Hahaha, tajuk entry aku kali ni memang aku ase xleyh blah..macam saje nk cari kontoversi pun hadooo..hahaha. Hmmm, warning, post kali ni agak cyus. Kanak2 sila pergi ulangkaji ye.. Dengar cakap anty ye..hehehe.
Pernah korang jumpa lelaki cantik? Aku tak pernah jumpa lagi lelaki cantik kat negara kita. Lelaki jambu banyakla. Hmmm, kalau kat Korea or Jepun sana mungkin banyak kot. Pada akula, aku rasa pelakon Korea ni lelaki cantik, Lee Jun Ki..dia seorang jek yg baru buat aku rasa dia cantik walaupun dia lelaki. Artis Korea yang lain muka nak sepeten and jambu. Aku memang x boleh nak cam muka or nama kecuali Big Bang..kehkehkeh. Artis Jepun plak takde lagi yang aku rasa cantik, handsome2, jambu2 and comeyl2 ramaila.. Hmmm, susah gak nak jumpe lelaki cantik kat dunia reality ni eyh..Kat dalam dunia manga or anime banyak jek..hahahaha.
Okeyh, pompuan kacak aku selalu jumpe! Salah seorangnya adalah kawan aku dulu, A. Dia memang kacak as guy and as a girl pun dia cantik..tapi dia lagi menarik as guyla. Masa sekolah menengah dulu dia memang boyish and tomboy plus aktif sukan plak..hmmm, aku tatawla plak ramai pompuan minat dia ke x tapi laki pun ramai gak suke dia..orang cantik kan..hehehe.. tapi dia dah berubah dah..dah pakai tudung siap..Alhamdulillah. ^^
Ada sorang lagi hamba Allah yang aku kenal sebagai pompuan kacak, B. Pada aku dia xla cantik tapi kalau as guy mungkin handsome kot..kawan2 dia cakap dia macam pretty boy r. Gaya dia pun boyish dan sangat cool orangnya, dahla sekeping pahtu baju2 dia sumer memang xder baju ladies. Ramai awex minat kat dia siap ada yang confess lagi. Kena stalk pun ada. Pahtu ramai gak awex normal cakap kat dia.. "kalau ko ni lelaki dah lama aku ngorat.." Dia pernah citer kat aku, masa kat asrama dulu ada beberapa kumpulan awex datang ke blok asrama dia semata2 nak tngk dia.. Okeyh, aku tambah sket lagi karisma dia, dia ni aktif sukan..kehkeh. Tapi dia straight and normal, boyish jek sket..hehe.
Aku sebenarnya dah lama x pk psl benda2 ni, psl camner leh jatuh hati pd kaum sdr. Tapi semalam masa sembang ngan one of my best friend, terimbau plak kisah lama ni. Mula2 sembang pasal ada awex ni confess kat seorang awex juga.. Aku belum pelik lagi. Then, setelah diberitahu, awex tuh memang seorang awex yang normal, straight dan lawa..aku dah mula pelik. Tambahan pula..(Pergh, ayat!), awex yang confess tuh pun merupakan seorang awex tulen yang normal dan cantik! Apekehalll? And hell yeah, it's creepy.
Kot2la, salah sorang tuh tomboy ker boyish ker, aku takderla pelik sangat. Jap, aku takla menyokong gejala suka kaum sejenis ni cuma aku sedang mencari logik di sebalik kejadian tadi. Ape yg menyebabkan awex boleh jatuh hati kat seorang awex lain..sama jantina. Hmmm, pada aku, aku rasa awex yg confess tuh mungkin tersalah mentafsir perasaan sebenar dia. Entahla kan.
Satu lagi logik, kalaula awex tuh jatuh hati pada seorang tomboy or boyish (bukan pengkid eyh) aku rasa xla creepy sngt. Atas alasan, tersilap melayan tomboy tuh as lelaki or tomboy tuh ada ciri2 seorang lelaki yang seorang awex nak so tertimbulla perasaan tuh kan. Or, mungkin tomboy tuh just happened to be a pretty girl with cool/handsome boy attitude. Sape tak jatuh hati kt org handsome kan..Okeyh2, at least jatuh hati kat muka dia..hehe.
Banyak sebab ni aku boleh senarai tapi aku tanak wat karangan SPM plak kat sini since aku pun dh amek result semalam...7 tahun yg lepas..hahaha. So, korang sendiri boleh pk sebab2 len kan.
Perasaan tuh akan datang tanpa kita sedar. Kitala kena pandai kawal perasaan tuh. Kalau suka pada kaum sejenis, memang kita taw benda tuh x sepatutnya berlaku tapi mungkin tuhan nak uji. Jadi banyak2la beristighfar and minta perlindungan daripada Allah. Allah nak uji kita dalam pelbagai cara, betul kan? Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Same2la kita muhasabah dr. ^^
Pstttt, malas nak letak gambar. Gambar pompuan kacak ada kat header aku..hehehe. Lelaki cantik aku x suka lukis..XP