemecosplay2k17. Aku dah fedap buat overtime keje yang tak setel-setel so aku curi masa sikit untuk join apa yang orang lain join. Aku tertanya-tanya, mana dorang dapat masa yang sangat banyak untuk lukis dan lukis dan lukis.. Ok, abaikan..


So, ini untuk #meettheartistwannabe.. Aku tambah wanna be sebab aku tak anggap diri aku as artist pun.. More to hobbyist.. Sebab tu aku lukis bila aku rasa nak dan betul-betul ada masa jek..haha.. Tapi aku figured out one thing, melukis buat aku happy.. 





Next is for #bigmemecosplay2k17. OC cosplaying as any character from games, animes, cartoons or movies..




Korang boleh cari semua ni kat fb atau instagram. Kalau nak join #bigmemecosplay2k17, masih sempat. 


Sesiapa yang teringin nak kenal aku melalui fb or instagram (baru buat), bolehla cari Lee Heartnet (fb) dan lee_kun14 (instagram). Hmmmmm, basically I'm a boring person, so tak cari pun takpe.. kekeke..


Jyaaaann..! ^^




Wednesday, January 18, 2017

Komik Semuka: Masalah ketika mencari kerja bagi graduan master







*    *    *    *    *    *    *   *   *   *   *   *    *    *    *    *    *    *   *   *   *   *


Hi guys..


Kalau korang berada dalam situasi macam kat atas ni, jangan jawab macam tu pulak. 


Situasi di atas adalah normal. Kawan-kawan aku siap suruh aku jangan letak sijil master aku bila apply jawatan dalam government. Kalau ada diploma, minta kerja guna sijil diploma pun takpe. Katanya peluang nak dapat job tuh lagi tinggi. Aku pun taktau sejauh mana kebenarannya.


Takpela, aku percaya pada rezeqi Allah. Rezeqi Allah tu luas kan?


Owh, aku memang nak tukar kerja sebab personally aku rasa aku tak sesuai dengan kerja sekarang. Daripada terus menyusahkan orang, baik aku berhenti jek. Insya-allah, job illustration banyak. Ulat dalam batu pun boleh hidup, ni kan pulak manusia yang Allah kurniakan kudrat empat kerat.


Ok, kalau korang berada dalam situasi di atas, jawablah secara berhemah. 


Bos aku ada offer permanent kat aku hari tuh dan dia tanya sama ada aku akan sambung PhD ke tak sebab masa interview aku ada mentioned pasal niat nak sambung PhD. Aku jawab kat dia "Yes. I would still love to get a PhD but looking at the current economy of our country, I personally don't think it's a good idea to do so because allocation for research grants are cut off and financial sponsor and support are becoming scarce, but nevertheless I am letting go my dream of having a doctorate. It is better if land a job and gain experience for a few years. After all, experience is the best teacher." ----------------------Cheyway..! Gitteuw.


But in the end, I still couldn't get the permanent post but it was because of something else. Kalau dah bukan rezeqi, maka bukan rezeqilah.


Ok, setakat ni tu jelah, peeps. Jyaaannn....~ ^^



Sunday, January 15, 2017

Biography - Life history in drawing




Hai guys.. Ok, nampaknya ni adalah post pembuka tirai untuk aku tahun 2017. Ok jugak kot kalau aku mula dengan cerita pasal perkembangan aku dalam bidang melukis ni...ceywah..


Zaman kanak-kanak

Aku suka tengok KFC Hour makanya aku berangan nak hantar lukisan kat situ tapi memang langsung tak pandai lukis masa tu. Setakat tiru dan warnakan tapi takde perkembangan sangat. Mungkin masa ni boleh dikira exposure bagi aku terhadap minat melukis.

8 tahun/Darjah 2

Time ni aku tau mak aku pandai melukis. Mak aku pandai berwatakala (water colour). Aku ingat lagi, cikgu English suruh lukis 'Mother', 'Father', 'Sister' dan 'Brother' tapi memandangkan aku tak reti, aku balik mengamuk dekat mak aku minta dia tolong lukiskan. Mak aku lukis. Sejak ni, aku suka melukis.

Dormant years

Dari Darjah 2 sampai Darjah 4, ni adalah zaman takde perkembangan langsung. Aku cuma lukis satu style jek macam yang bawah ni. Aku terpengaruh dengan buku mewarna yang takde pilihan sangat di pasaran masa tuh. Aku ingat lagi stroke aku masa tu maka aku lukiskan balik khas untuk korang. Serius, kelakar..haha.. Tengok kat bawah ni.. Aku lukis perempuan je masa ni.




Darjah 5 - Zaman Sailormoon

Ni zaman aku gila Sailormoon. Masa tu takde sumber rujukan internet macam sekarang makanya memang beli buku mewarna jugala sebagai rujukan untuk melukis. Kalau duit banyak sikit, bolehla beli komik tapi selalu pinjam kawan jek. Masa ni lebih kepada tiru je.

Forms 1 & 2 - Zaman Cardcaptor Sakura

Masa awal-awal, stroke aku banyak terpengaruh dengan anime ni, produksi Clamps. Aku sangat suka dengan stroke dorang yang comel. Memang lukisan aku banyak pasal watak-watak anime ni, masih belum ada perkembangan nak lukis watak sendiri. 


Form 3 to Form 5 - Progressive years

Ni zaman Slamdunk dan Gundam Seed. Sikit-sikit lukisan aku terpengaruh dengan stroke dari dua anime ni. Dah takde sangat stroke comel-comel. Dan masa nila aku sangat aktif lukis komik syok sendiri tapi baru aku perasan, komik-komik syok sendiri aku nila yang buatkan aku improved dengan progressive.

Disebabkan komik-komik syok sendiri aku nila aku takde masalah sangat nak lukis anatomi. Percaya atau tak, aku lukis anatomi takde rujukan (aku kan malas) dan sebenarnya takda rangka sketch. Aku terus sketch outline. Sebab aku tak belajar melukis step by step, aku ikut suka. Kalau aku buat rangka sketch pun setakat nak ajar orang.

Orang sibuk nak pekse, aku sibuk lukis komik.. *sigh.* 



19 - 23 tahun - another dormant years

Masa ni aku aktif bersukan dan bersilat makanya aku takde masa untuk melukis sangat. Aku lupa daratan sekejap..haha.. Memang takde perkembangan sangat.. Masa ni tengah buat degree..

24 tahun - digital era

Masa nila aku berjinak-jinak dengan digital tetapi memandangkan aku self-taught dan aku tak ramai kawan yang betul-betul manjakan minat dorang maka, aku merangkak jugakla melukis digital. Dahla awal-awal aku lukis guna paint dan mouse aje..haha..

Aku tengok youtube untuk belajar guna Adobe Photoshop. Aku grasp basic dan lepas tu explore sendiri.

Masa umur aku 27 kot, barula adik aku bagi wacom yang dia taknak dah sebab dia nak beli baru, kat aku. Tapi masih, progress slow sebab aku malas. Tapi aku ada banyak masa untuk explore digital art.


Art yang pertama dengan wacom


Tapi lama-kelamaan aku lupa tujuan aku melukis adalah sebab aku nak hidupkan cerita dalam kepala otak aku dan buat diri sendiri happy. Aku sibuk kejar like dan favourite. Bila tak dapat like favourite yang aku nak, aku jadi frust maka aku jadi makin malas dan selalu fikir aku dah tak boleh nak improve lagi dah.

Blogging era

Aku start buat blog pun mungkin masa 2011 tapi tak aktif sangat. Disebabkan banyak masa, aku terjumpa banyak blog-blog menarik dan mula follow blog-blog yang tuannya minat melukis, amazing people. Tak sangka aku jadi kawan dorang sekarang. Dorang-dorang nila yang buat aku sentiasa ingat yang aku sangat suka melukis.

Walaupun aku dah masuk 3 series, aku nak redeem balik tahun-tahun yang aku dah bazirkan tanpa buat apa-apa untuk improve diri sendiri. Orang kata, nak ke mana dok improve-improve ni? Haha, lantakkan mereka, aku nak improve so that I won't feel any regret and I get the satisfaction I'm looking for.


Thanks for reading. Aku terasa nak share benda ni. Mana tau ada yang akan dapat something dari sini. Moga-moga benda yang eloklah.. ^^

Later peeps.. ^^